Followers

Sunday, February 28, 2010

Garlic Mashed Potato wif Tempura Fish Fillet

Salam...

Ramai yang dah buat resipi ni... tengah angin RAJIN menggebu dalam diri, aku pun tak naklah ketinggalan same mencuba...

Dan dek kerana itu juga membuatkan n3 aku berderet2 tunggu turn nak publish. Fyi, untuk beberapa hari ni dan beberapa hari lepas, n3 aku adalah n3 auto publish. Maknenye even n3 itu keluar hari ini atau semalam atau hari2 sebelumnya atau hari2 akan datang, masakan itu sebenarnya bukanlah aku masak untuk hari tarikh n3 itu keluar. Faham ke? Emp, kalau tak faham pun buat2lah macam faham. Kahhhhh!

Seperti Garlic Mashed Potato ni aku buat pada hari Rabu (24/02/2010) sebenarnya. Buat untuk makan tengahari. Wah, bukan main lagik aku makan western food di tengahari yang rembang dan panas terik kat luar sane... ade aku kesah??? Hisk!


Garlic Mashed Potato ni aku makan dengan fillet ikan yang aku beli awal bulan aritu. Sampai naik terlupe dah... syian dia... harga aku tak ingat berapa hengget ntah... main hambek jek aritu cempak dalam troli. Dalam peket tu ade 4 keping. Tadi goreng 2 keping. Satu keping untuk mama dan satu keping lagi untuk Mierza. Tinggal 2 keping lagi... biler2 boleh goreng lagi... bukan duit je kene berjimat-cermat, korang oiii!!!


Okey, jom kite layan resipi Garlic Mashed Tomato yang aku ambil dari blog Kak Zila cayang tu... Thanks akak... Tapi saya dah edit resipi ni supaya nampak lebih teratur, kemas, mudah dibaca & difahami.


Bahan-bahan(Mashed Potato):-

* 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 2 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream
* 1 sudu kecil black pepper

Cara-cara (Mashed Potato) :-

1.Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Bahan-bahan (Gravy) :

* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce / lea&perrin
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara (Gravy) :

1)Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
2)Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
3)Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
4) Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)