Salam...
Alhamdulillah minggu lepas (semalam) aku dapat tempahan. Walaupun sikit2 je tapi bersyukur juga. Sikit2 lame2 jadi bukit, kan...? Ehehee... Terima kasih kepada Ayu Klang, Hani dan Kak Tun dari Sentul kerana memberi kepercayaan kepada aku. Kalau sedap dan puas hati lain kali bolehlah tempah lagi. Kalau ada yang tak kene, beritahu ye... supaya dapat dijadikan panduan di kemudian hari...
Order - Ayu, Klang
Ayu order brownies ni dari minggu lepas lagi sebenarnya. Duit pun dia dah siap2 bayar. Thanks ye Ayu atas kepercayaan itu... Atas brownies tu Ayu minta tuliskan epy besday kat 4 nama. Lupe lak nak tanye name2 tu siapa dengan Ayu. Kami berjumpa kat stesyen minyak Petronas tepi highway Puchong Batu 14 sementelah masa tu aku berada di rumah Puchong. Ayu pun masa tu on the ke rumah kakaknya di Bangi (kalau tak silap dengarlah...).
Order - Kak Tun, Sentul
2 biji kek lapis asam manis ni ditempah oleh Kak Tun daripada Sentul. Kak Tun kerja di Jalan 241 PJ. Tempahan untuk gathering pada hari Ahad. Terima kasih Kak Tun... Sebelum2 tu sms je ngan Kak Tun tapi malam masa nak datang ambil tu, Kak Tun telefon. Dari suaranya dengar macam suara 'akak-akak' je... terus tukar panggilan dan tulisan kat sms panggil akak... maaf yek Kak Tun...
Order - Hani
Kek cawan kosong tempahan dari Hani dari Bandar Sunway. Tempahan kek cawan kosong tanpa deko ni untuk sambutan hari lahir anaknya. Nak letak dalam goodies bag. Hani order 50pcs. Aku buatkan 3 perisa - coklat, oren dan pandan.
Thanks Hani... Hani ni sebenarnya adik kawan aku, Azlina. Kami dah kawan sejak dari sekolah rendah lagi sampai sekarang. Alhamdulillah persahabatan terus terjalin walaupun jarang bertemu kerana sibuk dengan kehidupan masing2 tapi kami masih terus berhubung.
Ada lagi yang nak order tak...
sile2lah sms/call or email ye...
5 comments:
ramainye org order kak pza..murah rezeki ko...kak pza ble ko leh hanto cheese tart ke opis ku ni? aku dah meleleh2 air liur bile tgk cheese tart ko dlm ni..huhuuhh
agak2 klw nak berguru bole x?hehehe
faiz,
roger!
nana,
akak klu ngajo kene siap rotan kat sebelah...boleh ke?kakakakaaa
kita yang selalu sembang, fiza lak yang jumpa kak tun dulu ek.
bape harga satu pcs muffin tu ek
Post a Comment