Selamat pagi Isnin...
Cuti sekolah telah benar2 bermula... Ni breakfast kami hari ni, alhamdulillah!
Kite gunakan kepingan wraps wholegrain jenama Mission. 1 paket ada 8 keping. 1st time beli & not bad.
Cara gulungan tu terispirasi dari gambar yang ada kat packet tu. Jom tengok resipi dan caranya...
Bahan2:
2 keping wraps
2 biji telur
2 batang sosej
1 helai daun salad
1/4 biji tomato - potong dadu
Garam
Serbuk perasa - lada sulah/lada hitam/aji
Cheese spread
Mayonis - 1 sb & untuk dressing
Cili sos
Cara2:
Goreng sosej tanpa minyak hingga masak dan ketepikan.
Layangkan kepingan wraps atas pan hingga sedikit garing. Jangan garing sangat sebab nanti susah nak lipat/gulung. Angkat dan sediakan atas piring leper.
Pecahkan telur dalam mangkuk. Letakkan 1sb mayonis. Perasakan dengan garam/lada sulah/lada hitam/aji. Panaskan pan dan tuang separuh. Gelekkan pan mcm kite buat kulit kuih dadar/ketayap. Dah garing, tanpa membalikkan, terus terlangkupkan telur atas kepingan wraps.
Sapu permukaan telur dengan cheese spread.
Susun daun salad dan tabur tomato.
Letak cili sos dan mayonis.
Letak sosej.
Gulung wraps dan potong tengahnya.
Selamat mencuba :D
8 comments:
Pija...mana ko beli menatang wrap tu? brapa hengget?? sedap nampaknyer... ni yg buat aku teringin ni...
Noorma,
Aku beli kat giant...tg2 le kat bhgn roti2 tu....hihii
mcm sedap. selain sosej, apa benda yang boleh diwrapkan ek? tak suka makan sosej..hehe
Normaliza,
Kalau tak suka sosej, boleh gantikan dengan kepingan ayam, daging burger, crab stik, isi ikan dan lain2 lg. Idea dah ade, tinggal pelbagaikan aje...
Sy gunakan sosej sbb anak2 mmg suka makan sosej. Dan yang lebih penting, mudah hihiii
sedapnya... kita pun berangan nak sedia sarapan pagi untuk anak-anak time cuti sekolah... tapi kita masih bertugas juga cuti ni...
kak fiza.. sedapnyer nmpk! sesekali breakfast camni, budak2 pun teruja kan.
Amie,
Tgh mamanya ada rajin saki baki ni dipergunakanlah...nnt dah malas, ke kedailah kite anak2 oiiii hihiii
Tun,
Betui..."next season mama masuk masterchef ye..." wallahweiiii, cume pandai buat simple dimple camni je disuruh masuk masterchef.haruslah mama ko peserta pertama yg keluar kahkahhhh
Post a Comment