Followers

Monday, November 21, 2011

Ayam Sos Siam

As salam... N3 untuk juadah lauk makan malam kami pula....

Ada ke yang ber'blogging' ni....? Atau semua dok pakat2 tengok bola kat tv. Rumah kite senyap sikit sebab en suami dan anak jantannya - Boy pergi tengok bola di rumah jiran - tingkat 4. Beberapa geng2 blok semua pakat dok tengok kat rumah tu. Hah, pergilah.... Boleh kite layan Masterchef lepas ni hehehee....


Semalam jalan2 rumah kawan blogger dan singgah rumah Along Roz cayang. Tertarik dengan resipi Ayam Sos Siam yang Along buat. So hari ni dengan besar hatinya kite jadikan lauk utama untuk makan malam. Alhamdulillah, percubaan yang tidak menghampakan. En suami dan anak2 suka. Manis2 pedas rasanya. Harum baunye dek daun kunyit yang dihiris2 tu. Nyump2.... Suka!!! Terima kasih Along....


Menurut details di blog Along, resipi asal adalah dari Kak Ummi Kuantan, sumber dari Kak Dzana. Kite ambil bulat2 dari Along di mana Along dah ubah suai dan taip semula. Mohon izin dari Along Roz untuk kongsikan resipinya di sini. Maaf kerana tak tinggal jejak di blog, entah kenapa tak boleh nak berbuat demikian. Untuk resipi asal, boleh merujuk ke blog Kak Ummi dan Kak Dzana ye...


BAHAN2:

1/2 ekor Ayam - potong2 

1 st Serbuk Kunyit

1 bj Kentang - belah (Along tambah, resepi asal tak letak) 

4 sb Cili Mesin (resipi asal guna cili padi siam) 

4 ulas Bwg Putih - tumbuk 

1 labu Bwg Besar - dihiris 

1/3 cwn Sos Cili Siam (resipi asal guna sos cili) 

1 - 2 helai Daun Kunyit - dihiris halus 

Garam


CARA2:

1. Lumur ayam & kentang dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng ayam & kentang sehingga masak.Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan 3 sb minyak & tumis bwg putih sehingga garing.Masukkan cili mesin & kacau sehingga wangi.Masukkan bawang besar, sos cili dan kacau sehingga pekat.Masukkan ayam, kentang, daun kunyit dan di gaul rata. Masukkan garam jika perlu.

3. Hidangkan dengan nasi putih.


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

Ummi said...

Assalam Fiza, waaaah dah menerai eks...suka ke x? Thanks ya sudi masak, kalau dpt hantar kat akak lg baguuiiihh...hehehehe :)

Fiza Nordin said...

K ummi, ni mesti kes tak bace teks.... Penat mengarang sehari semalam tau hahahaa!!! Suke kak... Anak2 & en suami suka sebab rasa yg beraneka tu. Ada rasa manis, pedas, masin tu, cukup membuka selera makan dgn nasi suam2....

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)