Followers

Tuesday, March 01, 2011

Kuching Sarawak - Part 6 (Pasar Serikin, Warung Johari & Gua Angin)


... disambung ...
~ hari ke 4 (hari terakhir di Kuching) ~

*mood update holiday trip agak terganggu dengan keadaan diri yang tak berapa nak sihat... sedang mengidap batuk & selesema + melencong ke bengkel DSLR pulak di hujung minggu nan lalu*

... mengabadikan kenangan sebelum keluar dari Tune Hotel. guna self timer...
Last day di Kuching, kami sewa kereta. Lupa pulak aku nak tangkap gambar kereta yang kami sewa tu. Bergambar dalam kereta pun haram... teruks!!! Kereta yang kami sewa - My Vi warna silver grey. Siap dengan driver aka guide tour - Norlyn @ Nushkha. Actually Norlyn ni part-time staff Golden Car Hire. Heheheee Dia sanggup ambil leave hari tu sbb nak bawa kami jalan2. And off coz' lah Lucy, permenant staff Golden Car Hire tu tak tahu hal ni... (alah, Lucy bukan masuk blog aku pun ekekekeee). Nushka ni kawan Norlyn + ade related jugaklah sebab abang Norlyn ni kahwin dengan kakak si Nushkha. Seawal pagi kami dah bangun sebab janji dengan Norlyn jumpa pukul 6.45pg kat hentian bas dekat Waterfront. Dia takmolah datang ambil kami kat depan hotel. Takut ternampak dek Lucy atau staff Tune. Tapi terpaksa juga dia datang ambil kami kat depan hotel sebab hujan ya amatlah lebatnya. Huhuhuuu bagaikan begitu sedih sebab kami dah nak balik kot... hahahaa perasan! Keluar dari hotel pagi tu, terus check-out. Tak nak nnt terkejar2 pulak nak balik semula hotel. Walaupun masa booking haritu siap ambil advance hour (Late check out) - pukul 1 tghari baru keluar. Tambahan RM15. Tak apalah.... close one eye hiks!
Destinasi pertama awal2 pagi tu mestilah cari makan untuk breakfast dulu. Norlyn tanya nak bf apa... mcm lama beno tak makan nasi lemak. So Norlyn bawa kami ke Coffea 'o' Corner. Kalau tak silap nampak nama jalan kat situ Jalan Nagor. Wallahualam.... Masa tu hujan masih lebat. Payah pulak nak parking kereta. Pusing2 akhirnya dapatlah juga. Duduk di kerusi, aku ternampak orang sebelah makan bubur nasi... ish, pantang nampak orang punya, pun nak jugak. Tak jadi order nasi lemak, order bubur nasi pulak. Siap cakap kat budak yg amik order tu slow, "saya nak bubur nasi macam orang sebelah." Hahahahaa!!! Macam biasa, air aku teh... pagi2 tu, elok2 pulak hujan, orderlah teh tarik tapi pelayan tu salah dengar agaknya, hantar teh ais. Hambeeek kau, pepagi minum ais... risau aku nak minum bebanyak... takut asyik berhenti kencing aje kejenya... jadinya air tak habis minumlah jawabnya.... Masa perjalanan dimulakan untuk ke Pasar Serikin, hujan dah kurang lebat. Alhamdulillah... harapan tu bila sampai ke Pasar Serikin, hujan akan terus berhenti. Senang sikit nak jalan. Sepanjang perjalanan melalui kawasan kampung dan taman2 kecil. Namun masih banyak juga kawasan semak samun dan pokok2. Tak taulah tanah kerajaan atau tanah persendirian. Jalan agak ok jugak - jalan bertar, so perjalanan agak lancarlah. Rumah2 mereka di sana kebanyakkannya juga menggunakan parabola. Tertonggo je belakang & tepi rumah :D. Kat S'njung ni kalau tak silap aku tak boleh guna parabola tu... kat sane boleh dikatekan banyak juga ternampak.
... hujan renyai2...

Owh, sampai Pasar Serikin hujan masih turun. Aku dan en hb pakai sweater. Mujurlah sweater kami ada pelindung kepala... Nushkha pun. Kasihan dengan Norlyn tak guna apa2 untuk menutup kepalanya. Jalan 2/3 kedai ternampak orang jual payung. Hendak tak hendak belilah juga. And of coz kena beli 2 kaki - RM10 sekaki payung. Rasanya boleh dapat murah lagi kalau Norlyn & nushkha yang nego. Kami yang tak menyabo-nyabo p beli sendiri heheheee....
... tokek RM350 - sepasang. ramai jugak yang menjual binatang ni ...

Berjalan dalam hujan memang tak seronok. Kalau tidur, bergulung dalam selimut, seronoklah, kan??? Hahahahaaa!!! Gambar pun tak berapa nak tangkaplah... risau kamera kena air! Hiks! Tengok handbag, ada yang berkenan tapi tak berkenan pulak kat en hb tu... alahai, cakap terus-teranglah, memang agak payah sebenarnya kalau nak shopping dengan cik abang ni... tu sebab selalunya aku akan pergi beli sendiri2 aje... atau ajak kawan2... atau dengan anak2 buah. Mujurlah en hb tu bagi pulak pelepasan keluar sendiri2... cuma everytime kena minta izin dan kena bersoal-jawablah.... penyudahnya, aku pun fed up nak tunjuk mana2 yang aku berkenan. Yang dia tunjuk, aku pulak tak berkenan. Hemp...... dan penyudahnya jugak, langsung tak beli handbag pun... kami beli back pack pulak yang besar mcm mat saleh selalu guna tu. Penjual tu nak RM50. Tawar punya tawar dapat RM30. Hahahahaaa + beli backpack pun bagus juga. Sebab insyaAllah klu takde aral & murah rezeki, bulan 8 nnt nak ke Langkawi. Kali ni trip dengan anak2 sekali...
Ada juga lain2 barang aku beli macam baju kemeja kotak2. Aku dah lama minat kemeja tu tp kat sini belum pernah jumpa saiz yang besar... aku ni bahagian pungkok lebar. Selalunya tang situ sempit, tang badan ok. Yang ni jumpa yang sesuai, rembatlah - RM24... tu pun saiz XL, hadoila badan... begitu seronok mengembang. Teringat zaman anak dara, klu beli baju tu kalau boleh nak XS lagi... huish!!!! Silapnya bila dah balik sini, terasa rugi sebab tak beli 3/4 helai... sibuk sangat tawar menawar sampai sudahnya dari penghujung dah sampai ke pangkal jalan semula. Nak balik mengulang ke belakang, hari dah mula panas walaupun masih ada rebas hujan.
... bekas marmar, cantik tapi aku kurang berminat ...

... hand bag, beg pakaian??? macam2 jenama, corak, design & rupe. tapi aku beli backpack ...
Barang lain yang kami beli, tikar RAMAYANA saiz berapa tak ingat. Tapi yang paling besar kat situ - RM40. Harga bukanya RM50. En hb beli kain songket dasar hitam benang perak - RM10. En hb tu memang peminat songket, hairan! Pantang nampak mesti nak beli. Kat rumah pun dah ada 1... Tapi dia dah lama cari kain songket latar hitam benang emas tak jumpa. Kalau jumpa, mahal sangat pulak. Ada yang bersimpan lagi tu latar merah, benang emas. Lama dah dia beli.... Tengok ada jual tudung, aku pun mencubalah... tapi tak berkenan sebab tudung old fesyen. Jenis berbatu2 tu tadak... Sume jenis kain t-shirt tu aje... kat sana pun ada jual oven. Rasanya oven tu amat sesuai klu nak buat kek lapis. Silap pulak aku tak bertanya harganya. Macam2 saiz ada. Loyang 8x8inc aluminium pun ada jual dengan harga RM10 sebiji. Minta kurang sekupang pun haram dibaginya. Aku cakap nak ambik 2 pun org tu takmo kurang. Akhirnya aku tinggalkan aje. Sememangnya aku takda loyang 4 segi saiz 8x8inc. Tapi sebab org tu tamo kasik kureng, tak apelah... plus menyusahkan aku pulak nak bawak balik nnt. Takut kemek kalau tak betul susun.
... pak cik ni beria menenang, tapi belinya idak. teragak2 aje ...
Setelah bertahun2, aku dapat makan telur penyu - my feveret tu. Beli 5 biji, aku telan sekali 5 biji - RM5 (sebiji RM1). Lepas gian sungguh!!! Kalau beli banyak lagi murah harganya. Tapi tak boleh bawa naik 'belon'. Orang yang menjual tu pun siap gtau. Norlyn & Nushkha ckp pun gitu... huhuhuuuu padahal masa sebelum org tu cakap, aku dah berhajat nak beli banyak. Kakak2 aku pun suka makan dan bukan senang pula nak cari telur tu... jualan pun di pasaran gelap. Dia tengok gambar ni pun, tertelan2 air liur...syian kak yong....
... Tolonglah jangan hentam aku, kate akulah penyebab penyu semakin pupus. Orang lain pun ramai suka makan telur tu.... huhuhuu ...

... kedai ayah Norlyn (Warung Johari) taklah jauh sangat dengan Pasar Serikin. Kalau ke Pasar Serikin, singgah2lah ye... nasi ayamnya sedap! :D ...

Lepas tu kami singgah makan kat kedai ayah Norlyn - 'Warung Johari' tu dekat aje... aku ni memang peminat nasi ayam. Pantang nampak, mesti nak punya. Padahal kat kedai ayah Norlyn ni pun ada jual mee kolok. Kata Nushkha, mee kolok ayah Norlyn lain dengan mee kolok Muhammad Lim ala2 Chinese Style tu. Disebabkan dah order nasi ayam, tak muatlah perut aku nak menelan mee kolok pulak. En hb pulak tak larat nak makan. Sementelah pun masa tu masih awal - +- pukul 11pg. Nasi ayam tu, Norlyn belanja - thanks Norlyn (^_^).
B4 sampai ke Gua Angin, kami singgah ntah apa nama tempat tu... just tempat untuk berehat2 kot... sbb aku tanya Norlyn & Nushkha pun, dia orang tak tau apa nama tempat tu, hahahaaa ayooooo our guide tour nieh.... + si Norlyn, tu kampung dia tu.... pun tak tau jugak... just bergambar serba sedikit nak meneruskan perjalanan.
Sampai di Gua Angin, huhuhuuu tempat tu ditutup untuk diselenggara. Tak boleh masuk. Pun aku tak tau sebenarnya apa yang dikatakan gua angin ni.... Kami hanya bergambar di kawasan luar ajelah... kawasan luar tu pun nampak macam terbiar sangat. Kayunya reput2 sudah.... risau gak masa memijak & berdiri kat situ. Kalau runtuh, terus masuk sungai yang ketika itu airnya amat deras. Lepas hujanlah katakan...



Kami decide untuk kembali ke Main Bazaar. Aku nak repeat ke India Street. Kan masa merembat 'senapang gajah' tu, aku hanya sempat jeling2 aje baju2 yang bergayut kat situ???

... bersambung ...

6 comments:

Rosmaniza @ Ogy said...

ingat udah lupa nak update pasal cerita sarawak..kehkeh

Sari Yusa Ibrahim said...

sy tak bkesempatan lagi ke sarawak, satu masa nt msti nak gi jugak...

p/s: tmpat letak tokek tu kalu sy gunanya utk letak kek... kih3

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

suka betul ko ngan telor penyu ye fiza... sedap ke? akak takleh telan ler.. rasa mcm berpasir je.. hehe.. adik akak yg laki2 tu pun suka.. kalau mak akak blk t'ganu.. mesti dia kirim..

Fiza Nordin said...

og,
terpaksa skip hehehee... i'Allah ade 2 n3 lagi...

sari yusa,
jalan2 cuti mata...klu ade rezeki,i'Allah sampailah tu. sy sebelum ni tak pernah terfikir akan sampai ke sana. tak pernah terfikir akan merasa naik kapal terbang tp alhamdulillah Allah s.w.t. bukakan pintu rezeki dan merasalah saya :D

k madiha,
suke!!!!

Nur Syafawati said...

kak za..aku perasan semua gambo ko ..ko dok blakang abg sopi..awat?main nyorok2 eh?hehehe..sonok tgk perjalanan ko berdua ni..rase mcm nak honeymoon lagi laaaaa..tapi kena tgu anak2 dewasa skit..ahaks..

HomeKreation said...

Salam Fiza. Wah, best nya jalan2 kat Kuching sampai ke Serikin, Along pun lum sampai lagi. Kalau ke Miri, pegi gua2 je lah tu pun agak jauh. kalau ke Mulu kena fly gak (Along tk pernah pegi pun...hehe malu je).

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)