Followers

Thursday, October 25, 2012

Popia Bersira Sambal



As salam...

Lame sangat rasenya dah tak buat popia bersira. Kalau tak silap last buat masa dok kat umah lame - Pangsapuri Angsana, Puchong. Lepas dari tu dok memerati je orang lain buat sambil telan2 air lio hihihii kesian! Ape kan daye...bukan salah orang lain, salah sendiri sebab terlebih 'rajin'. Popia ni boleh dikatekan salah 1 makanan kuih-muih kegemaran aku jugaklah. Suke dengan rangup2 pedasnya. 

Takyah celoteh bebanyak.. kat bawah ni aku tepek resipi hasil skodeng umah Ina Hana. Minta ampun mek, aku kopipes resipi yek... minta halal dunia akhirat. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan teman2 yg memerlukan... amin!


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya
Utk Inti
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
satu mangkuk kubis yg di racik halus
taugeh - jika suka (hana x ltk)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit

Utk Sambal Sira
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana gune sos cili thai jerk!
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai


Cara-cara

  • Utk Inti - tumis bawang besar hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

9 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam aildiladha fiza...

rajinnyer dia wt kuih.... akak agak kurang popia sira ni... lagi2 yg jual tu penah beli siranya manis sgt... terus tertutup selera.. hehe.. kalau wt sendiri maybe leh ejas rasa sambal dia kan..

Myra Jay said...

Sedapnya, nampak sangat menyelerakan :D

Fiza Nordin said...

k madiha,
betui tu...buat seniri boleh adjust manisnye.tp sy selalu beli x penah la pulak kena yg tmanis :D

Fiza Nordin said...

myra,
tq dear & tq singgah sini :D

Amie said...

adeeehhh Fiza oiii... popia gini ni memang my fav... 10 batang boleh sekali hadap! abih...

HomeKreation said...

Selamat Hari Raya Idh Adha utk Fiza sekeluarga. Masak apa utk raya?

Fiza Nordin said...

k amie,
samelah kite pun...suke kat kuih ni!

Fiza Nordin said...

along,
adelah masak rendang daging & kuah kacang bawak balik kampong. kak ipar dah siap rebus nasi impit dan buat rendang ayam...alhamdulillah, berpakat2 ipar duai utk juadah :D

Anonymous said...

Therefore, make sure you set the system up correctly.
For each egg in the ootheca, there is a compartment-like space.
These lizards can weigh 11 pounds on average and can grow up to roughly 6.


Feel free to surf to my homepage - baby iguana care page

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)