Followers

Wednesday, April 07, 2010

Dugaan........... kerana hp!

Salam...

Semalam lepas hantar anak2 ke sekolah, aku terus balik ke rumah. Dalam perjalanan tu... kat Jalan Puchong dekat Caltex, betul2 depan aku berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Satria dengan sebuah motorsikal. Dengan jelasnya depan mata aku, aku tengok pemandu motorsikal tu berguling atas jalan dan berusaha untuk bangun (walaupun nampak amat payah). Seperti yang kite maklum, klu jatuh tengah jalan mesti usaha larikan diri ke tepi untuk mengelakkan diri dari kemungkinan digilis kereta/van/lori yang tak sempat brek dari belakang. Aku teruskan perjalanan dan pandang dari cermin pandang belakang. Nampak kereta dah banyak berhenti. Berhenti untuk tengok atau membantu, itu aku tak tahu...

Sejak cermin belakang kereta Waja kami retak seribu, akulah yang hantar dan ambil anak2 dari sekolah. Cuma baliknya, aku ambil Boy sementara hubby bawa Baby naik motorsikal.

Petang semalam, aku sampai sekolah Boy awal untuk elak jem kononnya. Pukul 4.30 petang aku dah parking kereta kat atas, depan sekali. Aku telefon Nani (kwn yg anaknya 1 sekolah/kelas dengan Boy). Dia kate dalam pukul 5 petang dia sampai, lepas ambil anak istimewanya. Aku dan Mierza tunggu dalam kereta. Sampai terlelap sekejap.

Pukul 5.05 minit macam tu Nani pun sampai. Kami keluar yang kononnya nak mencari barang2 dapur sikit. Aku nak beli roti sosej (n3 bawah) untuk melunaskan permintaan anakanda. Nani tanye aku, nak beli kat mane. Aku kate, mane2lah. Lagipun dia yg drive. Aku ikut ajelah... Kami ke Pasaraya UO kat Pantai Hillpark.

Masa dalam perjalanan nak ke Pasaraya UO tu, kami berdepan dengan kemalangan lagi. Juga melibatkan sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Memang betul2 depan kereta yang Nani pandu. Kali ini kereta Perdana V6 dengan motorsikal buruk. Yang pandu kereta tu nampak selambe aje. Ketika perlahankan kereta, aku dan Nani saling bertanya, mane orang yang kene langgar tu. Kami cuma nampak helmet tergolek-golek. Sedang perlahan-lahan melepasi motorsikal yang dah terbaring atas jalan tu, kami lihat pemandu kereta tu angkat motorsikal tu. Barulah aku nampak, orang yang naik motorsikal tu rupernye terhimpit bawah motor tu. Lelaki India yang nampak selekeh. Pada hemat aku, mungkin lelaki India tu kaki mabuk. Tapi... aku nampak darah meleleh keluar dari mulut dia...

Aku menggeletar seluruh badan. Teringat balik kemalangan yang aku tengok tghari tadi. Tertanye2 jugak dalam hati, ade petanda apa2 ke ni? Tapi aku tak ambil pusing sangat...

Hari ni (Rabu - 7/4/2010)... hb suruh aku ambil Baby dan dia ambil Boy. Sebabnya semalam dalam perjalanan, Baby tidur atas motor dan dia merungut2 kate esoknya (hari ni) dia nak balik sekolah naik kereta supaya dia boleh tidur sementara nak sampai ke rumah.

Dalam perjalanan baru nak mengharung jem kat Jalan Puchong tu... aku teringat hp aku yang Mierza main sebelumnya. Aku tanye Mierza tapi dia buat dekkk je... aku ni pun sambil2 tekan minyak, tekan kelas dan tukar gear mencari2 hp aku tu... Baby pun tolong mencarik jugak. Aku dah ingat, Mierza mungkin tertinggal kat ruang pejalan kaki depan Sekolah Assunta tadi. Aku ingat kalau betul2 takde, aku nak p pusing balik ke sekolah Assunta tu. Dan dalam sedang aku mencari2 tu lah....

Deboom!!!!



Anak2 jangan ceritelah menangisnya lebih2 lagi Baby yang memang jenis kuat melalak! Mierza, setelah dipujuk2 senyap. Tapi Baby terus menangis dan meraung. Buat aku bertambah panik. Dahlah pulaknye, bonet yg terangkat tu aku tengok mengeluarkan asap pulak. Aku cepat2 matikan enjin. Mase tu aku ingat dah nak meletup aje... haihssss!!! Masuk surat khabar aku!!!

Kereta yang aku tu pun bukan calang2 kereta. Jenis kereta di bawah ni ha...

Memang ketar kepala lutut aku nak tanggung kos membaik pulihnya.

Tapi kalau korang tengok betapa teruknya kereta aku tu, sebaliknya pula kereta yang aku langgar tu. Mungkin aku silap pandang (sbb dalam kepanikkan aku masa tu) tapi seingat aku, kereta tu scrash di seluruh bahagian belakangnya. Tak nampak pulak kemek2 ke hape. memang tahan lasak jugaklah kerete tu...

Tak sempat (tak teringat langsung!!!) aku nak tangkap2 gambo segala tgh2 jalan & panik tu... tuan kereta tu (perempuan) pun just ambil nombor telefon aku dan dia kate "kite deal kemudian,lah ye... jalan pun jem ni." Aku ok ajelah...

Alhamdulillah... walaupun dah kemek sampai terangkat bonet dan ade 1 bunyi yang buat aku sedikit gerun dan dengan air cond yang dah tak berfungsi, kami meneruskan perjalanan. Hp tetap tak jumpe lagi. Dekat persimpangan Tmn Mawar sebelum mendaki Bukit naik ke Taman Tenaga, Puchong, kami terdengar bunyi hp aku berbunyi. Suruh Baby cari bawah kerusi kiri dan kanan. Carik kat tempat duduk depan dan belakang. Jenuhlah dia tertonggeng2 mencarik tapi takde. Akhirnya mati macam itu aje telefon aku...
Tapi masa tu ada rasa lega yang teramat sangat. Sekurang2nya aku tahu hp aku ada.

Dah sampai rumah, benda ni memang tak boleh nak disorok2lah,kan... walaupun takut nak cakap dengan hb tapi kene jugak cakap. Dan macam biasa, hubby relaks je... "dah nak kena, nak buat macam mane..."

Aku??? Memang longlai sangat dah... Dengan penat mengharung jem dan penat melayan hati yang tak senang... mane memikirkan kereta Waja dan sekarang memikirkan kereta Mazda pulak. Dengan anak2 nak pergi sekolah dan sebagainya. Kami suami isteri terus patah selera.

Telefon yang berdering mase aku drive tu tadi panggilannye datang daripada suami tuan kereta yang aku langgar tu. So aku let dia deal dengan mr hb lah... masa n3 ni ditulis, hb masih belum balik dari p berjumpa dengan suami tuan kereta tu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mat (Cik Mat) yang tinggal di Seksyen 3, Kinrara.

Hp aku??? Akhirnya jumpe juga. Aku call dari hp hb berulang kali dan cari arah datangnya bunyi telefon aku tu. Kat mane? Mierza selitkan kat bahagian cermin, atas depan bahagian tempat duduk penumpang tu.............

Mierza oh Mierza.....

23 comments:

Kak Aidah said...

Salam Fiza,
ebnda dah nak jadi nak kata apa. Tapi kaluau hubby akak dia akan menejrit dulu. Tahan je lah telinga dengar leteran dia.

Jamie said...

Alhamdulillah fiza dan anak-anak selamat, len kali hati2 memandu, fokus, sabarlah ada hikmahnya tu...

MamaFaMi said...

Alhamdulillahlah Fiza dan anak-anak tak ada apa-apa setakat terkejut sikit. Itulah kan, kalau memandu ni, tak boleh buat benda lain. Mata kena awas kenderaan di hadapan sebab kenderaan di hadapan ni bukan boleh dipercayai sangat. Boleh tetiba brake je...

Tapi baguslah hubby Fiza.. berfikiran positif. Memang betullah kan, benda nak kena. Dan kita ni masih waras lagi... tak de la pulak nak sengaja sondol kereta orang, betul tak?

Apa-apa pun, next time be extra careful ye...

CatlinaFly said...

mujur juga akak dgn anak2 takde ape2...kereta boleh repair takpe..:)..hehehe mierza sorokkan hset akak eh hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fiza..takut bc cite fiza nie...sbb tue ka k.atie takut nk drive.!apa2 pon Alhamdllh semua selamat,lain kali hati2 yer.untung dpt somi penyabar nie...hikhik

E-na Zarina said...

Salam Fiza...
Berat rasanya masa baca n3 ni tapi berat lagi dugaannya bagi yang menghadapinya kan...Alhamdulillah fiza dan anak2 selamat...semoga fiza n hubby tabah menghadapi ujian ini...

indahhouse said...
This comment has been removed by the author.
indahhouse said...

Salam kak fiza,
Syukurlah kak fiza dan anak2 selamat. Byk yg kak fiza lalui dlm ms terdekat ni. Moga byk bersabar ya kak...Moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah buat kak fiza n family

saveme_zero said...

syukur ko anak banak xde apa2 za. anak2 ni tu le,dah main..buat xendah je letak mana2. bahaya wehh tgh drive tu sambil mencari. byk tol dugaan ko sejak dok puchong ni kan. moga murah rezeki & famili k.

AbbotCottage said...

Alhamdulillah anak-anak ngan ko tadek apa2 Fiza oit...syukur..bedebo aku baca..tak pelah, qada' qadar tadek saper tau. Pengajaran gak tu Fiza. Dan yang paling penting sekali, ANAK-ANAK SELAMAT!!! Syukur sekali lagi kehadrat Allah SWT.

Watierman said...

SalaM Dik...Syukurlah Adik Dan anak2 semuanya selamat...kereta tu memanglah nak kena baiki..kos nya lagi kan....nak buat macam mana...benda dah nak jadi...moga Adik terus tabah dan sabar mengharungi dugaan ni ya...

Malang tak berbau....ada lah tu hikmah di sebalik semua dugaan yang mendatang ni Dik!

Ayu said...

salam fiza,
shukurlah fiza tak apa2..
memang banyak dugaan darinya beberapa hari ni ya..sabar ajelah ya..
insyaallah, semuanya akan dipermudahkanlah ya..take care

Syafa said...

adeh..adeh...eksiden..aku pun penah mengalami nyer..langgar kete org gak..tapi xde kemek..calar2 gak..tapi yg aku x pueh ati tu dia mintak rm500..fundek je..baru pakai malaysia..tapi yela..salah aku kan..tapi agak2 la nak ketuk pun..klau ade kemek ye aku leh bagi rm500..ni calar skit je..nak tukar 1 bonet..aje gileeeeee..
xpela kak za..asalkan korang anak banak selamat..sudah!

noreen-bulan said...

sabo je la akk..dugaan..
nasib semua selamat...

Anonymous said...

u take care dear..

next time kena extra care ok

-angah ayu-

TopsyTurvyMum said...

Salam kenal..

boleh la kita ambik pengajaran dari apa yg berlaku.

saya pun pernah gak kena..masa tu pun bw anak2. yg sadisnya kena tanggung kos kereta yg kemek tu.. kosnya tu lagi mahal dr harga kereta sy sendiri.

yg penting kita ngan anak2 selamat.

take care k.

Fiza Nordin said...

SALAM... TERIMA KASIH KEPADA SEMUA...ALHAMDULILLAH SEMALAM (KHAMIS) AKU DAN HB DAH SELESAI BUAT REPORT DI BALAI POLIS PETALING JAYA.TAPI ESOK (SABTU) BARU NAK P HANTAR KERETA TUK REPAIR. 2 HARI NI (KHAMIS & JUMAAT) ANAK2 TAK SEKOLAH.I'ALLAH ISNIN NI PERGILAH SEKOLAH SEMULA.

SAYANG KORANG!

BLOG INI AKAN DIUPDATE BILER TUAN RUMAH TELAH PULIH DARI TRAUMA (ahhh takde maknenye!!!) hahaha!!!

larradanish said...

alhamdullilah..ang anak beranak selamat cek pija..lenkali berhati2 la no..hp boleh dicari..safety first no..syukur ang selamat...

el said...

mula2 aku bc n3 ko ni ...rs takut n ngeri..yelah takut jd pape kat ko ngan anak2 ko tu..sbb b4 tu ko dah ngadap mcm2...kak za..lenkali berhenti mn2 kalo nk cari ape2 barang..bahaya tu..tambah2 lg anak2 x pakai seat belt bagai..bahaya tu kak za...lenkali jgn wat cam tu yer...alhamdulilah semur selamat

A.I said...

Isk besen!! sib bek la kowang anak branak selamat. tu yg penting. sori sgt sbb aku baru baca entry kau ni..
huhuhu

Rabiatun said...

Aduyaaaaiiii...terasa sesak jiwa baca entry ni.huhuhu..
Alhamdulillah juga fiza dan anak2 selamat. rasanya klu menimpa diri, tak tahulah boleh setabah ko fiza. Makcik ni harrr lagi jenis menggelabah..muahahahah,...mahu pengsan kat situ gak..

razlita said...

alhamdulillah u selamat, anak2 selamat. be extra careful next time.. dun look for things while driving fiza..this incident taught u a great lesson..me too. the lady was in positive mode, her hb and your hb too. take care.

yanmaneee said...

supreme t shirt
kd 12
yeezy boost 350 v2
kyrie 7 shoes
curry 7
hermes birkin
hermes handbags
bape
yeezy
curry 8

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)