Followers

Tuesday, March 03, 2009

Lempeng Santan Cicah Sambal Sardin


Lempeng santan same je macam lempeng biase tu. Cuma bezanya tambah sikit santan. Rasanye pun lemak2 manislah berbanding lempeng biase tu... kalau makan tak bercicah dengan sambal sardin pun okey... anak2 aku makan camtu je... mama dia yang makan bercicah...

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1/2 cawan santan
2 sb gula
Air secukupnya (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara

Campur semua bahan dan gaul sebati.
Panaskan kuali leper.
Tuang sesenduk adunan dalam kuali leper dan gelek. Biarkan seketika.
Angkat. Setelah suam sikit, gulung lempeng.
Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sambal sardin.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)