Followers

Wednesday, July 01, 2009

Cucur Badak

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2... :D Selamat sejahtera kepada semua...

Semalam aku tak masak nasi ya... pertama kerana malas. Kedua kerana blur tak tahu nak masak apa dan ketiga kerana hb nak pergi main badminton malam nanti. Kalau hb nak main badminton, aku tak yah masak nasi sebab dia pastinya akan makan sikit jek. Rasa macam tak berbaloi jek masak sedap-sedap (sedap ke...? heheheee...) tapi makan tak seberapa. Then hb sendiri minta kalau hari dia nak pergi main badminton, tak perlulah masak nasi. Bukan apa, biler perut kenyang dia akan tercungap-cungap bila main badminton tu. Rasa tak selesa sangat. Okeylah... horeyyy!!!

Jadi disebabkan tak masak nasi, kenalah buat sesuatu juga untuk makan. Jadi aku buatlah cucur badak ni ha... kebetulan minggu lepas aku ade beli ubi keledek 2 buku. Kesian terletak jek kat hujung sink. Sebelum dia buruk, lebih baik aku buat sesuatu pada dia. Maka terjadilah sesuatu yang boleh dimakan hari ini, heheheee

Cucur badak ni aku buat ikut rasa hati sendiri. Semua bahan2 main campak2 jek. Alhamdulillah tak pernahlah tak jadi. Keras ke hape. Lembut jek, heheheee (UP plak, ampunlah ye...) Tak ada rahsialah ye... mungkin aku pun macam orang lain buat jugak.. aku tak gunakan tepung gandum semata untuk campurkan dengan keledek yang dah direbus dan dilecek tu tapi juga aku tambahkan tepung beras sikit. Sikit tu yang aku tak tahu nak cakap banyak mana. Jadi ikut rasa sendirilah bile menguli adunan tu...

Dedolu aku memang selalu buat kuih ni sebab aku kan niaga bazaar ramadhan setiap tahun...? Tahun ni pun nak ambil tapak jugak. So start bulan ni dan bulan depan kena spend duit untuk ramadhanlah. Orang sibuk nak sambut ramadhan buat amalan aku sibuk nak meniaga hahahaaa!!! Tapi tak apalahkan... yang penting aku berpuase jugak. Lagi kuat dugaannya tau... dok tgh2 panas tu. Kenalak member sebelah jual air, aduiiiii!!!!

6 comments:

Fa'e said...

wah! fiza best la kalo camtu! xyah susah2 nak masak! lain pulak ngan mr hb kak fae...sblm main mmg dia x nak makan tapi bila balik dr main bola tu, emm...mula mencarik apa yg nak dimakan! huhuhu...

o...tokey pasar ramadhan lah ni yea...ish, kalo kak fae kat sana, mau gi beli kat fiza je! x yah susah2 nak masak! he3...

Datin El said...

salam fiza...akak suka sangat makan cucur badak ni tapi tak penah buat..maleh beli je 3 sengget ngap sorang2..

Watierman said...

Wah Fiza...akak nya fav.ni cucuq badak...kalau cik Abg akak..balik mesti lapar....nasik....

Ooo..bulan Ramadhan ni niaga yer...best lah...dah ada aktiviti...

el said...

kak fiza...kuih ni mmg paberet saya...ya rabbi sedapnye akk...bkn akk sedap..kuih tu yg sedap...saya leh abiskan seberapa byk yg boleh kalo ada dpn saya..kahhh

Fiza Nordin said...

k fae,
masak tetap kene masak.cume tak masak nasi jek la...tokey sebulan je kak fae...

datin el,
lagi sonang eh...

k watie,
klu tak kerana nasi,balik2 cari nasi gak hb sy tu kak.tp sbb semangat nak bersukan (ke nak seronok2 kat lua ngan kwn2...?dia saja yg tahu jawapannya...)dia sanggup tolak tepi nasi tu

L,
aku sekeh gak mak danish & arween ni kang...meh mai sini aku buat kat hang!

Anonymous said...

Simpler and easier just links london various facets of being married the ought links london jewellery to be obtained and tradition recently indicated links of london sale actually divided regarding the bride's family, links of london silver the groom's family, as well as the groom himself. discount links of london Over are the days where the bride's parents insures links of london ring uk every single thing make a list of to links of london friendship bracelets sale perfect detail. For a short period, tradition had shifted this obligation to qualify for the links sweetie bracelet three parties soon discussed the following., a response, links of london earrings as well as ever-popular brunch. Experience entered production although there required to links of london necklaces sale twelve inches into your market by the grooms telephone and therefore bridal individual.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)