Salam...
Ucapan takziah dan Alfatihah untuk keluarga Kak Ham di atas pemergiaan suami tercinta - Pak Dollah, ke rahmatullah... pada 12 September,2009 bersamaan hari Sabtu...
Siapa Kak Ham...?
Kak Ham adalah jiran di blog rumah aku ni. Beliau tinggal di tingkat 12. Setiap kali aku nak keluar ke mana2 tanpa boleh bawa Mierza bersama, Kak Ham lah tempat aku tinggalkan Mierza. Hinggakan Kak Ham mengaku dirinya sebagai "mak am" pada Mierza sebab beliau sayangkan Mierza.
Pemergian Pak Dollah tanpa disangka2 dan diduga. Paginya, Pak Dollah bersama beberapa orang teman (yg juga jiran tetangga blog tempat tinggal kami) dilihat membaiki keretanya di tempat letak kereta. Maklum saja, musim perayaan semakin dekat. Keadaan kereta yg akan dipandu untuk pulang ke kampung halaman mesti diambil perhatian. Pada tengahharinya, allahyarham naik ke atas (rumah) dan mengadu sakit dada kepada Kak Ham. Dan tiba2 pula katanya terasa hendak buang air besar. Ketika hendak berjalan ke bilik air, allahyarham jatuh. Mujurlah sempat disambar Kak Ham dan anak perempuannya. Kak Ham sudukan air gula ke mulutnya kerana menyangka allahyarham 'hypo' kerana allahyarham menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Allahyarham mengatup bibirnya sambil berkata dengan kelopak mata tertutup, "aku puasa...". Setelah dipaksa, barulah allahyarham membuka mulutnya. Keadaan elok seketika walaupun seluruh badannya bermandikan peluh. Namun seketika kemudian, allahyarham kembali lembik dan terus tidak sedarkan diri...
Kak Ham dengan dibantu jiran sebelah rumah, Cik Adzha membawa allahyarham ke hospital. Tetapi semasa dalam perjanjian ke hospital, dilihat mulut allahyarham berbuih. Nadinya juga sudah tiada. Begitu juga dengan hembusan nafas di hidungnya. Sesampai di hospital, doktor mengesahkan allahyarham telah tiada... sebab kematiannya bukan kerana berkaitan dengan penyakit kencing manis dan darah tingginya yang dihidapinya tetapi kerana serangan jantung.
Semasa terima berita pemergiannya, aku dan suami berada di Sogo, KL. Tengah shoping. Sungguh kami tidak percaya tapi takkanlah perkara macam itu nak buat gurauan, kan... Terus kami bergegas pulang.
Hari ini, 13 September, 2009 pukul 5.50 petang allahyarham telah selamat disemadikan di kampung halamannya, di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.
Aku dan keluarga serta beberapa jiran2 blok turut mengiringi jenazah ke kampung halamannya. Tetapi tidak dapat menunggu hingga jenazah dikebumikan kerana kami perlu menghantar anak buah (Fafa-anak Kak Yong) masuk ke asrama di Sekolah Teknik, Kuala Selangor.
Semoga Kak Ham dan anak2 - Amy, Ayu, Hakim (esok nak trial PMR), Dayah dan Ain (baru darjah 1 & sgt rapat dgn arwah...) tabah menghadapi ujian dariNYA...
ps:
pemergian Pak Dollah bagaikan mengingatkan kami semua (kite2 semua juga)... kalau Allah s.w.t. 'mahukannya' sekelip mata saja...yang sakit terlantar belum tentu akan terus pergi menghadapNYA, yang sihat walafiat pun belum tentu terlepas dariNYA...
sama2lah kita beringat...
waalahualam...

8 comments:
Al-fatiha... semoga roh Pak Dollah dalam golongan yang dikasihi oleh NYA...
Kepada keluarga Kak Ham, semoga terus tabah dengan ujian Allah SWT...
takziah wat kluarga k.ham.. mudah2an roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...alfatihah!
sememangnya ajal maut d tangan Allah.. mati bleh tiba pd bila2 masa samada diwaktu kita sihat atau sakit.. mudah2an kita sama2 menginsafi...
AL-FATIHAH buat Arwah PAk Dollah...semoga keuarga Kak Ham tabah mengaharungi dugaan ini..
Al-Fatihah bt keluarga K.Ham... semoga roh nya akan dicucuri rahmat dan bersama2 orang2 yang beriman. Sedih nya bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita disaat kita memerlukan nya.
Al-Fatihah buat arwah... Takziah buat keluarga Pak Dollah.. Semoga tabah mengharungi dugaan..
Salam Fiza...Al Fatihah buat arwah Pak Dollah dan takziah buat keluarga Kak Ham....Al Fatihah ...Amin!
takziah buat keluarga kak ham dan kenalan terdekat..sedehnya raya buat mereka kali ini...
ALLAHUAKHBAR!!!
Salam Takziah utk keluarga Kak Ham..
Post a Comment