Followers

Friday, March 27, 2009

Caramel Cheese Pudding

Rasanya memang sedap
Tapi something wrong somewhere
Mase terbalikkan ke dalam piring
dia terpelecok
aduh!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

9 comments:

el said...

w/pun terpelecok rs sedap xpe..jgn terpelecok terus msok tong smpah..kahhhh

fiza said...

sedap..sedapp..sedappppp

Suzi said...

rupa tak penting sangat..yg penting sedap...
ada cream cheese lak tu...yummm

Rafizah Nordin said...

el,fiza& k suzi...
yea...ku tolak ketepi rupernye yg buruks itew disbbkan kesedapannye.lebih sedap bile makan dikala sejuk... mak oi!!!

CikMin said...

uiksss..terkejut tgk rupa dia masa kt dashboard cikmin..bila dah masuk sini..baru le terselah keayuan caremel fiza ni..wat cikmin terliur jek tau...ni yg malas nak jejalan rumah mu ni fiza...

MUMMY ILA said...

cheese lagiiikkk!!!

oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk :)

*HeRdA* said...

start dahhh..start dah...dapur berasap kembali...syabassss...hehe

kakchik said...

nampak sedap tu... tak muak ke fiza? kakchik copy resepi ni, nanti2 boleh dicuba.

Rafizah Nordin said...

cik min,
hahaha... rupernye mmg tak cantik tp rasenye wallah!

ila,
kikikikkkkk

herda,
apo laie den nak buek???buek anak maleh dah nak banak... muahaha

kak chik,
tekak sy ok je...cubelah buat 1/2 adunan dulu...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)