Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kek Lapis Prune (Bakar)


As salam...

Kek buat untuk sambutan Eid Ul Adha kelmarin. Dah lama stik dengan resipi dari Kak Fida @MyrR ni. Pernah beberapa tahun dulu, masa baru nak menjinak2kan diri mengambil tempahan dari pelanggan internet, kek inilah yang aku buat. Semalaman tak tidur. Masa tu buat versi kukus pulak tu. Senyum2 ingat memori dulu :D

Jom tengok resipi. Merata2 dah ada resip ni. Kalau tak silap, kat blog ni pun aku ade letak resipinya. Tak apa, aku letak lagi. Kalau rajin, bolehlah try buat ye. Kalau tak rajin, boleh order je dr aku hihii :D

Bahan2:

5 biji telur
225g gula halus
220g tepung gandum
150ml susu segar
1sb ovellete
1sb baking powder
1sb esen vanila
100ml minyak kelapa/jagung
pewarna
*hirisan prune secukupnya untuk ditabur d permukaan kek*

Cara2:

Panaskan oven 180c.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak. Putar hingga kembang dan putih. 
Masukkan minyak dan kaup balik hingga sebati dengan menggunakan spatula.
Bahagikan adunan pd 2/3 bahagian (terpulang). Letak pewarna dan kacau hingga sebati.
Sediakan loyang 9' (segi 4). Lengser minyak dan lapik dgn kertas baking.
 Tuang 1/2 dr adunan yg telah diwarnakan.
Kukus setiap lapisan, 15 minit. 
Taburkan hirisan prune sebelum dituang adunan kek.
Untuk lapisan terakhir bakar xtra 20 minit.

Selamat Mencuba :D

6 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Sedapnya....nak buat tu yg x berapa nak rajin tu....:)

inahar ali said...

bak sepotong fiza cayang!!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
sedapnye nampak kek prune ni fiza... mcm nak makan je.. ade lagi tak.. bak sikit.. :P

Anonymous said...

hoveetenigh hoveetenighJB
Authentic Victor Cruz Jersey
Authentic Aldon Smith Jersey
Black Vernon Davis Jersey

ummiaiman said...

Nmpk sgt menyelerakan. ..pandai fiza buat. Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Anonymous said...

buy valium valium side effects stomach - where can i buy real valium online

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)