Followers

Wednesday, October 03, 2012

Jalan2 Dengan Sahabat...


As salam...
Cerita hari Ahad - 30hb September kelmarin. Seronoknye dapat jalan2 dengan kawan2 yg satu kepala fenen dan havox ni. Minta tolong en asben hantarkan aku ke rumah Normah @ Tmn Medan kemudian Shadila datang ambil aku dan Normah. Lepas tu ambil Jenab di Stesen Komuter Sri Setia. Dan perjalanan jalan2 kami bermula.

Destinasi pertama, kami ke GM Klang. Cuci2 mata, try2 baju & kasut, belek2 h/bag. Penyudahnya aku beli 2 beg SAG untuk Boy & Baby. Murah juga. Kedai tu sale 50% off dr harga rm28 dpt rm14. Beg sekolah, handbag murah2, cantik2... rambang mata dibuatnya. Tapi aku x beli handbag pun sebab ... tak rase nak beli pun! hahaha Beg SAG untuk anak2 tu mmg dah lama usha. Dah berkali2 tanya kat pasar malam/pasar pagi, naknye rm30. Dapat kurang pun RM25. Bila tengok RM14 je, teruslah grab! Dan aku juga beli tudung yang berkain mcm t-shirt tp sgtlah lembut dan sejuk. Selesa betul pakai. Harga, rm20, mahal, pada aku. Tapi tutup matalah sebab best disarung! hahaha

kek ni aku bawa. deco tak deco sgtlah. hanya curah dgn choc nips & tulis je. makan kat Johnnys.

Ada juga usha2 cari kemeja telahkan dah ada kat situ. Maklumlah badan macam aku ni nak cari kemeja agak payah. Selalu sempit kat bahagian lengan atau x boleh butang - buncit! Tapi xde yg sesuai di hati dan ada yg takde stok saiz. Meloponglah...!

Destinasi kedua, kami ke Jusco Bukit Raja. Shadila nak belanja kami makan di Johnny's. Alahai, terima kasihlah sahabat. Moga murah rezeki! Aku 1st time makan kat sini. Memang agak jakunlah,kan... Sangat kenyanglah yang pada mulanya amatlah lapar perut ni. Sampai rase menggigil jari-jemari. Namun sembang2 tetap jugak gelak tak hengat!

... Normah & Shadila ...

Lepas makan, memang ada dalam agenda - tengok wayang!!! Pada mula asalnya aku dan Normah nak tengok cerita Hantu Air tapi cerita tu dah keluar Astro First. Walaupun aku dan Normah takde astro, tapi mcm x syioklah pulak. Lagipun ada pilihan lain yg lebih baru - Hantu Kapcai. Pelakon pun tak kurang hebat - Zizan. Oklah, kami tonton. Dalam panggung, baru dalam 15 min cerita, mata aku dah berat. Bukan cerita tu tak best tp maklumlah... bile perut kenyang. Duduk pulak dalam air cond, tempat duduk selesa. Maunye tak ngantuk. Teruk3!!! 2/3 kali juga aku terlelap dalam gelap tu kihkihkihhh Bukan ada orang perasan pun, gelap katenye...!

Destinasi seterusnya kami ke Shah Alam. Shadila bawa kami ke Cash Converters sebelah Plaza Masalam. Tak lama kami kat situ. Round2 sekejap, keluar dan jalan. Singgah Tesco, Shah Alam yg bawah bukit tu sebab kononnye aku nak cari jubah. Memang nak beli jugalah kalau ada yg berkenan dan kena dengan bajet. Sebenarnya dari hari raya kelmarin dan bminat nak beli jubah hitam tp bila tanya2 sume harga rm100 ke atas. Mahal sangat rasanya... atau aku kedekut??? Yang pastinya bak kata arwah mak aku dulu, aku ni jenis 'sayang duit'. Hihii Gitulah kalau kite ni susah 'mencari', susah jugalah 'mengeluar'. Moga Allah swt tak beratkan tangan aku menghulur ke arah kebaikan. Amin!

... dessert @johnny's

Shadila bawa kami ke Kedai Kain Tewah tingkat 1. Try sehelai demi sehelai. Jubah2 situ memang cantik2, aneka warna. Memang terpesona aku tengoknye tapi harganya boleh tahan jugalah. Bajet aku rm60 saja sebab Shadila yang kate, dekat2 situ ade jubah dgn harga2 tu. Jadi aku pegang amount tu. Try punye try, warna yg aku nak- hitam xde. Yang ade dark coklat. Memang sekali pandang mcm hitam, tp klu dia coklat, dia akan tetap coklatlah kan. Dan harganya pun rm79. Reject!!! Keluar tanpa beli apa2 dr kedai kain tu... 

Sementara tunggu Jenab solat, kami duduk minum kat Food Court Tesco. Normah belanja air bubble. Perut masih kenyang. Nak makan, tak lalu nak telan. Lepas Jenab keluar, kami berjalan keluar tesco. Kalau sempat aku nak ajak dorang singgah Lokas Makana tempat burger bakar tu untuk makan malam. Shadila memang dah kata nak hantar aku terus ke rumah. Nak tau sangat manalah ceruknya rumah sahabat dia ni...

... us ...

Tiba2 ntah macam mana tengah aku belek2 baju kurung penjual kaki2 lima tu, Shadila panggil masuk salah satu kedai kat situ. Ada jubah harga RM59. Try punye try, yes... berkenan!!! Sebab under bajet, terus ambil 2 helai. Alhamdulillah. Tak kisahlah Pakistan tu x bg diskaun sekupang pun, aku amik juga. Shadila pun amik sehelai. Wahhhh suker2!

Sampai rumah pukul 9++ malam. Terus dihantar ke muka pintu. Malah Shadila, Normah dan Norzarina sempat masuk rumah, duduk2 sekejap di teratak aku yg tak sepertinya ni. Alhamdulillah, seronoknya dapat keluar dengan sahabat. Entah bile dapat keluar macam ni lagi dalam masa terdekat ni, tak taulah. Masing2 ada komitment sendiri. Tak apelah, asalkan ikatan persahabatan tetap terus terjalin walau tidak dapat bersua muka dan berkumpul bersama....

6 comments:

Cendana Kasih said...

waaa....bujang kembali ko yer

Fiza Nordin said...

noorma,
ingat si arbaie je yg boleh bujang kembali?? hahaha ko penah tgk x drama tu lame dulu?Lawok!

Chekgu Azrine said...

happening je nampak..best!!!

rinarashid said...

ja, thanx 4 the cukulat... and the novel!!!!kamsahamnida & saranghaeyo...hik..hik..hik..

Nur-nba said...

Seronoknya dapat jumpa kawan2 rapat.. Acara makan2 tu pun nampak meriah..

Anonymous said...

hapdate yg 2013 plak...
~jen~

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)