Followers

Thursday, April 23, 2009

TAG - Masihkah Kau Ingat...

TAG ni dah lama terima dari Iera - Kulim.
Tengah2 kemalasan melanda jadi TAG ni terpaksa dipandang sepi buat seketika.
Sorry Iera. Tapi sekarang ni akan kutunaikan TAG dari kau ni ye...

1) Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya...
Dulu aku dan dia satu office tapi lain-lain company. Kebetulan meja dia dekat dengan toilet. So everytime aku nak g toilet aku kene lalu tempat dia dulu la. Tapi dia tak pandang aku dan aku pun tak pandang dia.
Kalau ikut2kan dari rumah aku ke office ni xde bas. Kalau nak naik bas kene naik 2 bas. Jadi aku kene naik teksi untuk terus sampai ke rumah. Selalunya aku balik ade yang jemput. X-boyfriend la...
One day tu xde yg jemput. Jadi aku tunggu kat hentian bas depan office tu jek. And ade la pulak orang 'suit' (betul ke ejaan ni) dari belakang. Aku toleh dan tengok dia lambai tangan kat aku.
Aku segan gak sebab sebelum ni bertegur sape pun tak penah. Cuma ade la dok cerite-ceriti dengan budak office dia. Aku tau dia dok Sunway. Jadi perjalanan dia tu memang lalulah tempat tinggal aku. Di situlah bermulanya perkenalan kami...

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan...
Aku suka dia. Dia kelakar, suka buat joke. Jarak beza usia kami 10 tahun. Masa tu aku berusia 18 tahun dan dia 28 tahun. Dia ada banyak pengalaman dan selalu ceritakan pengalaman2 dulu dia dengan kawan2 dia. Aku pun suka dengar dia bercerita.

3) Tempat 'dating' di mana dia meluahkan perasaan pada anda...
Masa tu baru lepas makan malam kat 'Warung Saddam' Subang Jaya. Sekarang kedai tu dah tak ada. Tak tau pindah mana tah...
Lepas makan, duduk dalam kereta sekejap. Then dia cakap dia nak serius dengan aku. Tapi masa tu aku ada masalah sikit & aku tolaklah... "Habis tu takkan kita nak kawan macam ni je sampai bila-bila?" Itu soalan dia yang aku masih ingat sampai sekarang. hahaha!!!
Aku minta dia bagi aku masa...

4) Jika anda masih ingat, ayat yang dia gunakan ketika meluahkan perasaannya...
Huh, aku tak ingat dia cakap camne tapi lebih maksud kata-kata dia tu terus pada rumahtangga, ada anak, dapat simpan duit untuk saving kami kemudian hari. Umur dia kan dah banyak. So dia memang dah terfikir ke arah berumahtangga.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Lebih kurang 4 tahun.
Berkawan, bercinta...
Bertunang 2 tahun lebih...
2/6/2000 kami bernikah
3/6/2000 kami naik pelamin

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
9 tahun...

7) Kejutan yang dia pernah buat pada anda...
Dia bukanlah seroang yang suka buat kejutan sangat. Tapi kalau masa bercinta, tiba-tiba aje dia terpacul depan rumah nak ajak aku keluar. Aku dengan belum mandinye... adeh!

8) Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga...
Setakat ini alhamdulillah banyak perancangan kami yang dah tercapai. Yang still pending tu harap2 dapat dilunaskan segera, InsyaAllah...
Rezeki kami boleh dikatakan murah juga. Dulu2 dia naik proton saga biase tu saja. Anak pertama kami tukar Perdana. Lepas tu sekarang ni pakai Waja. Dulu tak da rumah tapi sekarang dah ada 2 biji rumah walaupun 1 darinya terbengkalai. Saving pun adalah sikit2 untuk diri sendiri dan anak2...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

9) Bagaimana dia melayani karenah anak-anak?
Ada okey ada tak okey...
Bab basuh botol dan buat susu dia memang rajin sangat2. Mandikan anak2 dan basuhkan berak pun boleh diharap. Dia lebih rela duduk rumah jaga anak2 dari keluar ke shopping complex atau tengok wayang. Itu sebab kadang2 tu aku dok jalan bujang jek.
Dia selalu berharap anak2 dia behave depan orang ramai tp anak2 kami ni terlebih aktif. Lagi ditegur lagi menjadik. Tang tu dia jadi tension dan aku pun naik tension biler tengok dia tension.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda?
Sangat baik. Suami aku ni jenis senang bergaul dan mesra alam. Boleh je sembang-sembang walaupun baru pertama kali jumpe. Tapi kalau ada yang dia tak boleh masuk pun dia tak jenis yang blah macam itu saja. Salam dulu. Sembang lebih kurang pastu baru dia blah. Taklah orang terasa hati...

Hua hua hua....
Lenguh aku menaip TAG ko ni Iera oiiii...
Ko bace tau... jangan tak bace....

3 comments:

♥ Eda ♥ said...

uiyooo cam drama la saat perkenalan korang..hehe..

time ko kawin ku aku tgh struggle nak spm..hehe...

Fiza Nordin said...

eda,
iyolah...ekau kan pangkat adik2... wakaka

iera_ayien said...

kak piza...thank a lot... aritu aku dh baca tp time nak komen jer hanged pc aku... so aku suka sgt membaca keah chenta ko...Alhamdulillah, masa yg ko beri tu dh menjadi kenyataan n kekal hingga sekarang. Doa aku moga sentiasa bahagia n diapanjangkan usia n jodoh dlm rumahtangga mu & rumahtanggaku jua...Amin

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)