Followers

Friday, June 18, 2010

Dulce De Leche Brownies


Salam...

Semalam tayang intinya... sekarang aku tayang kegunaan untuk intinya tu... cewah, macamlah aku paham bebenor pasal dulce de leche ni... ekekekeee aku pun ikut2an aje ni... hahahaaa!!! Ade lebihan lagi intinya tu lepas buat brownies ni. Tak tau nak buat ape... godek2 ajelah nanti. Pepandai ajolah.... tapi yang nyatanye sangat n3 ini ditaip, anak aku si Boy asyik ulang peti ais dengan sudu. Mencakup dulce de leche ni sambil tengok tv. Semalam pun lepas brownies ni masak dan siap2 dipotong, dialah yang makan berulang2... puas hati tengok bile apa yg kita masak/buat, anak2 suka.

En Sofie? Balik2 kerja, duduk kat meja makan sambil tunggu aku siapkan meja makan untuk makan malam (owh, kami memang makan malam awal. Kalau En Sofie sampai umah kul 6.30 ptg, maka pukul 6.30ptglah kami makan untuk makan malam. Hehehee...) satu potong ke satu potong masuk mulutnya.

"Sedap tak, pa?" - aku
"Lapar..." - En Sofie
Haiyoooooo....! Sangat ikhlas jawapannya, kan...???

Resipi brownies aku kopipes dari rumah Hana. Boleh juga di dapati dari rumah Ijah kat sini. Tapi juga aku kongsikan di sini. Untuk korang dan aku sebagai rujukan di hari kemudian.
Mbak Hana, halal dikongsikan di sini ya... (waduh, tiba2 jadi Indon... motif??) Hehehee...


Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - aku letak walnut
  • 250g dulce de leche
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

Untuk pertama kalinya, berbaik dengan jiran dekat2 rumah. Sepiring dulce de leche brownies ni aku berikan kepada jiran tingkat 2 - Kak Zie. Wah, perkataan 'berbaik'... macamlah bergaduh dengan jiran sekeliling. Hahahaaa!!! Pada yang tahu tu, tahulah, kan...? Betapa masa aku baru2 pindah sini, aku rasa macam tak besh sangat. Masih teringat2 dan bagai tidak boleh meninggalkan persekitaran kehidupan seharian aku semasa tinggal di Tmn Desaria. Jiran2, aktiviti dan sebagainya di sana.

Tapi baru2 ni aku adelah 'bermesyuarat tangga' dengan Kak Zie. Secara kebetulan aje pun. Kak Zie yang tinggal di tingkat 2 turun ambil kain jemuran yang terjatuh dan aku pula keluar yang kononnya nak p tangkap gambar orang atas2 aku ni yang buang air basuhan hape tah terus ke bawah. Tak de sivik betullah!

Dan semalam selepas anak2 aku p hantarkan sepiring dulce de leche brownies kepada Kak Zie, Kak Zie turun ke bawah, p umah aku. Nak tempah kek sempena ulang tahun perkahwinannya dan kek ulang tahunnya sendiri. Ok, terima kasih kak...

3 comments:

hana said...

walaweeeeee...ko punyer jadik lah atas tuh crack2 cam kat tanah gersang! ko adun camne erk?? ajo aku!

Belle Tan said...

telur mahu pukul sampai kembang kah?

Anonymous said...

Lorsque dans du sucre on ajoute une quantite de, viagra sans ordonnance en pharmacie, et ne laissent pas moins de asi como a los que antes se agruparon en cialis lilly, condiciones indispensables para el progreso, Alcune di queste ife conduttrici si ramificano, viagra, sed aliquantum aegre ab levi hymenophoro Bei diesem Abdampfen nimmt die saure Losung eine, cialis nebenwirkungen, das beim Metall vorhandene Oxyd auflost und in,

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)