Followers

Monday, June 21, 2010

Kek Marble Chef Zubaidah


Salam...

Kek marble ni aku buat hari Jumaat minggu lepas. (Saat n3 ini ditaip pun, hari Jumaat jugak. Maknanya ni N3 auto publish lah yek...).

Aku buat kek marble ni 2 buku sebab aku nak bawa balik kampung sebagai buah tangan ke majlis kenduri perkahwinan. Hari Jumaat tu, En Sofie kerja half day sebab nak balik menghadiri perkahwinan seorang kawan kampungnya yang berpangkat adiklah pada En Sofie ni. Tapi abang2nya si pengantin ni berkawan rapat dengan En Sofie aku tu.

Kek ni harum semerbak aje masa membakarnya. Rasanya pun sedap... pada yang rajin2 nak mencuba, aku sertakan resipi kek marble ni kat bawah ni. Kalau malas nak buat, boleh order dari aku yek - RM28 (10 x 10 inc)


Marble Choc Cake - Chef Zubaidah

Bahan-bahan:

250g tepung naik sendiri
1st baking powder - bumbung
200g gula castor - aku letak 180g aje...
6 biji telur - aku letak 5 biji aje...
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g susu cair / air - aku letak susu cair
90 g minyak / 175 g butter cair - aku letak minyak
1 sb choc emulco

Cara-cara:

1) Pukul semua bahan kecuali minyak hingga gebu dan pekat.
2) Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker
3) Ambil 1/4 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Marble ikut suka.
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak

Terima kasih kepada Leen & Mak Lang Azie yang sudi berkongsi2 resipi ini.

3 comments:

kak ina kl said...

salam fiza...cam sodap ajer kek ni..

Bibu said...

ni cam ala2 kek span je kan Fiza?

Fiza Nordin said...

k ina,
baunye wangi...boleh tahan juga sedapnye...tryla kak...

bibu,
lebih kurang.tp more to butter cake...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)