Followers

Saturday, November 19, 2011

Udang Goreng Sos Cili Thai

As salam...


Kite menghadapi kesukaran hendak menghapdet blog sejak kelmarin setelah pc kite corrupt. Entah kenapa tgh taip2 kat fb pg semalam, keluar mcm2 warning. Klik sane, klik sini sudahnya semua icon hilang dan skrin pun gelap gulita. Waaaaaa!!! Tapi memang diketahui yang pc tu mmg dah uzur. Lame dan banyak sangat dah baktinya. Tiba masa berehatlah tu gamaknye... Hihihiii


Ni kite hapdet menggunakan g.tab. Mula2 tu mmg bengang dan tensen sgt sbb banyak function kat g.tab ni kite tak pandai guna. Then, kite buatlah status luahan perasaan kat fb. Terima kasih pada teman2 fb yang bg semangat. Salah seorangnya rakan mommies, Aellynn yang suruh kite d/load B oren kat Market Andoid. Setakat ni mmg terasa senang sikitlah. Tak taulah klu ada masalah kemudian. Dan kalau ada masalah pun lepas ni, kite rasa kite dah tau nak rujuk kat mane... Hihihii


Ok... Berkaitan dengan gambar di atas tu... Resipi ni kite terinspirasi dr blog Kak Tun - Rabiatun sweettouch. Resipi asal dari Kak Nor - Secubit Garam. Terima kasih kepada kedua-duanya. Mohon untuk sharekan resipi kat sini ye. Terima kasih sekali lagi.


Bahan:

300gm udang

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~~~~~~

3 ulas bawang putih ~ dicincang

3 ulas bawang merah ~ dihiris halus

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos ikan

carrot

bunga kobis

5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua

sedikit daun ketumbar ~ dihiris

1 sudu besar jus limau nipis/lemon

sedikit garam jika perlu

minyak


Cara:

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.

Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.

Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.

Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.

Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.

Gaul2 rata dan masukkan udang.

Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.

Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.

Kacau sekejap dan padamkan api.

Angkat dan hidangkan panas2.


Published with Blogger-droid v2.0.1

6 comments:

Amie said...

selamat pagi....
sedapnya udang....yummy...

dZana said...

simple n sedap..

Fiza Nordin said...

Amie,
Pagi... :)
Klu ade udang bolehlah buat menu makan tgari ni ye...

Fiza Nordin said...

K zana,
Yep, simple dan sedap...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Fiza.
Fiza, nape kalau Naz klik nama fiza pd komen yg fiza tinggalkan, tak dpt access blog fiza ni eh.Naz kena klik pada senarai blog Naz baru boleh ke sini..

Anyway, sedap ni.. Mmg nampak menyelerakan..

Fiza Nordin said...

Naz,
Hentah.... Kwang3 hahahaaa bebetui xtau ni naz... X dapek den nak jawab.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)