Followers

Wednesday, November 16, 2011

Langkawi - Day 1...


As salam... cerita-ceriti holiday bermula... untuk tatapan pengunjung yang sudi singgah ke blog kite ni dan untuk tatapan kenangan diri sendiri dan anak2 kemudian hari nanti, insya Allah.... Flight kami pada hari Jumaat (11 Nov, 2011) pukul 10.50am dengan penerbangan Firefly. Ni merupakan kali kedua kite naik kapal terbang dan 2/2nya dengan penerbangan Firefly. Untuk anak2, ini merupakan kali pertama mereka naik kapal terbang. Dari rumah, kami naik teksi jiran tingkat 5. Dia ikut meter and it cost RM14.

Dari rumah pukul 8.30pg. Memang keluar awal sebab takut Federal Highway jem. Sampai di Skypark Terminal, Subang pukul +-9.15am. Sebab dari rumah belum breakfast, kami terus ke food court dalam terminal tu. Dalam kepala memang dah agak, sure mahal tak hingat kalau makan kat tempat tu. So, ambil makanan ala2 ajelah. Perghhhh, mmg mahallah pada aku. Tak berbaloi sungguh - RM18.80. Mee dan mee hoon tu bukannya dia masak fresh, tapi yang jenis dah siap masak banyak2 tu. Tunggu nak cedok dalam pinggan je. Huhuhuuu....



Dekat2 pukul 10am, kami ke kaunter check in. Sepatutnya sampai je tadi, terus ke kaunter check in, sebab kite perasan, kaunter dah buka masa tu. Atau sekurang2nya bertanya dulu sama ada boleh check in then baru p bf. Sebab dah agak lewat check in, flight dah penuh. Seats yang tinggal, jauh2. Maka tercampak merata2lah kami dalam flight tu. Cuma 3 seat yang berdekatan. 2 seat lg pun terpisah agak jaun juga. En hubby & Boy yg ambil 2 seat terpisah jauh tu. Kite risaukan anak2 sebab dorang 1st time naik flight. Tapi mujurlah, dorang ok. Boy sangat independent. Mierza sibuk nak duduk dengan kakak Baby. Sedangkan kite paling risaukan dia. Kite nak duduk dengan dia, dia sibuk nak juga duduk dengan kakak Baby.

Akhirnya ikutkan juga sebab dalam flight tu, suara dia je yang lebih. Kite duduk di tempat duduk belakang. Bila pesawat dah naik, barulah kite tukar tempat duduk dengan kakak Baby. Kena juga tukar tempat duduk sbb cabin crew dah mula serve minuman dan snack. Risau tertumpah. Banyak pula kerjanya nanti. Dah dekat2 nak sampai, Mierza pun dah naik bosan. Sekejap2 dia nak bangun, berdiri dan nak bergurau2 dengan kakaknya di belakang. Jenuh jugaklah memujuk dan ajak dia bersembang. Tunjuk permandangan luar melalui tingkap kapal terbang tu... hihihiii alhamdulillah berjaya juga ralitkan dia.



Turun dari flight, menunggu dalam 10 minit, anak buah (Ina) en hubby pun sampai. Anak buah en hubby ni bekerja di Berjaya Resort, Langkawi. Mula2 dulu belajar, kemudian bekerja dan kemudiannya bertemu jodoh dengan orang sana. Maka menetaplah dia di pulau tu. Sebab dah tengahari, destinasi pertama haruslah lunch. Ina bawa kami ke restoran nasi campur Siti Fatimah. Tak tau pula berapa kos makan2 tu sebab en hubby yang p bayar. Lupa pula nak tanya.



... @ Makam Mahsuri. Action je sebenarnya ni... bukan buat bebetui pun ...

Lepas tu, terus pulang ke rumah Ina di Tmn Kenari @ Batu Asah. Percutian kami ni memang tak sewa hotel, motel aka tempat tinggal. Sebab anak buah en hubby pelawa kami stay kat rumah dia je. Alhamdulillah dan terima kasih banyak. Cuma kereta saja kami minta Ina carikan. Ina pinjamkan kereta kawannya and it cost RM70 sehari. Tapi keseluruhannya selama 4 hari kami di Langkawi, kami cuma guna kereta tu 2 hari saja (hari pertama dan ke 2). Hari ketiga, kami keluar dgn 1 kereta saja iaitu menggunakan kereta Ina & suaminya, Kadi.


Rehat2 sekejap di rumah Ina, mandi2 dan bersihkan badan, kami keluar semula. Destinasi pertama, ke Makam Mahsuri. Harga tiketnya bg kite, so so lah.... ikutkan hati, tak yah masuk pun xpa kot... tapi telahkan sampai, masuk ajelah. Dah nama pun ke pulau lagenda mahsuri, kan....


... rumah Diodrama tu ditutup masa kami p, jadi anak2 kite yg buat 'drama'. hihiii ...

... kakak Baby & Mierza yang buat pengukur kelapa kat Rumah Pandak Mayah macam motorsikal ...

... kenangan di Makam Mahsuri. Kos buat gambar kenangan siap edit ni - RM10. Frame tu beli kat Idaman Suri - RM5. Sampai rumah, terus hang kat dinding ...

Lepas ke Makam Mahsuri, Ina bawa kami ke Telaga Ayer Hangat. Aktiviti santai sambil rendam2 kaki dalam air panas. Nyaman sungguh. Ketika kami sampai adalah 4 orang (1 keluarga) yang sedang rendam2 kaki. Tak lama lepas tu tinggal kami2 je konker tempat tu. Then 1 family Arab (kot...) sampai. Lepas tu kami terus nyah dari situ setelah snap beberapa keping kenangan.




Hari kami sampai (Jumaat - 11.11.2011) tu, suami Ina - Kadi ada game volleyball inter hotel. Oh yes, suami anak buah en hubby ni pun kerja hotel juga - Tg Rhu Hotel. Mereka main kat Pantai Tg Rhu.

So lepas mengabdikan kenangan kat Kolam Ayer Hangat, kami terus ke Pantai Tg Rhu. Lepak2 tepi pantai, ambil angin petang. Mierza tengok mat & minah salleh berendam dalam laut, dia pun sibuklah nak mandi sama.



"Papa, adik nak mandi. Tengok dorang tu, smart je mandi..."

Merengek2 Mierza nak mandi. Tapi en hubby tak kasi. Hehehee syian kat dia tapi kite sendiri pun tak berapa nak bagi. Takde sape nak layan plus baju persalinan pun takde bawak. Takkan nak balik basah2 camtu. Bagi celup2 kaki pun kira dah bertuah tu...


... @ Tg. Rhu ...

Sebab Ina nak tunggu suaminya habis game baru nak balik, kami2 beransur balik dulu. Cuma Boy ikut Ina. Langkawi ni tak macam Kuching, Sarawak aritu. Signboard kurang. Memang agak kalut klu jalan sendiri. Kat Langkawi ni bukan main banyak signboard jadi agak konfidenlah kami nak bergerak sendiri. Plus, jalan kat Langkawi ni, pusing2, balik ke jalan tu jugak. Asal tak masuk jalan kecik dan tak kalut. Rasanya kalau masuk jalan kecik pun boleh pusing balik, cuma agak jauhlah perjalanannya nanti.

Masa perjalanan nak ke Tg Rhu, kami perasan kat tepi Jalan Ulu Melaka, nak buka pasar malam. Jadi dlm perjalanan balik dr Tg Rhu, kami singgahlah kat pasar malam tu. Adalah serba sikit jualan di pasar tu mcm jakun pada aku. Tapi kebanyakkannye sama aje macam pasar2 malam lain. Tak beli2 sangat pun sebab memang ingat nak singgah jalan2 je... en hubby yang memang penggemar jeruk, adalah beli jeruk campur2 (kedondong, salak, pelam kulit, kelubi dan cermai) dengan kos RM10.

... aku beli ni. Rasanya mcm apam balik tapi berintikan kelapa manis ...

Dah jumpa kawasan umah Ina, kami tak terus balik. Tapi meneruskan perjalanan mengikut hala ke Pekan Kuah. Sajalah nak jalan2 malam. Badan memang dah terasa penat, tapi tak peduli. Cuti2lah katekan... hikhikk Sebelum balik, nak isi perut dulu. Jadi sekali jalan2 malam, sekali cari kedai untuk makan malam. Takmo menyusahkan tuan rumah pulak. Dahlah tempat tinggal free, kan....

Kami singgah di kedai tomyam sepanjang jalan nak menuju ke Kuah. En hubby order nasi putih, tomyam campur dan telur dadar. Sementara kite order nasi goreng campur. Minuman nescafe tarik. Kos Rm13.50. Mierza dan kakak Baby dah tertidur dalam kereta. Jenuh kejutkan dorang bangun, tapi takmo jugak. Mujur paking kereta betul2 depan kedai. So matikan enjin dan buka cermin kereta. Dorang tidur dalam kereta. Sesekali jenguk juga, takut nyamuk pula. Lepas makan, kami bergerak balik. Perut dah kenyang, badan penat... mata pun mengantuklah.... habis sudah aktiviti hari pertama di Langkawi.

Insya Allah akan update cuti2 Langkawi kami di hari kedua nanti...
Beras Terbakar / Waterfall Telaga Tujuh / Cable Car / Shopping2!!!

3 comments:

dZana said...

seronoknya fiza dpt bcuti... huuuu..

rossysweety said...

ok gak fiza pi bukan time cuti sekolah ,kalau idak , penuh ngan manusia ajer..

Azian Elias said...

Salam kenal dari org yang suka jalan ni.

3 4 bulan lepas kitarang ke langkawai gak. Tapi tak dapat explore habis.. Time sikit sangat.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)