Followers

Tuesday, October 27, 2009

Marble Cheese Brownies


Salam...

Orang lain dah berderet2 yang buat marble cheese brownies ni... aku baru nak buat ni ha... Tapi sebelum2 ni aku pernah buat cuma tak menjadi. Tapi bukanlah resipi yg ni... Pasal di tengah2 lapisan bawah (coklat) tu tak berapa masak lagi, aku dah tuang lapisan atas (cheese). Udahnye aku kacau jekla... jadilah dia marble yg bercampur aduk tu... heheheeee... yang ni alhamdulillah. Menjadi dengan eloknye...

Resipinya aku cedok dari dapur Hana. Hana pula cedok dari dapur CMG yang resipi asalnya adalah milik Kak Rinchan. Terima kasih kepada ketiga2nye. Minta izin nak tepek resipi kat sini yek...
Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

Oh... sebelum terlupa... aku BUKA UNTUK TEMPAHAN yek... sesape rase nak order dari aku bolehlah email kat aku di sofie2_za@yahoo.com atau boleh call/sms di 017-3113 226.

10 comments:

Watierman said...

yummy cheese....akak suka..hubby geleng kepala..tak suka..huhuhu...tengok orang lain buat jer lah....

Fiza Nordin said...

k watie,
ha, hubby akak tu boleh geng la dgn hb sy... tak suker makanan yg bercheese jugak...tapi biniknya ni suker beno...eheheee mane tak tembamkan...???haish!

kakchik said...

salam fiza.
memang betul-betul cantiklah kek yang fiza buat ni.
nampak macam cetak je.
halusnya kerja tangan fiza.
makan pun sudah tentulah sedap.
kalau dok dekat-dekat harus kakchik order ni.

FaizAmYAirieL said...

kak pza..aku nak order..huhuhh...nnt daku konpemkan erk..sbb plan weekend ni nak gi picnic..harus la aku bawak sesuatu utk dikunyah..ngeee..nnt daku konpemkan balik erk..

LOVE said...

KakFiza, marble cheese brownies akak tuh sungguh menggoda tau! Rasa nak ngap aje dari pc nih! My son pun duk tgk! hehehe, kena belilah nampaknya! huhu...

geraugebang said...

cantiknya kek fiza.rasa pun mesti sedap ni.

Fiza Nordin said...

kak chik,
alhamdulillah terima kasih...eheheee
mase wat marble tu,hb sy dok sebelah perati...menggeletar seyhhh...agaknye klu dia xde kat sbelah, lagi cantik kot kakakaaaa perasan jek adik akak nih!!

faiz,
bagus, bagus hahahaa thanks faiz.kaulah seorang yg selalu membangkitkan semangat aku nak jual on9 nih...nnt gtau erk...

love,
beli nak wat pe?buatlah...tak pon klu nak beli gak,order dr akaklah...eheheee

k gerau,
nak try,cube,test tak? heheheee

MUMMY ILA said...

gilosss tol.. nasib baik aku x suka makan cheese kek. aku suka cheese burger je. kakakakaka.. mmg mengancem.

lom berkesempatan nak order kek ko kak.. x bani aku nak berjanji awal takut pisang berbuah 2x.. kesian ko wat kek penat2..modal lg.. huhu..sumpah xmo wat lg.

Fiza Nordin said...

ila,
yg sudah tu sudahla... xusah dikenang2 lagi.aku pun ada silapnye mase tu.xpe,esok luse ade lagi.jgn tak order tau...

*MaMa HeRdA* said...

k.fizaaaaaaa...sodapnyeeeeeeeee...mekasih le resepi tu..aku nak toray!!!!!!!!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)