Salam 26 ramadhan... tak berapa hari lagi umat Islam akan meraikan lebaran.
Di kesempatan ini kite nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan2. Ampun dan maaf kite pohon seandainya selama berkenal-kenalan di alam maya ini, ada komen kite yang menyinggung perasaan kawan2. Doa dan harapan semoga lebaran tahun ini adalah lebih bermakna dan diredhai olehNYA dari tahun2 yang terdahulu, insya Allah...
Hari ni anak2 dah 'dicutikan'. Atas permintaan dia orang juga tu since dia orang kata pergi sekolah pun tak belajar. Main saja... Tapi kalau ikut kite, yang penting kedatangan tu. Main atau tak belajar tu, no.2. Kedatangan yang penting, kan... tapi tak apalah... mood raya dah membara dalam dada anak2 walaupun baju dan segala kelengkapan raya belum beli lagi hihihiii.... memang selalu pun prepare last minit. Sementelah en hubby pun masih bekerja. Aktiviti shopping terpaksa ditangguhkan.
Biskut sarang semut yang aku buat beberapa hari lalu. Tempahan 100pcs daripada kawan dari zaman sekolah rendah dulu - Wan Hamidah. Dah alang2 buatkan untuk Wan, buatlah lebih untuk rumah sendiri. Dah beberapa kali juga rasanya aku buat ikut resipi ni. Belum terfikir nak try resipi lain (kalau ada). Aku salin resipi ni dah lama dulu dari blog Kak As yg tinggal di New Zealand (klu tak silap) jom tengok!

Bahan2
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum - ayak
1bj telur - kuning
1st esen vanila
50g tepung kastad atau 50g tepung jagung
Hiasan - coklat rice
Cara2
> Pukul butter dan gula. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
> Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul dan uli hingga menjadi doh.
> Dengan menggunakan pemarut, parutkan doh dan sudukan ke dalam paper cup.
> Tabur coklat rice.
> Panaskan oven dan bakar 160c selama 20 minit atau sehingga bertukar warna keemasan.