Followers

Friday, January 29, 2010

Puding Roti

Salam...

Buat puding roti untuk sarapan pagi di pagi Jumaat semalam... pepagi lagi lepas aje menghantar suami terchenta di muka pintu untuk mencari rezeki, si isteri ni terus on pc dan mengadap sampai hari terang. Sambil2 tu otak berfikir2 nak buat apa untuk sarapan diri sendiri dan anak2.

Terpandanglah roti yang tinggal beberapa keping di atas meja. Dan dengan tiba-tiba tekak teringin nak makan puding roti.
Aku terus bangun dari kerusi. Menggodek bahan2 dari dalam peti ais dan almari - 2 biji telur, 2 sb tepung gandum, 2 sb mentega, +-1 1/2 cwn susu segar, sedikit garam dan 3 1/2 sb gula. Sudu2kan bahan dan tuang2 dalam mangkuk. Semua main campak2 dan kacau2 aje sampai sebati. Kemudian aku carik2kan 6 keping roti dan letak dalam bekas aluminium yang dah lame dibeli tapi masih belum dirasmikan barang sebiji pun.


Sementara panaskan oven, aku perapkan roti yang sudah dituang bahan cecair bancuhan lebih kurang 20 minit. Masukkan mangkuk aluminium berserta adunan ke dalam oven dan putarkan selama 30 minit. Masa berlalu sambil aku terus mengadap pc... klik sane, klik sini. Pergi blog k ita kitchen tgk balik resepi puding rotinya. Hampir same je dengan bahan2 yang aku letakkan dalam puding roti campak2 aku tadi. Aku senyum. Kalau berbeza mungkin kuantitinya saja....

Alhamdulillah puding roti hasil campak2 aku menjadi. Sedap, bukan nak puji diri sendiri tapi memang sedap dan berkrim. Actually ini bukanlah puding roti aku yang pertama tapi tak ingat la pula kali yang ke berapa. Dan aku lebih suka kalau di atas puding roti itu ditaburkan dengan serbuk cinnamon. Harum semerbak baunye....

3 comments:

el said...

ritu sya ada tgk satu puding roti..simpple je kak za...

roti+gula+tpg jagung+tpg kastad+kismis campuran pas2 masak

nak buat la nti x penah pun buat puding roti ni

Watierman said...

hrmmm bau harumnya cinnamon tu!!

Fiza Nordin said...

l,
akak pakai 1 tepung je,tepung gandum...tp ade banyak resipi puding roti...boleh try yg mane2...

k watie,
sukernye!!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)