Followers

Showing posts with label kuah. Show all posts
Showing posts with label kuah. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang



Salam...

Selamat hari raya... lalalalalalaaa!!!

Masa menghidang kat atas meja, anak2 terus cakap, "ish, macam hari raya je..." hahaha... ape2 ajelah korang. Tapi kalau korang sendiri, ade tak terasa macam tu? Betapa sinonimnye nasi impit dengan kuah kacang, kan...?

Ekceli ni bf kami pada pagi Sabtu lalu. Sah2lah dah habis ni ye... jangan ade yg nak menumpang makan plak. Sabtu & Ahad memang hari2 yang amat payah dan ketat untuk aku dapat duduk mengadap pc. Anak2 dah kongker pc dari pagi sampailah disuruh berhenti berkali-kali. Dan sampai diugut2 nak sorokkan broadband tu barulah di shut downkan komputer. Itu pun dengan muka yang wallah masamnye... protes le tu kengkononnye...

Nasi impit ni aku guna jenama Adabi. Wangi semerbak je baunye... Kacang untuk buat kuah tu aku guna kacang ekspres siap kisar jenama Nona aje. Sinang kilije... dah ade jual tu, kite beli ajelah. Kalau tak de jual tu, paksalah diri menggoreng dan menumbuk/blend kacang nak buat kuah. Apo nak di kato...?

Tuesday, March 09, 2010

Sos Lada Hitam


Salam...

Inilah sos lada hitam yang aku cedok resipinya daripada blog
Noorma. Thanks for sharing ye mak yong... sangat menghargainya sebab sedap banget. Minta izin kopipes kat sini jugak ye Noorma. Selain untuk dikongsi dengan pengunjung2 blog, juga untuk rekod aku di masa depan.

Edit @ 10/03/2010 - 10.01am
Dikatakan resipi asal sos lada hitam ni adalah daripada Kak Ina KL. Thanks Kak Ina... Kalau Kak Ina pun cedok dari blog lain, ucapan terima kasih juga kerana berkongsi2 resipi. Biaselah bila dah dipanjang2kan, tak dapek nak trace sudey...


Sos ni lah yang kalau korang ade tgk kat n3 ni... burger ayam la konon... yang meleleh tu... and malam ni aku akan gunakan sos yang sama (hari tu ade lebih & simpan dalam peti ais). Hari ni aku tak masak nasi. Tapi dinner western bersama suami terchenta dan anak2 tersayang.

Insya'Allah akan aku kongsikan gambo dinner kami nanti ye...



Bahan-bahan
:-

•2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
•1/2 cawan susu segar - tak letak.

•1-2 sudu besar lada hitam - di tumbuk kasar - aku letak 2 sudu besar
•1/2 biji bawang besar - cincang
•2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki

•1 sudu sos tiram

•1 sudu mentega/ marjerin
•2 sudu besar tepung jagung -bancuh dengan sedikit air

•garam dan gula - jika perlu

•1 sudu besar sos cili - tak letak


Cara-cara :-

•Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
•Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu. •Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.

Try la...!

Wednesday, September 02, 2009

Tauhu Sumbat


Salam...

Hari ni aku rase, teramatlah rajinnye. Bertenaga sungguh... walaupun subuh tadi terlajak. Sedar2 dah pukul 5.30 pagi je... tak sahurlah maknenye. Tapi bangun gak la... sebab tak lame sangat dah nak solat subuh. Bangun, mandi2... sapu2 lantai... buatlah apa2 yang patut sementara nak masuk waktu....

Alhamdulillah... Boy, walaupun tak bersahur dan walaupun terpaksa ke sekolah, tapi dia tetap berpuasa. Petang masa balik dari sekolah, aku tengok dia dah lembik semacam. Tapi bila tengok ada sesuatu yang aku buatkan untuk dia, khas untuk dia sebenarnya cuma dimakan beramai2... terus tersengih sampai ke telinga. Nampak dia bersemangat nak habiskan sisa2 puasa tu. Ye la... dah pukul 6 petang tu...

Apa yang aku buat tu...? Emp, esok2 aku update... buat masa sekarang, biarlah rahsia! Hahahahaaa....

Berbalik pada tauhu sumbat ni. Yang aku sumbatkan ke dalam perut tauhu ni adalah timun dan lobak merah aje. Taugey my hb tak suka. Aku pun tak berapa suka pasai nak kene celur dulu. Malaslah semata2 nak celur sikit taugey. Telahkan aku buat tauhu sumbat ni pun bukannya banyak. 4 ketul jek... dibelah 2 dapatlah 8 ketul. Cukuplah tu... makan berdua dgn hb. Anak2 memang tak mau. Lagi2lah aku dah buatkan sesuatu yang masih menjadi rahsia tu... sampai berebut2 pula. Esok Boy minta buatkan lagi. Tengoklah... kalau mama rajin. heheheeee...

Untuk kuahnya aku ambil kat myr. Tuan asalnya tak ingat pula. Dah banyak kali buat kuah ni. Memang puas hati. Korang nak tau camne, bolehlah tgk kat label tag 'kuah' tu. Ada rasanya... godek2lah ye...

Thursday, February 19, 2009

Sos Cendawan


Sos Cendawan ni diambil resepinya dari blog Noreen UK. Terima kasih banyak-banyak atas resepinya. Sedap... Tapi kite ade edit sikit. Mierza makan camtu je. Dia buat macam bubur pulak. Bertambah2 dia makan. Hehehe...

Bahan-bahan
2 sb marjerin
3 sb minyak masak
1 labu bawang besar - dipotong dadu
Cendawan butang - dihiris
2 1/2 sb tepung gandum
1/2 sb serbuk lada hitam
500ml air
1 kiub pati ayam
3 sb kicap
garam (jika perlu)

Cara-cara
Panaskan marjerin dan minyak masak. Bila marjerin dah cair, goreng bawang besar hingga layu dan naik bau.
Masukkan serbuk lada hitam. Biarkan sekejap.
Masukkan tepung gandum. Sebatikan dengan minyak. Guna api kecil.
Masukkan pula air yang telah dicampurkan dengan kuib pati ayam. Sebatikan air dan bahan goreng tadi.
Masuk cendawan.
Titiskan kicap hingga menepati kehitaman kuah ikut selera. Biarkan mereneh dan memekat.
Rasa terlebih dahulu dan letak garam mengikut kemasinan tekak anda. Okeyyyy???

Tuesday, February 17, 2009

Kuah Kacang


Kuah kacang buat makan dengan rojak for our dinner today. Kuah ni resepi dari mak aku sebenarnya. Tapi kalau mak yang buat lagilah sedap. Almaklumlah air tangan emak, kan... Tapi sama dengan resepi dari Delila @ MyR.

Bahan-bahan
2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.
Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.

Friday, January 23, 2009

Steambot


Jom, jom makan steambot!!!!

Ni percubaan kali pertama makan stimbot buat sendiri. Terima kasih pada besanku (Aizah Kaman). Sebab dia yang beritahu aku boleh je panaskan kuah sup tu kat dalam periuk nasi (rice cooker). Kalau dia tak share experience tu, tentu2 aku sibuk2kan diri p beli piuk khas untuk steambot tu. I lap u, besan!!! Supnye tu aku wat simpe je. Asalkan ada rasa udah ayam (sbb letak 2 ketui kiub knoor) & perasakan sup tu dgn garam... udah...




Kuahnya ada 3 pilihan...

Yang ni sos cili thai - sos cili yang ada gambo cik timah tu...glem tul mak cik tu...hehehe


Yang ni bak kate besan aku (Aizah Kaman), pencicah melecet ****. Hehehe...cili api, belacan sikit & gula.


Yang ni pulak kuah ala-ala yong tau fu. Ambil kat MyR oleh Kak Fida.

Bahan-bahan

* 2 sb kicap cair
* 2 sb kicap manis
* 2 sb gula pasir
* 3 sb cili kisar
* 1 sb tomato sos
* 1 sk garam
* 1 sb minyak masak

Cara-cara

1. Kesemua bahan2 di atas dijadikan satu dlm periuk dan dimasak di atas api perlahan hingga pekat.
2. Siap dimakan.

Tuesday, January 20, 2009

Gulai Lemak Daging Bakar & Mangga Muda


Pagi2 semalam jalan2 kat rumah k Ina, nampak dia buat lala goreng... emppp sedapnye...teringin dah. Lepas hantar Boy ke sekolah tengahhari tu singgahlah kedai. Nak cari lala ape lagi... tapi budak kedai tu kate tak ada. Mase tgh belek2 tong ikan tu, nampak daging. Teringin pulak nak buat gulai lemak daging bakar. Beli la daging. Cari pulak belimbing kecik2 tu..emppp xde. Huhuhu banyaknye halangan. Tapi sebenarnya bukanlah halangan. Udah pergi kedainya tengahari rembang memanglah banyak barang dah tak ada, kan???
Sekali budak kedai tu bagi aku mangga muda. Bagi saja. Alaaa budak kedai tu mmg dah biase dgn aku. Selalu sembang2, gurau2 dan gelak2 bersama. Emppp bolehlah gantikan belimbing kecik tu dgn mangga muda. Masam gak kan...

Tuesday, December 23, 2008

Tauhu Sumbat & Sos Istimewa


Hari ini tak masak nasi sbb malam nanti hb nak g main badminton. Selalu kalau buat tauhu sumbat ni mmg laku sangat. Sbb hb tu mmg la suka makan yg pedas2. Tauhu buat macam biase jela. Rendam dengan air yg diletakkan beberapa titik pewarna kuning telur (atau leh digantikan dgn serbuk kunyit). Pastu goreng. Lepas tu barulah dipotong dua dan disumbatkan dengan hirisan lobak merah, sengkuang atau timun. Sumbat jangan tak sumbat kauuuuuuu!

Tang kuahnya pulak aku amik resepi dari lizacomel @ MyR Kuah ni dah 3/4 kali aku buat. Memanglah sedap sangat kat tekak ni & family...

Wednesday, November 12, 2008

Gulai Lemak Rebung



Lemak lagi... kali ni gulai lemak rebung pula. Lauk2 macam ni mmg kegemaran hb. Adalah seorang kawan kate, kencing busuk makan rebung ni. Hehehe sebenarnya masak rebung ni bergantung la pada org yang masak tu. Kalau dah rebung tu dibasuh ala kadar je mmg la busuk. Baunya tetap ada tapi kuat dan tak kuat je la.

Takkan makan gulai lemak rebung je ye tak? Memang dah berhajat sejak semalam nak buat udang tempura. Hari tu makan macam tak puas. Jadi hari ni buat lagi. Tapi sory le lupa nak amik gambo. Macam itu la klu asyik kate, nanti... nanti... nanti... sudahnya tgk2 dah tinggal pinggan je...

Tuesday, November 04, 2008

Kuah Durian


Hari ni Selasa. Seperti biasa malam nanti suamiku nak pergi main badminton. So hari ni tak masak nasi. Makan yang ringkas-ringkas saja. Pagi tadi pergi pasar beli lauk-pauk sebab dalam peti besi tu hanya tinggal ikan kembung je... Cili dan sayur-sayur pun dah habis. Jalan punye jalan, borong punye borong, ternampak ada orang jual durian. Terus terfikir nak buat kuah durian. Since hari ni pun memang nak masak simple2 je... Satu polisterene ni RM6. Bolehlah ek...untuk kite yang tak berdusun durian ni.Hehehe...

Ish... nak kongsi ke resipi? Bolehlah ek...setiap orang ada cara masing-masing masak kuah durian ni tapi ni cara aku la. Ikut tekak en somi.

Lagi satu nak kongsi kisah. Ada sesetengah orang buat kuah durian ni putih je kan? Sebab dia tak letak gula merah. Tapi aku punye coklat sikit sbb en somi suka tgk kuah dia kaler camtu. Kakak aku sendiri buat kuah durian putih je. Jadi satu hari tu dia tanyalah..."eh, kenapa kuah durian kau ni coklat?" Jawapan aku... "Sebab laki aku bukan laki kau..."kwang kwang kwang...
Bahan-bahan (sukatan bergantung pada banyak durian anda)
Durian
Santan
Air masak
Gula pasir
Gula merah
Garam

Cara-cara
Ramas durian dengan santan. Tenggekkan atas api sederhana. Biarkan mendidih.
Bancuhkan gula merah dengan air panas. Tuang ke dalam kuah durian sambil ditapis.
Masukkan gula dan perasakan dengan garam. Biar gelegak seketika. Then bolehlah ditutup api...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)