Followers

Thursday, October 15, 2009

Rojak Buah2an


Salam...

Hari Sabtu lepas, lepas balik dari rumah baru di Puchong tu, kami semua terus ketiduran dengan televisyen terpasang. Mengantuk dan penat sangat rasanya... sebenarnya dah 2 minggu kami berulang ke rumah baru tu. Minggu lepas membasuh rumah dan minggu ni pulak kemas sikit2 sambil2 tunggu abang ipar. Tunjukkan kat dia mane2 tempat nak pasang lampu, kipas, tambah plug dan sebagainya.

Oh ye... InsyaAllah kalau tiada aral dan dipermudahkan segalanya, kami akan berpindah ke rumah baru di Puchong dalam penghujung bulan 11 atau selewat2nya sebelum tahun baru. Tak boleh tunggu2 lagilah. Rumah tu dah lame beli tapi tak pindah2 lagi sebab kengkononnya nak buat dulu, kitchen kabinetlah, nak buat lantailah berbagai... tunggu bajet tak de jugak. Hubby kate, tak apalah... pindah dulu dan nanti buatlah sikit2. Nak buat camne, kan...??? Terpaksalah pindah jugak. Tak laratlah pulaknye, rumah sane nak kene bayo, rumah yang duduk sekarang ni sewanya kena jugak bayo... pengsan hubby aku tu kang mencari duit tak cukup2... eheheee...


Bangun2 dari tidur, perut berkeroncong lapo... nak masak beriya malas pulak sebab petangnya tu ada jemputan di rumah Cik Harris dan Kak Nor Kamariah di tingkat 10. Dan malamnye pulak, jemputan di rumah Cikgu Noriah kat tingkat 4. Jadi, aku buatlah rojak buah2an ni. Bahan2 memang dah beli 2/3 hari sebelumnya. Kuah rojak (lupa pulak nak snap gambo) aku beli dari 2 bulan lepas kat Mydin. Lapo punya pasal, kenalah rajin2kan diri ye tak...?


Yang ni plak, sengkuang berkacang. Bila makan ni teringat zaman bebudak dulu... asal balik sekolah mesti singgah gerai depan tu beli sengkuang kacang ni. Puas makan buat sendiri. Ada sekali tu dalam awal2 tahun ni lah... aku beli sengkuang berkacang camni kat gerai jual buah2an potong, sengkuang tu potongnye nipis sangat, kacangnye letak sikit je, nak tabur kacang pun mcm orang takut... orang tua jual 70 sen! Eiiii, mahainye!!!

7 comments:

ai said...

oooo...sos sengkuang tu pakai kuah rojak je pon boleh ye???

IS said...

Yelah zaman sekolah dulu pekena sengkuang kuah + kacang & air batu kepal layannnnnn.
Ko berpindah ke? Lepas ni Zetty pun pindah juga. Aku je yang akan still kat sini.

Fiza Nordin said...

besan,
aah aku pakai kuah rojak tu aje selet atas sengkuang tu...sedap gak wei!!!

is,
hahahaaa dah kau beli umah kat sini kenelah dok sini.kami beli umah kat luar kenelah keluar.xpe...bukan jauh mane pun...

umi_e said...

fiza... kak e pun suka makan sengkuang kacang masa kecik2

* Dululah mummy kak e jula rojak/sengkuang kacang tu ;)

Ziehelmy said...

Salam fiza. Dulu masa kecik2 pun selalu makan sengkuang kacang ni..... sedappppp..... Nak2 kalau sos tu rasa pedas2 sikit... wallllaaaaa

♥ Eda ♥ said...

hehe sengkuang kacang tu mmg teringat zaman dak2 dulu... baru2 haritu aku de gak teringin2..tapi dah jarang nampak...nasib sempat jumpe mase balik msia hari tu...time main netball ngan mak2 ayam..sedapppppp!

Anonymous said...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)