Followers

Saturday, October 31, 2009

Marble Cheese Brownies - Order Dari Faiz

Salam...

Alhamdulillah aku dah beransur sihat. Syukur padaNYA...
Ni tempahan dari Mak Yong Faiz. Thanks Faiz.

Semalam (Jumaat) anakanda sulong tu tak sekolah. Mamanya malas nak hantar. Lagipun katenya kalau g sekolah pun tak belajar. Biasalahkan... baru habis exam. Tapi mamanya tadi membebel gakla... tak belajar pun tapi kedatangan tetap diambil. Bebal sikit je... heheheee...


Kul 3 petang, ketika brownies itu masih suam2 lagi aku dah keluar dari rumah untuk p hantar kepada tuannye. Bukan apa... kalau lewat petang sangat, Jalan besar depan Hospital Universiti dan Jalan Gasing tu jem. Tak cukup2 roti nak sapu... eheheee. Kul 3 tu memang oklah... sedang elok kate orang tua...
Ada sesape nak order lagi tak?
lalalalalaaaa...

1 Tahun Sudah...

Salam...

Selamat ulang tahun kepada my blog...

Diam-diam masa berlalu... sedar2 dah setahun...

HARUS diakui sejak berblogging ni, daku dapat ramai kawan. Kehidupan harian rasa sangat terisi. Walau hanya sendirian mengadap monitor tapi jauh dalam hati tidak terasa keseorangan. Kawan2 sentiasa ada di sisi ni...

Seperti yang sedia maklum, blogAlign Center daku ni more pada cerita tentang makanan. Ya, daku sangat suka memasak tapi itu tidaklah bermakna daku pandai memasak. Alhamdulillah dengan ramainya teman-teman, semakin banyaklah yang daku dapat pelajari. Blogwalking tu sebenarnya bukan hanya jalan2 kosong. Dalam kawan2 dok bercerite dan tulis merapu2 tu ada juga yang dapat kite pelajari. Tidak kiralah sama ada berkaitan dengan masakan mahupun peristiwa sehari2. Yang baik kite jadikan teladan dan yang buruk tu kite jadikan sempadan dan pengajaran.

Okey, semoga ikatan persahabatan kite semua berpanjangan dan mana-mana kawan2 bloggers yang belum bertemu muka, semoga suatu hari Allah s.w.t. mempertemukan kite. Untuk yang telah bertemu muka, ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan terlebih gurau yang mungkin secara sengaja mahu pun tidak disengajakan.

ps: n3 ini merupakan 'auto-publish'. n3 ini sebenarnya ditaip dan disediakan pada 11-8-2009 pukul 11.35am. Harap maklum...

Friday, October 30, 2009

Mini Pizza


Salam...

Tu la dia... dalam tak sihat gini pun dapat gak tempahan. Alhamdulillah... kata orang rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicarik. Dapat tempahan aku terima ajelah... Lagipun aku tak demam. Cuma batuk dan selesema.


Tempahan di terima daripada Nani, mama Fayyad - rakan sekelas Boy untuk sambutan Hari Kanak2 kat sekolah semalam. Thanks Nani...

Just a very simple pizza for a budget cost!


BUKA UNTUK TEMPAHAN

Thursday, October 29, 2009

Carrot Cake

Salam...

Fuh... fuh... adoiiii... berabuk umah erh... apsal la tuan umah ni... bz semedang sampai tak menyempat nak lap2 dan sapu2 ape yg patut. Ke... tuan umah ni pemalas??? Ekekekeeee... Idak le...sebenarnya aku tak berape sihat ni... bukan demam. Tapi seleseme dan batuk. Selesema dan batuk yang bukan sedikit ok... kalau memalam sampai tercungap2 sebab hidung tersumbat dan mula bernafas ikut mulut. Kala itu aku terfikir, adakah begini rupernye orang2 yang terkena jangkitan virus H1N1 tu? Kakakakaaa!!! Tapi aku tak demam tau...

Aku ni pulak pesennye kalau seleseme mata berair. Malah meleleh macam orang menangis hiba. Bengkak2lah mata ni. Merah je... berair je... senang kate macam orang mati laki! Aduiiiii!!!


Namun hidup harus diteruskan... chewahhh! (Sila jangan muntah, hakhakhakkk).
Aku buat carrot kek ni malam semalam untuk anak sulongku, Boy aka Syahmie. Hari ni sekolah dia ada sambutan Hari Kanak-Kanak. Sekaligus parti hujung tahun dan party sebaik habis peperiksaan. Toppingnya tu aku tepek2 aje dengan krim cheese. Memang sedap... sangt berkrim... kena pulak dengan kek yang tak terlalu manis tu... heaven! Upsss... over plak! Sesape nak order, bolehlah erh...

Aku BUKA UNTUK TEMPAHAN . Kek ni tak banyak pakai bahan. Senang pula nak membuatnya. Jadi murah jela... Sebelum ni aku dah pernah buat kek ni. Kalau tak silap lepas raya tahun lepas. Masa tu aku masih di fp... dek kerana telah berpuas hati dengan penghasilannye, aku buat lagi dengan menggunakan resepi yang sama semalam.

Tuesday, October 27, 2009

Marble Cheese Brownies


Salam...

Orang lain dah berderet2 yang buat marble cheese brownies ni... aku baru nak buat ni ha... Tapi sebelum2 ni aku pernah buat cuma tak menjadi. Tapi bukanlah resipi yg ni... Pasal di tengah2 lapisan bawah (coklat) tu tak berapa masak lagi, aku dah tuang lapisan atas (cheese). Udahnye aku kacau jekla... jadilah dia marble yg bercampur aduk tu... heheheeee... yang ni alhamdulillah. Menjadi dengan eloknye...

Resipinya aku cedok dari dapur Hana. Hana pula cedok dari dapur CMG yang resipi asalnya adalah milik Kak Rinchan. Terima kasih kepada ketiga2nye. Minta izin nak tepek resipi kat sini yek...
Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

Oh... sebelum terlupa... aku BUKA UNTUK TEMPAHAN yek... sesape rase nak order dari aku bolehlah email kat aku di sofie2_za@yahoo.com atau boleh call/sms di 017-3113 226.

Sunday, October 25, 2009

Hari Sukan Baby di Bukit Cerakah, Shah Alam...

Salam...

Ini cerita semalam - Ahad...


Sekolah tadika Baby buat rombongan ke Bukit Cerakah. Sekalilah buat sukan kat sane. Huhhhh lame betul aku tak pergi Bukit Cerakah tu. Seingat aku masa tingkatan 1... umur 13 tahun. Sekarang dah umur 31 tahun! Pusing nombor! Memanglah lame sangat dah tu...


Banyak dah perubahan kat sane which is mase Cikgu Noriah beritahu yang sekolah tadika akan buat rombongan ke sane, aku kerut muka dan kening sambil kate dalam hati - ade ape kat Bukit Cerakah tu? Nyamuk adelah! Eheheheee... ye la... sebab mase kali terakhir aku ke sane, tempat tu dah tak terurus. Terbiar...


Tapi tadi, wahhh... dah cantik.. dah elok... siap ade swimming pool lagi tu... jadinye lepas bersukan, haruslah budak2 tu melompat ke dalam swimming pool tu. Cikgu Noriah pun dah pesan... siap2 bawa baju mandi. Pihak Tadika dah booking pool tu dari jam 11.30am-1pm.


Korang... Mierza aku demam. Jadinye tadi aku pergi sendiri (Baby naik bas sementara kami naik kereta). Ajak Dayah dan Ain (anak Kak Ham). Hb tak ikut sebab tolong jagakan Mierza di rumah. Itu pun sebab aku dah berjanji dengan Cikgu Noriah. Kalau tak, aku memang ingat dah malas nak pergi. Lagipun Baby dan Boy dah meroyan nak pergi sebab dengarkan ade mandi pool.


Okey... jom kite layan gambar2 yg sempat di snap oleh fotografer yg langsung tidak bertauliah ini... sape lagi... aku la tu...ehehee...

Baby yang banyak ragam. Nak tangkap gambar suruh senyum, p merengek plak!

Udah...

Baby dan kawan2 dalam bas. Percaya atau tidak, ini kali pertama Baby naik bas. Dia punye kemaruk jangan ceritelah kan... maklumlah...

Ada sesetengah ibu bapa yg tiada kenderaan dan solo yang naik bas ni sekali. Tapi kena bayarlah. Aku kena bawak hadiah2 sukan tu. Kalau tak... nak jugak merase naik bas sekolah. Hehehee lebih kurang anak darenya jugak kemaruk naik bas aku neh...

Yang bercekak pinggang tu - Kak Foziah. Dia adalah pembantu sekolah tadika Baby.

Baby dan rakan2...
yang tengah2 tu - Shidah - anak Kak Foziah...
yg lagi sorang tu - Intan.


Wah... Baby disamping kawan2 lelakinya...
2 dari kiri (yg rambut ala2 botak tu) - Boy.
Anak Cik Kiah - Jiran bawah rumah aku ni. Kalau dapat memaki hamun mmg laser ++!
Si Boy ni selalu lari dari sekolah. Cakap dengan cikgu nak p kencing. Ruper2nye dia balik rumah. Sekolah dengan rumah kami agak jauh juga tau... tapi boleh sampai dia tu sengsorang. Bahaya betul budak nih...
(ketika aku tulis n3 ni pun, Cik Kiah tengah p****t, p**i,B***,S***kan anak dara dia... pasal dah pukul 12 tghmalam baru balik rumah & ketuk pintu kuat2)
Telinga aku ni dah lali tapi kadang2 semak gak!

Gelagat anak2 tadika...

Nyanyi lagu Negaraku dan lagu Kemas...

Acara pertama...
Bawa bola pingpong dalam sudu

Ni ape kes?
Ceritenya Si Shidah anak Kak Foziah mengamuk tgh2 padang tu pasal dia tak menang!
Kakakaaa lawak tul budak tu...

Acara kedua...
Bawa bola dalam bakul

Acara Baby...
Susun kad nombor 1-10. Punyelah aku beria menyorak si Baby sampai terlupa nak tangkap gambo. Alhamdulillah Baby dalam tempat ketiga. Okeyla tu...

Acara Menjalin straw...

Kakakaaaa...
Ni acara mak budak. Kupas kulit epal dan makan.
Tidak adil...katenye makan buah tu sampai habis dalam mulut baru lari ke garisan penamat. Aku ni pun lurus bendul. Padahal orang tempat pertama tu masih ngunyah2 lagi dah lari. Cisssss!!!

Acara bapak-bapak. Kupas dan makan telur ayam...
Cik abang ku takdek...klu tidak harus gakla join ni...

Ni plak acara abang & kakak - jalin straw jugak...
Boy yg sangat tekun tp tak menang.
Yang perempuan tu anak Kak Ham - Ain.
Sebiji rupa arwah Pak Dollah...

Kak Dayah pun nak masuk acara jugak...
dapat tempat ketiga...
okeylah tu...

Baby menerima hadiah daripada Encik Marzuki - Pengerusi Tabika Kemas bahagian Penaga.

Aktiviti yang tidak seharusnya dilepaskan oleh anak2...
berendam dalam pool.
Aku tak mandi...pasal malas nak salin baju...

Aku...

Kek Pisang Moist


Salam...

Kek pisang pulak... pisang yang digunakan adalah pisang pemberian Kak Pozi, (akak 1 emak lain bapak) yang tinggi di Gelung Pepuyu, Perak. Hari Isnin lepas dia datang untuk menghadiri majlis konvokesyen anak sulongnya (anak buah aku lee...) Firdaus. Firdaus ni kembar. Dia abang dan adik kembarnya, Irzuddin. Name tak dekat2 macam pasangan kembar yang lelain tu...

Resepi kek pula aku cedok dari rumah Ijah. Resepi asalnye daripada CMG. Terima kasih kepada kedua2nya. Sgt marvelles tau... minta izin CMG dan Ijah nak letak resipinya di sini k... selain untuk berkongsi dengan kawan2 lain juga untuk panduan diri sendiri di masa depan...

Bahan-bahan
* 250g tepung gandum
* 1camca teh soda bikarbonat
* 1/2 camca teh garam
* campur dan ayak

15g ovellette
150g gula halus
5 biji telur - Gred A (Aku guna 4 biji telur Gred C. Tapi telur tu besar mcm gred A)
125g mentega - dicairkan dan disejukkan
100g minyak jagung (Aku guna minyak kelapa)
225g pisang emas + camca teh esen vanila - dilecek

Cara-cara
Panaskan oven 175c. Lenserkan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum. Ketuk2 loyang untuk keluarkan lebihan tepung.
Putar gula dan ovellete hingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat. (Macam adunan bahulu).
Perlahankan speed dan masukkan pisng lecek. Pukul sebati.
Masukkan bahan ayak berselang-seli dengan mentega cair dan minyak hingga habis.
Tuang dalam tin/loyang. bakar 55-60 minit atau sehingga masak.

Saturday, October 24, 2009

Puding Roti Marble

Salam...

Dah agak lame gak rasenye tak buat puding roti marble ni. Resipi femes dari Hana yang berada di Jepun sane nunnnn... tq Hana...lame tak dengo kabo...moga sihat dan gembira walau berada di perantauan.

Buat ni untuk makan rewang2. Hari ni Kak Ham (akak yg selalu dok jagekan Mierza) buat kenduri tahlil untuk arwah suaminya yang telah pergi menghadap Ilahi seminggu sebelum Aidil Fitri yang lalu. Semoga roh arwah tenang di sisiNYA, amin...

Buat gabungan perisa coklat dan oren. Pastu sesaje pulak melorek atas bawah menimbulkan corak gitu... cantik le plak... ehhhhhh kite perasan ke? Ahahahaaa!!!

Friday, October 23, 2009

Crab Stick Goreng Rangup

Salam...

4/5 hari ni aku tak tahulah nape... blur je nak masak tuk makan malam kami. Resipi simple2 and main campak2 je... nak kate malas tu tak jugak... masak tetap masak tapi blur... korang faham tak blur...? Eheheee...

Okey, ni aku buat semalam. Dah nampak kat banyak blog kengkawan dan yang paling latest nampak kat blog Kak Ayu. Resipi asalnya adalah daripada Che' Iza kat MyR. Terima kasih bebanyak menyumbangkan idea bernas ni...

Crab stick tu dah lame dah aku beli. Kesian terperuk je dalam freezer. Setelah buat ni, pasti aku akan buat lagi sebab anak2 sangat suka. Mama pun suka. Dan tidak ketinggalan kalau bab rangup2 ni, papa sangat2 lah sukenye.

Dari pengalaman pertama ni, nanti buat untuk kali kedua dan seterusnya, seelok2nya aku siat crab stik tu kecil/halus2. Supaya nanti bila dah digoreng dia akan lebih rangup. Dah macam makan keropok ketam pula.

Untuk yang hendak mencuba, aku titipkan resepi dan cara2nya di sini. Tapi dalam bi plak... pepandai le korang nak transletkan yek...

Kak Ayu, minta izin kopipes yek... nak cepat g amik Baby balik sekolah ni...

Ingredients:-
2 packets filamen crabsticks
Maggi seasoning(optional-aku tak letak)

Method:-
Unwrapped filamen crabstick to form a flat piece. (If notice the filamen comes in roll forms).
Slice 1 cm in depth. deep fried till golden brown and crispy. Sprinkle some seasoning and ready.

Karya Terbaru - Sesaat Berputik Cinta

*** STICKY MOOD ***


Salam...

Alhamdulillah... Dapatkan karya terbaru saya yang kini telah berada di pasaran. Atau anda yang berminat untuk mendapatkan terus dari saya juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya/sms di talian 017-3113 226 atau email sofie2_za@yahoo.com

Tajuk : Sesaat Berputik Cinta

Harga :
RM8.90

!!! Tiada kos penghantaran kerana ianya akan ditanggung oleh saya !!!
- untuk mereka yang berada dalam Malaysia sahaja -
- hanya 6 buah novel tempahan terawal sahaja -

Jumlah muka surat : 120 m/s

Thursday, October 22, 2009

Order - Tarts, Faiz


Salam...

Alhamdulillah... tarts ni diorder oleh geng mak hayam a.k.a. mak yong Faiz. Thanks Faiz... Filling ade 3/3, jadi buatkanlah 3 perasa sekali seperti yang diminta oleh Faiz. Semoga Faiz puas hati. Kalau sedap lenkali boleh order lagi yek... Faiz order 50pcs campur2 perisa.


Thanks again... U all nak order tak?
Eheheheeee...

Tuesday, October 20, 2009

Muffin Coklat


Salam...

Buat muffin coklat ni masa Mak Ina & familynya datang ke rumah aku hujung minggu lepas. Seronoklah membaking kalau ada orang yang makan...

Tapi aku tak puas hati dengan rupa parasnya. Bagi akulah... kalau namenye muffin, permukaannya tu mestilah merekah. Tapi korang tengoklah permukaannya muffin aku ni... kembang jek... mcm cupcakes le pulak.
No, no, no... i tak puas hati!!!

Kenape jadik camtu? Sebab aku terlupa nak naikkan suhu oven daaaa....
haish!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)