Followers

Monday, November 21, 2011

Mee Goreng Mamak

Dengan ada kerajinan serba sedikit ni, kite pun menggorenglah mee ni untuk makan petang diri sendiri dan anak2. Lagipun kesian pula tgk anak2 melopong je depan tv, takde kudap2.


Pada kite, goreng mee ni simple je.... Yang pentingnya, kesudahannya mee tu boleh diterima oleh tekak atau tidak. Kite takde rahsia dan tips istimewa pun. Dan sememangnya kite ni kalau masak suke yg serba ringkas aje. Yang penting, tekak ini bisa menerima. Alhamdulillah....


Bahan2

Mee kuning

Bawang besar

Bawang putih

1 keping tauhu-dihancurkan

Udang

Ayam - dipotong kecil

Taugeh

Daun kucai

1 1/2 sb cili kisar

2 1/2 kicap cair

Garam

Serbuk perasa

3 sb minyak-untuk menumis

Air


Cara2

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan tauhu. Goreng seketika.

Masukkan cili kisar. Goreng hingga agak garing.

Masukkan udang dan ayam. Kacau dan goreng lagi.

Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Tuang 1 cawan air. Kacau dan biarkan merenih.

Masukkan mee kuning dan gaul sebati.

Masukkan daun kucai dan taugeh.

Rasa mee yg sudah digaul rata. Jika perlu tambahkan garam.

Kalau nak mee basah2, tambahkan air dan kacau sebati.

Biarkan seketika dan tutup api.


Sedia untuk dihidang. Kami suka makan ketika ia masih panas dan suam. Kalau dah sejuk, kena panaskan semula then barulah boleh makan semula. Ikut tekak lah ye....


Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

Amie said...

hooo...mee mamak memang sedap apa....yummy!

Fiza Nordin said...

Amie, yok2 makan hihihiii

Diana @ Melley Mey said...

sedapnye tgk mee tu... terliur sudah.. ;)

Fiza Nordin said...

Diana,
Alhamdulillah besh!

tun_telani said...

mee goreng sedap!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)