Followers

Monday, March 07, 2011

Mendaki Broga....


As salam... selamat sejahtera... selamat pagi Selasa untuk semua ;D Mendaki Broga Hill @ Semenyih... aktiviti hari Ahad (6.3.2011) kelmarin. Pergi bersama kawan2 x sekolah (Aishah, Wati, Ogy dan Nanie) dulu. Alhamdulillah dipertemukan semula di fb dan hubungan kian erat. Moga ikatan persahabatan kekal berpanjangan, amin!

Aishah bawa suami dan adik perempuannya, Shikin serta seorang anak buahnya.
Kami pergi dengan 2 buah kereta. Aishah, suami (abang Nizam), Shikin dan anak saudaranya, sebuah kereta manakala aku, Wati dan Ogy sebuah kereta yang dipandu oleh Nanie. Thanks Nanie sebab merelakan diri jadi our 'driver' hikhikhik... Dalam perancangan memang nak tengok matahari naik, so kami keluar rumah awal2 pagi - 4.30pg dan berkumpul di rumah mak Aishah di Sri Sentosa.

Sepanjang perjalanan aku rasa tak sedap hati. Takut tak ternaik ke puncak sebab keadaan kesihatan yang belum begitu baik. Sekaligus takut menyusahkan kawan2 pulak. Aku masih batuk dan berkahak. Risau kawan2 satu kereta loya dengar aku batuk dan mengeluarkan kahak. Tapi awal2 aku dah sound dia orang hehehehee Namun perasaan teruja untuk bersama kawan2 dan melakukan aktiviti yg aku sukai ini, aku redahkan juga. Nafas aku pendek2 & berbunyi. Macam orang nak kena asthma, semput. Aku kurang bercakap. Gelak pun gitu2 aje. Habis2 aku senyum aje... tapi bila Ogy bagi aku minyak angin dan aku sapu pada dada, tengkuk dan hidung, alhamdulillah, tarikkan nafas aku dah semakin ok. Gelak aku pun dah besar. Syukur! Perasaan yakin kembali dalam diri. I'Allah, aku boleh sampai ke puncaknya...



+- pukul 7pg kami mula bergerak dari kawasan letak kereta dalam kebun kelapa sawit. Belum masuk kawasan denai, aku dah berpeluh2. Penat dan sesak nafas. Hidung pula sumbat sebelah, bernafas sebelah hidung je dan lepaskan dari mulut. Sepanjang langkah aku iringkan dengan ucapan Allah dalam hati. Entah berapa kali aku berhenti bersama2 dengan Ogy yang juga tak terdaya mendaki. Mujurlah Wati, Aishah dan suaminya setia dan sabar menunggu kami. Memberi kami kata-kata peransang agar meneruskan perjalanan. Thanks :D

Silalah layan view2 yang di snap oleh amatur ini ye... :D

... matahari di sebalik awan ...


Dah dekat2 keluar dari kawasan denai dan hutan, dah terdengar di telinga suara2 manusia. Dari celah2 pokok & daun ternampak berderet2 manusia sedang menaiki bukit pertama. Curam dan agak menegak ke atas. Perasaan teruja ni semakin meluap-luap. Serta-merta aku rasa semakin ok. Hidung pun dua2 boleh bernafas dengan aman dan menghirup udara segar. Alhamdulillah!


... bukit kedua ...

Dari satu bukit ke satu bukit kami tempuh - ada empat bukit kesemuanya. Sesekali berhenti untuk mengambil gambar kenangan dan permandangan indah awal pagi di depan mata. Sekaligus melepaskan penat dan lelah mendaki. Bukan selalu dapat menikmati keindahan permandangan di samping menghirup udara segar begini ;D

... nanie si darah manis - our 'driver' hikhik thanks dear ...


Sampai di bukit ke empat dan papan tanda 'Selamat Datang ke Bukit Broga' +- pukul 9.15 pg. Aishah target mendaki dlm 2 jam tapi nampaknya terlebih 15 minit hikhikhik....

... batu besar yg harus dipanjat untuk sampai ke puncak Broga ...

Pada aku, bukit pertama dan bukit ke empat yang agak mencabar hendak di daki. Bukit pertama yang menegak ke atas. Walaupun dah ada step bagai tetangga tapi tetap perlu berhati2 takut tersilap langkah maunya berguling2 terus ke bawah. Nauzubillah... Dan bukit ke empat yang memerlukan pendaki memanjat tali naik ke atas/celah dan apitan batu besar. Kena kuat pautan tangan dan cepat gerakkan kaki. Kalau tak, alamatnya tersembamlah atas batu besar tu.

... aku suka snap pic bunga yg ada insect di sampingnya ...


Kami tak meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan. Masing2 dah tak terdaya nak meneruskan langkah. Kalau ikut hajat hati aku, nak je teruskan. Dah alang2 sampai ke atas. Tapi dah datang berkumpulan, kenalah ikut suara majoriti.


Lebih kurang 1 jam berada di puncak Bukit Broga, bergambar sebagai bukti dan kenangan kami telah bertapak di sana, kami bergerak turun. Satu lagi cabaran yang harus ditempuh. Hujung2 jari kaki mula terasa sakit bila bergerak menuruni bukit. Perjalanan turun kami dah mula berpecah. Nanie dan Wati dah berjalan jauh meninggalkan kami. Aku berhenti2 untuk ambil gambar permandangan dan sekitar. Ogy kena bergerak perlahan2 sebab takut 'turun bergolek' sama seperti Aishah. Suaminya pula jadi photografer. Seronok tengok pasangan suami isteri tu bergurau senda :D



Asyik snap sane sini, tengok2 Ogy dah hilang dari pandangan - bergerak solo. Tinggallah kami bertiga saja. Masing2 sibuk mencari shot yg cantik di mata untuk diabadikan dalam kenangan. Dalam hutan tu aku buka kasut & tukar pakai sandle. Tak boleh tahan lagi, sakit hujung2 jari kaki! Mujurlah aku memang ada bawa sandle dalam backpac. Sampai di kereta +- pukul 11.25pg. Barulah perut terasa lapo!!! Terbayang nasi di ruang mata hahahaa...

... subuh2 hari masa kami sampai, kawasan dah penuh dengan kereta. gambar ni aku snap masa dah turun. kereta pun dah banyak takda. bayaran paking kereta RM2 yang dikutip oleh tuan punya ladang aku rasa sebab tu tanah persendirian. buat duit Cina tu ...

... berjalan dulu dalam ladang kelapa sawit, then baru masuk hutan ...


... jalan dalam hutan tu ...

Cadangannya balik dari tu nak singgah mana2 sungai untuk mandi2 tapi semua dah keletihan dan lapar. Cari makan dan bila perut dah kenyang, mengantuk pula. Sudahnya semua pakat nak balik rumah saja, mencari bantal. Heheheheeee....

Pengalaman, kenangan gembira bersama kawan2. Terima kasih suamiku kerana begitu memahami dan memberikan keizinan untuk aku pergi....

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bestnya xtvt gini...
tp kalau akak ni haruslah sempot naik bukit broga ni.. hehe...

Rosmaniza @ Ogy said...

hip..hip..horey!!!!..akhirnya kita berjaya menakluk BROGA..syabas utk diri sendiri..

Anonymous said...

tahniah...berjaya jejak broga
gile semput kan kak
nak naik smpai atas
saya sampai puncak pertama je
tak lart dah

larradanish said...

bestnya cek pija..cek pun teringin nak pi..tapi laki cek..malas nak bejalan..sonoknyer tgk cek pija n kwn2!

Anonymous said...

saya baru je membuat blog, saye ade jugak pengalaman mendaki broga n trus sambung ke tok wan..memang bes semasa pendakian tetapi saye ade jugak pengalaman yang pahit....silalah menjenguk blog saya... ;) !!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)