Followers

Monday, October 24, 2011

Eclairs Puff


Salam hari Isnin....

Jamu2 mata dengan eclairs puff ni ye... pagi ni buat untuk customer, terasa teringin pula tekak ni nak makan sama. Jadi buat lebih sikit... selalu buat tu cukup2 aje....

dulu2 memang agak rajin juga buat eclairs utk makan sendiri. Tapi bila dah buka untuk tempahan, selalu2 buat pun untuk orang je... kekadang ada lebih seketui dua, anak2 pun tak pandang. Dari dibiarkan terbuang, kite lebihkan kuantiti dalam kotak customer. Lebih baik gitu, kan... takyah le nak berkira sangat. Setakat seketui dua....

Jom tengok resipi yang memang dah lama kite praktikkan. Memang amat puas hati dengannya. Kita juga tepung naik sendiri @ self rising flour. Ada juga resipi yang menggunakan tepung gandum tanpa baking powder dan menggunakan baking powder. Kita pernah cuba menggunakan tepung gandum bercampur baking powder, tapi hasilnya sangat mengecewakan. Kalau ada yang buat menggunakan tepung gandum dicampurkan (mahu pun tidak mencampurkan) dengan baking powder dan mendapat hasil yang positif, alhamdulillah. It's your luck! Kite, tadek lucklah!!! Hehehee...


Resipi: Zaliana @ MyR

Bahan2
>125g tepung naik sendiri
>250g air
>100g marjerin
>1sb gula
>3 biji telur - gred A/B

Cara2
> Dalam periuk, campurkan air, marjerin dan gula. Didihkan sehingga marjerin cair.
> Masukkan tepung dan kacau hingga tepung kelihatan kering. Padamkan api. Biarkan seketika - 3 minit.
> Dengan menggunakan mixer, sebatikan telur bersama adunan tepung yg telah dimasak tadi. 
> Setelah sebati, masukkan ke dalam piping beg. Gunakan nozle berbentuk bintang. 
> Panaskan oven 200c (bergantung pada kapasiti oven masing2). Sediakan loyang yang dilengser dgn marjerin. Tak perlu dilapik kertas. 
> Paipkan adunan tepung ke atas loyang berbentuk memanjang. Bakar +-20 minit atau sehingga adunan bertukar coklat tua. Sejukkan sebelum dimasukkan kastad ke dalamnya.


Kita sharekan sekali resipi untuk krim kastad yang selalu kite gunakan. Resipi dari Kak Rin Chan.

Bahan2
>2 cawan susu segar
>2 sdb tepung gandum
>2 sdb tepung jagung
>6 sdb gula
>1 biji telur
>1 sdb marjerin

Cara2
> Campurkan semua bahan dalam 1 periuk dan masak di atas api perlahan hingga adunan menjadi pekat. Tutup api dan biarkan sehingga benar2 sejuk sebelum digunakan.


Berbalik pada eclairs puff. Potong tepi eclairs puf dari hujung ke hujung. Jangan sampai terputus 2. Sudukan krim kastad ke dalamnya. Paipkan coklat cair di atas eclairs puff. 

Yummy! Selamat mencuba....


Wednesday, October 19, 2011

Jelly Kelapa


Sedang cuaca panas ni... mmg syiok dapat makan benda2 sejuk camneh... wallah!

Ni kali kedua kite buat jelly kelapa. Ingat lagi, kali pertama dulu buat masa tinggal kat rumah Puchong - Pangsapuri Angsana. Dan ingin dinyatakan, kite lebih puas hati dengan kejadian jelly kelapa yang kite buat kali pertama dulu berbanding dengan yang ni...

Ok, yang ni kite buat guna serbuk ready made keluar jenama Happy Grass. Sebab 1st time buat guna serbuk tu, kite ikutlah bulat2 berpandukan resipi yang ada dinyatakan di belakang pembungkus tu. Resipinya seperti dibawah ni...

Bahan2
Air kelapa (dari 2 biji kelapa muda)
Air secukupnya
200g gula
225g serbuk jelly kelapa

Cara2
> Dalam periuk, isi air kelapa dan air hingga 3000ml. 
> Masak sehingga mendidih.
> Masukkan 200g gula (1 cawan), isi kelapa muda dan serbuk jelly.
Kacau hingga rata dan larut.
> Padamkan api. Tuang dalam acuan. Bekukan dalam peti sejuk.


Masa kita buat jelly kelapa yang pertama kali dulu, kita cuma guna serbuk agar2. Dan mungkin kita terlebih air, jadi jellynye lembut sangat. Dan kite lebih prefer yang lembut2 gitu rather than yang kita buat kali kedua ni. Memang lembut juga (taklah keras macam agar) tapi kite lebih prefer lembut macam yang pertama kali dulu hihihiii

Macam2lah, kan... ape2pun, ikut tekak dan selera masing2lah kan....

Tuesday, October 18, 2011

Makaroni Bakar


As salam...
Selamat pagi Isnin... ada yang blues monday hari ni??? Cool down babe... ;D

Haritu, dalam minggu lepas... masa 'berlegar-legar' kat fb, adalah ternampak seorang hamba Allah sharekan resipi makaroni bakar. Adoiii, sedap sungguh. Bila teringat2 semua bahan2 yang dituliskan kat situ ada dalam gobok. Kita pun apa lagilah, kan... terus selongkar2... godek2 dan..... tara!!!

Ayok, makan! Resipinya kita ambil kat SINI... Dan kita sharekan juga kat bawah ni ye...


Bahan2

300gm macaroni
250 gm daging cincang - ( kite gantikan dgn hirisan sosej)
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam 
 
Cara2

> rebus makaroni hingga empuk & toskan
> kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
> Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
> Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
> Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
> Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
> Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Friday, October 14, 2011

Kek Coklat Lembap




Salam pagi Jumaat, bloggers... 
Moga sihat ceria hari ni :D

Seminggu dua ni, tekak terasa2 nak makan kek coklat lembap. Rasa itu timbul setelah satu hari dalam beberapa minggu lepas, kite menghadiri majlis hari lahir anak seorang customer sekaligus anak buah kawan dari zaman sekolah rendah. Dalam majlis serba ringkas tu, salah satu menunya adalah kek coklat lembap. Mula2 tengok, kite dah terliur. Kite pun ambillah sepotong, wah sedapnye. Lepas tu adalah kita ambil 3/4 potong lagi. Memang sedaplah di tekak kite kalau dah sampai lebih sepotong kite makan, kan... hihihih

Kata kawan kite tu, dia tempah kat jiran setaman dia, kat Rawang. "Sedaplah" puji kita ikhlas. Selepas tu, tertanamlah dalam hati kita nak buat kek coklat lembap yang macam itu. Tapi macam2 hal timbul sampailah hari ni... baru tercapai hasrat. Dalam pada tu, adalah kite jalan2 sane sini sinun... salin2 resipi yang kawan2 blogger sharekan. 

Semalam, kite cuba resipi ni. Kita salin dari rumah Ryo. Resipi asal dari Chef Zubaidah dan dikongsikan oleh Along Roz dan Hasue. Terima kasih... tapi maaflah, tak kena dengan tekak dan sama sekali tidak sama dengan kek yang macam kita makan kat rumah kawan kite tu. Kek ni terlalu lembap dan padat. Rasa memang not bad, sedap. 

Kek coklat yang kita makan di rumah kawan kite, memang moist tapi tak padat. Kalau tengok, nampak rongga2 keknya. Bila makan tu, terasa basah2 kat lidah, lembut je... adeh... teringat2 buat terliur je... huhuhuuuu Nampaknya lepas ni kena try resipi yang lain pula - insya Allah...

Tapi takpe... anak2 yang tak memilih sangat kalau bab kek coklat, beria2 nak bawa p sekolah. Jadi dalam gambar tu takdelah posing beria sebab dah siap2 potong kecil2 dan letak dalam bekas. Siap untuk mereka ke sekolah berbagi merasa dengan kawan2. Kalau cikgu2 nak merasa pun, boleh, dialu2kan hihiii

Walau begitu, nak juga kite kongsikan resipinya di sini. Untuk tatapan diri sendiri dan mungkin untuk anda yang sukakan kek coklat yang moist dan padat ni. Minta izin dari tuang empunya resipi asal dan kawan2 yang telah sudi sharekan resipi itu... terima kasih! :D

Kepada Ryo, saya kopipes ye, terima kasih! :D


Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  1. 150g coklat masakan
  2. 65ml whipping cream
  3. 1 sudu teh mentega

Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Kacau lagi sehingga benar2 sebati(guna handwhick). Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat)-(dalam dua minit) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

Tuesday, October 11, 2011

Spageti Meat Ball


Breakfast!!!
Request dari anakanda sulong - Boy aka Syahmie Isqandar. Terima kasihlah sebab request ye anakanda... adalah mama something nak update blog ni hihihiii...

Mujur... dah dia request tu, dia makan pun penuh semangat. Berbaloi rasa memasaknya. Kalau dah minta2 tapi makannya ala2 je... ni yang bikin mama panas hati je...


Resipinya aku main campak2 aje... sebab bahan2 pun semua segera punya. Kuahnya aku beli yang dah siap dalam botol tu jenama Prego. Then aku tambah mushroom dan meat ball tu memang dah ada stok dalam peti ais jenama Marina.

Bahan2
1 jar (size sederhana) kuah spageti
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
8 ketul bebola daging (direbus seketika)
3 sb minyak kelapa untuk menumis
5 ketul cendawan telepon (dihiris)

Cara2
> Dalam kuali, panaskan minyak kelapa dan tumis bawang besar.
> Masukkan kuah spageti. Tuang air putih dalam jar 1/2 jar dan tuang dalam kuali. Supaya kuah tidak terlalu pekat. Biarkan merenih.
>Masukkan cendawan dan meat ball. Kalau nak kuah spageti lebih cair, boleh masukkan air rebusan daging.
>Biarkan seketika - menggelegak.
> Tutup api dan ketepikan.

** Rebus spageti dalam air menggelegak yang dicampurkan dengan sedikit garam dan minyak. Bila spageti agak lembut, tos dan lalukan dengan air supaya spageti tak melekat2 antara satu sama lain.

** Semasa menghidang, boleh tabur sedikit keju parmesan di atasnya. Kite tak letak pasai tadak stok... :(


Selamat mencuba...

Sayang.... tapi terpaksa!


N3 tertunggak...

Khamis yang lalu (6.10.2011) selamat dah terjual 2 biji kereta kami... Waja dan Mazda 323 ni... Kita sayang sangat kat Waja tu... kalau nak dibandingkan kite dengan en hubby, kitalah yang lebih banyak menggunakan Waja tu. Sebab en hubby pergi kerja menunggang motorsikal. Kita ni pulak ada biz yang perlukan kenderaan. Di samping mengambil anak2 balik dari sekolah kebangsaan dan menghantar mereka ke sekolah agama. 


Terpaksa... kalau ikutkan hati memang nak stay dengan Waja. Jual Mazda 323 tu saja. Tapi tulus ikhlas cakap, tak mampu! Banyak komitment lain yang menanti dan harus diberi keutamaan. 

 

Namun begitu, syukur alhamdulillah... rezeki ada terlebih sikit di samping anak2 pun dah semakin membesar. Kenalah cari yang besar sikit. Actually aku prefer Exora walaupun aku lebih minat dgn bentuk Alza. En hubby pulak memang minat Alza. So kami sepakat ambil Alza. Isnin (3.10.2011) kelmarin dah keluar kereta Alza kami setelah menunggu hampir sebulan. Lepas ni tanggunglah hutang baru hihihiiii

Waja dulu gear manual. Kita ni pun memang sejak mula belajar memandu sampai la... memang tak pernah memandu kereta auto. Yang Alza ni en hubby ambil gear auto... gagau jugaklah. Sabtu lepas encik hubby bawak ke kawasan lengang sikit dan bagi kite pandu Alza tu. Adoiii memanglah senang tapi kalau tak biasa, terasa kekoklah, kan... terasa macam baru2 belajar pandu kereta aje.

Semalam (Isnin-10.10.11) 1st time kite pandu Alza sendiri2 (tanpa en hubby kat sebelah). Kita tau dia risau sangat nak lepaskan kita pandu Alza tu. Sebelum pergi kerja awal2 pagi tu, berulang2 kali pesan, "bawa kereta baik2 ye ma..." huhuhuuu... Bila dok pesan2 gitu, buat kite rasa gerun la pulak, kan... 


Alhamdulillah, takde ape2 yang terjadi. Tapi kalau tengok kite bawak, memang nampak tensen sangat. Penuh hati2... harap2 takdelah apa kejadian yang tidak diingin berlaku. Minta simpang jauh2....
Alhamdulillah, terima kasih Allah S.W.T atas limpah kurniaMu... atas rezekiMu...


Monday, October 10, 2011

Majlis Penyerahan Mock Key Fasa 1D & CF (Fasa 1D & 1E) La Cottage, Putra Perdana, Puchong, Selangor.


As salam....
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....

Semalam - 9 Oct, 2011 (cantik date - 9.10.11) - Ahad telah selamat berlangsung majlis penyerahan kunci untuk rumah para pembeli projek La Cottage di Putra Perdana, Puchong, Selangor. Salah seorang pembelinya, kami suami isteri. Seperti dalam entry yang lepas, rumah ini telah dibeli ketika anak sulong baru berusia hampir setahun. Sekarang sudah darjah 4! Sebegitu lamanya menunggu. Syukur, penantian telah berakhir. Terima kasih Allah S.W.T... terima kasih!

Minggu lepas en hubby dah siap2 call pihak bank dan tanye tentang last payment. Segala macam invoicenya telah pihak pemaju sertakan lampirannya kepada kami beserta dengan sekeping kertas jemputan ke majlis penyerahan mock key ini hujung 2 minggu lepas. Alhamdulillah, menurut pihak bank, last payment kepada pihak pemaju telah dilepaskan pada 3 October, 2011 (klu tak silap tarikh). Syukur, takda masalah dah bab itu...


 
... rumah contoh (corner lot). kite ambil peluang juga masuk ke dalam rumah ni. nnt kalau pemiliknya dah pindah masuk, tentu takde peluang nak jelajah masuk, kan hihihiii ...

Lepas ni bolehlah kami berurusan dengan pihak pemaju pula. Deposit api dan air sudah dilunaskan beberapa minggu lepas. Ada sedikit pembayaran berjumlah kurang RM500 yang perlu disettlekan untuk assessment dan macam2lah (saya pun kurang arif mengenainya) untuk dilunaskan. Kemudian bolehlah declair, SAYA SUDAH DAPAT RUMAH!!! (walaupun hakikatnya masih berhutang ratus2 ribu dengan pihak bank, hihihiiii)



Majlis dirasmikan oleh Menteri Perumahan Dato' Wira Chor Chee Heun. Ada juga pak menteri lain. Tak ingat pula namanya...Masa kami sampai (lebih kurang 9.30pg) pak menteri dah sampai hihiii... tapi majlis baru nak bermula. Masa tu pun ramai juga yang saing2 dengan kami. Kat khemah yang didirikan ramai pembeli yang dah hadir. Pada kite, majlis itu memang agak meriah dengan kehadirannya, syabas dan terima kasih! Actually yang hadir tu pun bukanlah semuanya dari Fasa 1D dan Fasa 1E saja tetapi juga dari fasa2 lain (Fasa 1G, 1C dan 1F). Kehadiran pembeli dari fasa2 lain memang amat2 dialu2kan. Ianya secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan selain boleh berkenal2an dengan bakal jiran setaman.

 
Di majlis serba indah (hati manyak sinang...) itu, ada disediakan jamuan untuk para pembeli yang hadir. Macam2 juadah disediakan. Rasanya tak adalah yang menyungut tak dapat makan. Malah berlebih2 makanannya. Untuk anak2 ada badut menceriakan mereka. Walaupun badutnya kurang mesra alam sikit, tapi dapat belon yang diubah2 jadi pedang, mahkota dan sebagainya tu, dah cukup menggembirakan mereka :D


... Encik Hamizi Hamdan (wakil pembeli) sedang berucap ...

Ucapan dari wakil pembeli, Encik Hamizi Hamdan (Fasa 1C-fasa akhir) agak menyentuh hati juga. Katanya ada pembeli yang dari bergelar suami isteri dah bercerai-berai, tapi rumah yang dibeli dengan nama bersama masih juga tak siap2. Ada juga yang telah meninggal dunia... tak sempat nak merasa rumah baru. Dan macam2 lagilah. Kes aku yang dari anak baru dapat kaki sampai dah darjah 4, kira kes bernasib baik jugalah, kan... huhuhuuu insaf sekejap!

Penyudahnya, kata sepakat telah diambil. Kami akan berpindah ke rumah ini. Cuma belum tahu bila. Apa2 hal kena buat gril dulu. Kena buat apa2 yang patut dulu. Tak bolehlah nak main terjah aje... haru! Kali ni nak kena prepare betul2. Takmo dah jadi macam pindah ke rumah Angsana, Bukit Puchong kelmarin. Tak sampai setahun, dah 'lari' balik ke Taman Medan. 'Tinggalkan' rumah sendiri dan sanggup menyewa rumah orang. Persekolahan anak2 kena diambil kira. Kita masih survey2 sekolah yang sesuai. Agak buntu juga nak hantar anak2 ke sekolah mana...

Sebelum berakhir entry ini, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T. DugaanMU kami terima. Redhakanlah hati kami. Terima kasih kepada AJK yang telah melakukan good job secara sukarela hingga membuahkan hasil. Hanya DIA yang dapat membalas jasa2 kalian semua. Usaha kalian akan dikenang sampai bila2....

Alhamdulillah :D

http://youtu.be/jK6dFdCkqxs  
Video dr youtube. Sedutan dari Buletin Utama @ TV3

Wednesday, October 05, 2011

Tiramisu



1st time buat tiramisu guna biskut batang2 tiramisu ni... hehehee... Suke jugaklah dengan gandingan rasa coklat, rasa kopi dan krim cheese yang lemak2 berkrim ni... takleh buat selalu ni. Muak dan boleh erkkkk, paham2 ajelah hihiii

Terinspirasi dengan resipi Kak Umi-E kat MyR. Terima kasih ye kak... tapi kita edit sedikit sebanyak ikut kesesuaian dan cara kita sendiri. Apapun sangat2 menghargai hasil share akak ni...

 

Jom jengah2 resipi kite... dan boleh juga jengah resipi kak Umi-e kat MyR (klik SINI ye...). Tak banyak beza sangatlah tapi mmg ada ubah2...

Bahan2
> Biskut tiramisu/Sponge Finger
> 250g cream cheese
> 200g whiping krim
> 100g gula halus (ikut kemanisan masing2)
> 1 cawan bancuhan nescafe 
> serbuk koko 


Cara2
> Pukul cream cheese, whiping krim dan gula hingga kembang.
> Celup biskut tiramisu dalam bancuhan air nescafe. Susun dalam bekas yang sesuai.
> Ratakan adunan krim cheese yang dipukul tadi di atas susunan biskut tiramisu. 
> Ayak rata serbuk coklat diatasnya adunan krim cheese.
> Ulang mencelup biskut tiramisu dan susun atas krim cheese tadi. Ulang meratakan krim cheese dan ayah serbuk coklat. Buat 2 lapis atau 3 lapis (terpulang).
> Simpan dalam peti sejuk sekurangnya2 2jam atau lebih sebelum dihidangkan.

Tuesday, October 04, 2011

Portugese Egg Tart

 
Kite dan anak sulong kite (Boy) adalah penggemar egg tart di KFC tu. Suke sangat. Sooooo creamy!!! Kelmarin godek2 kat MyR, web rujukan sejak mula menjinak2kan diri dengan internet (hingga kini, tak jemu2). Dapatlah resipi ni. 

Actually sebelum ni ada juga try buat egg tart menggunakan kulit puff pastry tapi kite tak letak whiping krim. Mungkin kehabisan whiping krim atau apa, tak ingatlah pula. Kali ni buat letak whiping krim, amat2 berpuas hati dengan hasilnya. Makan sejuk2, adeh..... tak terkata syedapnye. 

Dan... kita tak buat kecik2. Terus buat besar punya. Masa terhad... tak kuasa nak layan seketui2 dalam acuan. Terus terap puff pastry dalam loyang rendah saiz 6inci dan tuang adunan terus. Terus masuk oven yang terlebih dulu dipanaskan. Pastu dah boleh buat menda lain sementara tunggu dia masak.

Kalau ada yang tercari2 resipi egg tart ala KFC tu, haruslah korang cuba resipi ni. Harus!!!!

Terima kasih pada Skyblue yang kongsikan resipi ni. Kita mohon sharekan resipinya kat sini ye. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi...

Bahan2
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan whiping krim
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara2

  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. 

Monday, October 03, 2011

Alhamdulillah... akhirnye!!!


As salam... ingin kite berkongsi kegembiraan dengan semua yang singgah ke blog kite ni.... Alhamdulillah, syukur... akhirnya!!!

Kalau yang tahu, kite dan en hubby ade beli rumah teres di Putra Perdana - Projek La Cottage oleh Talam Corporation (dah gulung tikar) melalui anak syarikatnya Metro Tegas Sdn. Bhd. Masa tu anak baru seorang (Boy) dan ketika itu Boy baru 'dapat kaki' (lebih kurang usia 10 bulan). Sekarang anak dah 3. Boy pun dah darjah 4. Ya rabbi punyelah teruja masa tu. Maklumlah, rumah pertama. Demi mencapai kepuasan, kami pilih rumah tepi - end lot. Ada tanah sikit, jadilah. Nak ambil corner lot, Encik Hubby tak berkenan dengan design + yang utamanya kemampuan tidak mengizinkan. 

Belum pacak tiang lagi, kami dah pergi melawat kawasan. Sungguh.... sangat teruja. Angan2 dipasang. Harapan ditanam setinggi gunung. Impian tak terucap dengan kata2. Sebagai seorang pelukis pelan, ada masa terluang di pejabat en hubby design bakal rumah kami tu mengikut kehendaknya. 

Tapi tahun berganti tahun, dari berita2 yang didengar dengan progress rumah yang macam tak bergerak tu, owh... kehampaan yang diterima. Talam Corporation gulung tikar. Projek rumah kami??? Terbengkalai. Astaga!!!Hancur sungguh hati... 

Mujur, kami ambil loan Maybank Islamic. Setelah faedah dari progress payment dilunaskan, kami tidak dikenakan bayaran bulanan hingga rumah siap. Jadi, selama beberapa tahun ini, kami memang tidak membuat bayaran. Kalau rumah tak siap sampai hujung nyawa pun, tiadalah bayaran dikenakan. Cuma interestnye, tinggi - 7.25% (klu tak silap). Bila rumah dah siap nnt, bayaran bulanan kami RM1k++. Pembeli2 yang lain, ada juga yang dikurangkan bayaran setelah mengunjukkan surat pengesahan projek terbengkalai yang dikeluarkan oleh KPKT. Namun ada juga yang kena bayar penuh. Surat itu tidak diterima sebagai alasan untuk mengurangkan bayaran waima menghentikan pembayaran. Begitulah pro dan kontranya...

Raya kelmarin, masa en hubby masih bercuti, kami pergilah jenguk rumah tu. Tengok ada perubahan positif. Selisih dengan wak2 Indon yang buat rumah tu, dorang kate dengar nak bagi kunci bulan depan. Kembang rasa hati kami suami isteri...

Balik rumah, kite terus search web... google sane sini dan akhirnya diberikan petunjuk. Ada hamba Allah yang create group kat FB untuk pembeli2 projek ni. Alhamdulillah. Setelah diterima masuk, banyaklah info terkini yang kite dapat. Betul... para pembeli sedang menunggu date untuk terima kunci. Pak Menteri KPKT nak bikin majlis penyerahan mock up key. Arghhh faham2lah politik... apa2pun kekdahnya... kami cuma mahukan rumah kami seperti yang sepatutnya. Win2 situationlahkan.... 

Deposit api & air dah dibayar di Rimbun Capital (syarikat kontraktor yang mengambil alih) yang bertempat di Bangsar. Deposit api dan air yang kami dah bayar pada Metro Tegas (RM390) dulu tu kira burn gitu ajelah... huhuhuuuu

Situasi positifnya, sebelum pindah ke rumah baru, kami2 dah kenal jiran2 setempat melalui alam maya. Moga ukhwah terus kekal selamanya. Terima kasih sangat kepada AJK yang telah susah payah turun naik office, meeting sane sini hingga sampai ke tahap ini. Hanya DIA yang boleh membalas jasa2 kalian. 

Kami??? Pindah lagi... entahlah! Kalau ikutkan kemampuan memang tak mampu nak tampung kos. Rumah Bukit Puchong lagi nak bayar, walaupun ada penyewa. Rumah yang diduduki sekarang ni pun sewa, ofcoz'lah kena bayar. Rumah teres ni lagi... kereta, anak2 sekolah, itu, ini.... perghhhhh Tunggu ajelah perkembangan terkini... hihihiii

Yang pasti, sekeping kertas (gambar) yang diposkan minggu lepas, sangat mengujakan perasaan. Betapa gembiranya, hanya Allah s.w.t. yang tahu. Insya Allah, akan upload gambar rumah kemudian nnt...

Kami suami isteri mula menganyam impian kembali......

Ketam Sambal Bertelur




As salam & selamat pagi.... wahhhh lame sungguh tak menghapdet 'rumah kedua' ni... bersawang!!! Biaselah, sibuk dengan macam2 hal. Bukan tak masak, tapi yang simple2 aje.

Syawal telah berlalu... bakal menjelang Aidil Adha, awal bulan hadapan, insyaAllah...

Ketam... feveret kite dan anak2. Selalu buat masak lemak cili api, goreng saje atau masak sambal. Ni baru2lah mencuba buat sambal bertelur. Not bad... sebab nak anak2 pun merasa makan sama, kite buat tak pedas. Ala2 aje... 

Bahan2
> Ketam
> cili kisar
> sos cili
> sos tiram
> bawang merah - potong kecil2
> bawang putih - potong kecil2
> cili merah - diracik
> telur
> garam, gula dan perasa secukupnya

Cara2
> Goreng ketam dan ketepikan.
> Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah.
> Masukkan cili kisar, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaulkan sebati dan biar seketika. Tuang sedikit air kalau nak berkuah.
> Pecahkan telur dan gaul sebati.
> Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
> Padam api dan tuang atas ketam.

Selamat mencuba :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)