Followers

Showing posts with label Puff. Show all posts
Showing posts with label Puff. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Eclairs Puff


Salam hari Isnin....

Jamu2 mata dengan eclairs puff ni ye... pagi ni buat untuk customer, terasa teringin pula tekak ni nak makan sama. Jadi buat lebih sikit... selalu buat tu cukup2 aje....

dulu2 memang agak rajin juga buat eclairs utk makan sendiri. Tapi bila dah buka untuk tempahan, selalu2 buat pun untuk orang je... kekadang ada lebih seketui dua, anak2 pun tak pandang. Dari dibiarkan terbuang, kite lebihkan kuantiti dalam kotak customer. Lebih baik gitu, kan... takyah le nak berkira sangat. Setakat seketui dua....

Jom tengok resipi yang memang dah lama kite praktikkan. Memang amat puas hati dengannya. Kita juga tepung naik sendiri @ self rising flour. Ada juga resipi yang menggunakan tepung gandum tanpa baking powder dan menggunakan baking powder. Kita pernah cuba menggunakan tepung gandum bercampur baking powder, tapi hasilnya sangat mengecewakan. Kalau ada yang buat menggunakan tepung gandum dicampurkan (mahu pun tidak mencampurkan) dengan baking powder dan mendapat hasil yang positif, alhamdulillah. It's your luck! Kite, tadek lucklah!!! Hehehee...


Resipi: Zaliana @ MyR

Bahan2
>125g tepung naik sendiri
>250g air
>100g marjerin
>1sb gula
>3 biji telur - gred A/B

Cara2
> Dalam periuk, campurkan air, marjerin dan gula. Didihkan sehingga marjerin cair.
> Masukkan tepung dan kacau hingga tepung kelihatan kering. Padamkan api. Biarkan seketika - 3 minit.
> Dengan menggunakan mixer, sebatikan telur bersama adunan tepung yg telah dimasak tadi. 
> Setelah sebati, masukkan ke dalam piping beg. Gunakan nozle berbentuk bintang. 
> Panaskan oven 200c (bergantung pada kapasiti oven masing2). Sediakan loyang yang dilengser dgn marjerin. Tak perlu dilapik kertas. 
> Paipkan adunan tepung ke atas loyang berbentuk memanjang. Bakar +-20 minit atau sehingga adunan bertukar coklat tua. Sejukkan sebelum dimasukkan kastad ke dalamnya.


Kita sharekan sekali resipi untuk krim kastad yang selalu kite gunakan. Resipi dari Kak Rin Chan.

Bahan2
>2 cawan susu segar
>2 sdb tepung gandum
>2 sdb tepung jagung
>6 sdb gula
>1 biji telur
>1 sdb marjerin

Cara2
> Campurkan semua bahan dalam 1 periuk dan masak di atas api perlahan hingga adunan menjadi pekat. Tutup api dan biarkan sehingga benar2 sejuk sebelum digunakan.


Berbalik pada eclairs puff. Potong tepi eclairs puf dari hujung ke hujung. Jangan sampai terputus 2. Sudukan krim kastad ke dalamnya. Paipkan coklat cair di atas eclairs puff. 

Yummy! Selamat mencuba....


Tuesday, October 04, 2011

Portugese Egg Tart

 
Kite dan anak sulong kite (Boy) adalah penggemar egg tart di KFC tu. Suke sangat. Sooooo creamy!!! Kelmarin godek2 kat MyR, web rujukan sejak mula menjinak2kan diri dengan internet (hingga kini, tak jemu2). Dapatlah resipi ni. 

Actually sebelum ni ada juga try buat egg tart menggunakan kulit puff pastry tapi kite tak letak whiping krim. Mungkin kehabisan whiping krim atau apa, tak ingatlah pula. Kali ni buat letak whiping krim, amat2 berpuas hati dengan hasilnya. Makan sejuk2, adeh..... tak terkata syedapnye. 

Dan... kita tak buat kecik2. Terus buat besar punya. Masa terhad... tak kuasa nak layan seketui2 dalam acuan. Terus terap puff pastry dalam loyang rendah saiz 6inci dan tuang adunan terus. Terus masuk oven yang terlebih dulu dipanaskan. Pastu dah boleh buat menda lain sementara tunggu dia masak.

Kalau ada yang tercari2 resipi egg tart ala KFC tu, haruslah korang cuba resipi ni. Harus!!!!

Terima kasih pada Skyblue yang kongsikan resipi ni. Kita mohon sharekan resipinya kat sini ye. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi...

Bahan2
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan whiping krim
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract

Cara2

  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan. 

Tuesday, August 02, 2011

Sosej Puff


Alhamdulillah, puasa hari yang pertama telah selamat dihabiskan dengan jayanya semalam. Moga amalan itu diterima olehNYA, amin! Semalam sekolah agama (anak2 aku sesi petang) bercuti. Jadinya, lepas balik dari sekolah kebangsaan, anak2 boleh terus berehat. Aku siap bentangkan toto depan tv. Baring2 sambil tengok tv, Baby terus tertidur. Boy pulak mengambil alih depan pc, main games. Berebut2 dengan adiknya - Mierza. Sebagai abang, kenalah dia beralah. Kembali depan tv layan kartun. Mamanya kenalah layan sekali kartun tu... huhuhuuuu

Sosej Puff - beberapa bulan kelmarin, sana sini nampak kawan2 blogger buat. Tapi masa tu angin malas sedang melanda. Walaupun masa tu sosej ada, puff pun ada dalam peti ais. Kalau dah malas tu, satu sen tak guna, kan! Jadinya aku layan mata ajelah.... Dah reda demam sosej puff di blog kawan2 barulah kerajinan aku nak buat. Heehehee betul2 ketinggalan... Bukan susah mana pun membuatnya. Antara rajin dengan malas aje.

Sosej yang aku gunakan jenama Ayamas perisa lada hitam tu. First time aku try. Oklah, not bad. Sosej tu kontot2 kan... puff pastry tu kenalah potong 2. Jadinya bila balut sosej tu, sedang elok aje saiznya.


Tadi singgah rumah CMG, tgk Cik Mat tayang Sausage Curry Puff... Dah minta izin cik mat nak letak teks di bawa ni kat sini... bukan hanya untuk tatapan dan info pembaca yang bekunjung ke blog aku ni... tapi jugak untuk diri sendiri. Terima kasih CMG :D ada edit sikit kat hujung teks tu ye...

Puff pastry dikalau kita bakar dengan betul, ianya akan jadi cantik, berlapis dan setiap lapis akan garing dan rangup. Hendak membentuknya tak boleh puff terlalu lembut, tapi kalau terlalu keras ianya akan patah. Jika oven anda memiliki kipas, sila on kan masa membakar puff pastry, mengikut petua makcik Marta Stewart yang femes tu, masa membakar pastri berlapis kita harus on kan kipas, ini akan menambah kerangupan dalam puff pastry tadi, kerana udara panas akan membantu ianya menjadi lebih gebu dan garing...

Tuesday, July 26, 2011

Apple Pie


Salam pagi Selasa semua :D

Sessi menghabiskan pastry.... ada lagi dalam peti tu tapi dah siap2 lilit dengan sosej. Nanti2 keluarkan, freezing dan terus masuk oven je.... gitulah kekdahnye orang malas macam mak cik ni ehehehee...

Apple pie ni pun aku buat weekend aritu. Siap2 masukkan inti dan masukkan dalam peti ais. Barulah pagi ni membakarnya untuk breakfast. Alhamdulillah....

Resipi kepada yang nak tau.... yg tak nak tau, boleh layan gambar aje ek....

Bahan2
Utama
3 keping pastry jenama KAWAN

Inti

1 biji epal hijau
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil cinnamon
1 biji telur (kuning saja)

Cara2 (Inti)
Kupas kulit epal dan potong dadu.
Panaskan kuali, masukkan epal. Masukkan gula dan goreng hingga gula bertukar warna coklat (hangus).
Masukkan cinnamon dan goreng seketika.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Letak inti di tengah2 pastry.
Lipat dua dan rapatkan sekeliling pastry dengan garfu.
Kelar2 permukaan pastry dan sapu kuning telur di permukaan pastry.
Panaskan oven 200c. Bila oven dan betul2 panas, baru masukkan pastry.
Bakar 30 - 45minit atau sehingga bertukar coklat.



Selamat mencuba :D

Friday, July 22, 2011

Tuna Roll


Resipi cedok dari rumah Kak Yani. Thanks kak... Izinkan saya kopipes resipi ni di sini ye....


Senang dan mudah nak sediakan. Kelmarin masa pergi beli barang dapur, teringat nak cari pastry yang bersaiz besar seperti kata Kak Yani. Alhamdulillah, jumpa. Seronok rasa nak lompat ala2 kanak2 ribena kahkahkah Ada 5 keping 1 paket tu. 1 keping dah buat tuna roll ni... lagi 4 keping belum dapat dipastikan. Tolong suggestkan kawan2, akak2 & mak cik2.... terima kasih in advance!

Pastry ni ada 2 jenis. Aku ambil yang plain. Lagi satu wholemeal (klu x silap). Berapa harganya, tak ingat pulak hehehee tapi yang pastinya ianya juga jenama KAWAN. Rasanya brand KAWAN ni lebih murah harga pastrynya berbanding yang brand lain2 tu.

Seperti kata Kak Yani, ada beza antara pastry ni dengan pastry yang kecil2 4 segi tu. Ianya lebih nipis. Lebih kurang macam paratha segera tu. Tapi lebih kurang saja, bukan sama ye... nak tau lebih lanjut, silelah cari dan beli ye...


Bahan-bahan:
  • 2 keping all purpose pastry
  • 4 keping slice cheese
  • 1/2 tin tuna
  • sos cili secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • segenggam sayur campur
  • 4 keping slice cheese
Cara-cara:-
  1. Sapukan tuna ke atas pastry. Taburkan sayur campur. Carik-carikkan slice cheese dan tabur ke atasnya. Letakkan pula mayonis dan sos cili. Kemudian gulong.
  2. Sapukan permukaan roll dengan telur.
  3. Bakar dgn suhu 200 degree selama 20 minit atau sehingga perang

Wednesday, July 20, 2011

Sardin Pastry


Jom bf dengan sardin pastry!

Macam biasalah, pastry tu guna jenama KAWAN. Ada lagi beberapa keping kat dlm esbox. Entah bile nak godek2, tak taulah... bila2 rajinlah, kan... tak bley paksa2 diri nnt tak jadi mcm diinginkan. Rogi, rogi, rogi!!!

Layan ajelah gambar ni yek... nak p sidai kain sat... semalam sebelum tido sambil2 layan drama Khurafat kat Astro, sambil2lah mesin basuh tu bekerja. So pagi ni boleh terus sidai je...

so rangup, so garing!

Tuesday, April 05, 2011

Sardin Puff


Merajinkan diri membuat puff ni sbb nak menghabiskan pastri dalam esbox. Dah menjerit2 minta digunakan, boleh gitu??? Hahaha melawok jah....

Masa pastri takde dalam esbox, susah payah g beli... dah ada, pemalas pulak. Gitulah dianye.... tapi kurang puas hati dengan hasilnya. Terlebih garing. Aku lebih suka pastry yang lembut & basah2 gitu. Baru heavan... tapi ada juga yang suka garing2 gini, kan.... ikut tekak masing2lah ye dak...

Layan!

Tuesday, June 22, 2010

Pastry Marjerin - Tolong Ajarkan...




Salam...

Aku beli dah dekat sebulan dah bende alah ni... tapi cukuplah pandainye aku ni, kan... tak tau camne nak guna/gaya masaknye bende alah ni, tapi memandai-mandai la pulak p beli... hikhikhik....


Kepada korang2 yang tahu camne nak guna/gaya masak pastry marjerin ni, TOLONG beritahu/ajarkan aku...
Terdahulu, ucapan terima kasih & sangat aku menghargai ilmu yang korang2 kongsikan itu... hanya DIA yang dapat membalasnya...

murah je... tu yang sanggup beli dulu baru nak tanye kat kawan2...

Saturday, April 04, 2009

Pastry Telur


Sebenarnya buat ni hari Khamis lepas
Tapi barulah hari ni nak tepek

Sejak pakai komputer
Kena tunggu gambo banyak2
baru upload.
Sebab klu setakat nak upload
2/3 keping gambo
MALAS sungguh. Komputer ni
sgt menduga kesabaran aku.

Berbalik pada kisah pastry telur ni
Beberapa kali aku tengok org buat pakai pastry ni
So aku pun trylah
Telahkan aku tengah keMALASan
nak buat apa2 pun.
Rasanya...? Bolehlah untuk aku
yang sedang MALAS ni.
Tak leh nak demand lebih2 la kan...

Chioww

Saturday, December 20, 2008

Sosej Roll


Resipi ringkas... sonang... asalkan puff pastry & sosej ada dlm peti besi di rumah anda, hehehe... pakai sosej AYAMAS yg ber'cheese' tu... esok kene pergi supermarket le nampaknya. peti sejukku udah kosong le...

Friday, December 12, 2008

Waffle Cake


Tadaaaa... seperti yg dijanjikan. Inilah dia. Aduiii memanglah makan sampai lebam. Dengan begitu kopidennye aku terus bancuh 2 adunan. Nasib baik jadik, alhamdullillah....

Resepi dari MyR oleh AlongRoz ku cayang...time kasih along, muah!

* 2 biji Telur
* 3/4 cwn Susu segar
* 2 tbsp Minyak sayur (aku gantikan dengan sunflower oil)
* 1 cwn Tepung
* 1 1/2 tsp Baking powder
* 1 1/2 tsp Gula
* 1/2 tsp Garam

Cara-cara

1. Panaskan electric waffle maker.
2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

Paratha Pizza


Hah, hambik kau...! Pagi malam makan pizza. Wakakahhh... Tadi pukul 12.30tgh ari keluar rumah g spital serdang tgk mak. Sampai2 sane tgk akak aku yg dok bgn datoh tu ada dgn suami & anak2 dia. uh seronok gaklah sbb anak2 buah ramai.Pehtu abg ipar balik,akak aku & anak2 buah tinggal & dok umah aku. Ala syian kat anak2 buah aku nih.dorang dok kampung mane nak merasa makan bende2 camni sdgkan mmg makanan camnilah kesukaan tekak dorang.Jadi bile dah sampai umah kul 7mlm tadi dan tgk aku buat pizza,walah seronoknya anak2 buah.makan kau sampai lebam!wahahah

Badan dah penat...tak kuasalah nak uli tepung bagai.ada BM pun duk dlm lemari.malehlah nak kuakan.lgpun perut dah lapo,mane ada masa nak tunggu2 lg.aku pun keluarkan paratha puff dr peti sejuk.Ini pun leh la jadi base pizza.Toppingnye aku letak hirisan sosej AYAMAS BERKEJU,hirisan cendawan butang dan hirisan nenas tin. Sapu tomato paste dulu.Pehtu kat atas tu biaselah tabur mozarella cheese yg aku beli BWY.

Thursday, December 11, 2008

Mini Pizza


Buat untuk breakfast pagi ni. Saja potong pastry yg saiz kecil tu pada 4 bahagian. Jadinye bile makan, gigit 2 kali dah abis. Intinye for information adalah lebihan inti chicken pie minggu lepas. Simpan dalam peti sejuk dalam bekas elok-elok tentulah inti tu masih elokkan...

Friday, December 05, 2008

Sosej Puff


Inilah lunch kami anak beranak. (Tak termasuk hb sbb dia kerja dan tak balik makan di rumah untuk lunch). Pernah nampak kwn2 bloggers (k masz ke... k zana ke...) yg buat ni. Dan pernah usha resipi ni kat MyR dari K yani kalau tak silap. Aku gunakan puff pastry jenama KAWAN tu dan sosej AYAMAS yg ada keju tu. Semua bahan yang ready made jadi tak susah la nak buat... asalkan bhn tu ada dalam peti ais...

Friday, November 28, 2008

Chicken Pie


Buat ni untuk sarapan. Wah, dalam kerajinan 50%, aku menguli doh pastry. Masa masak inti tu pun, dgn bercekak pinggang, diri pun mcm nak tak nak. Tinggal semangat je ni... semangat apa? semangat nak makan! kekekeh
Tapikan... anak2 mcm tak bkenan sangat la pulak. Dorang kate "knp kulit dia ni keras.tak lembut macam yg kat kedai tu punye?" Aku suruh dorang makan je yg ni dulu. "Nanti mama cari resepi yg kulitnye lembut mcm yg kat kedai tu ye..."
So...sape ade resepi yg tu??? angkat tangan!!!!!

Resipi ni dapat MyR - Pu3bay

Bahan-bahan - DOH
150g butter
300g tepung gandum halus
1 bj telur dipukul sedikit
garam
1 s/t gula halus
Bahan-bahan - INTI
1 biji kentang - dipotong dadu
1 bj lobak - dipotong dadu (@ boleh gantikan dgn sayur 3 bradik)
isi ayam dipotong kecil (aku pakai ayam kisar jenama SAUDI)
1 bj bawang besar - dicincang

Bahan-Bahan - TUMIS INTI
2 s/b sos tiram
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b tepung jagung (larutkan tepung jagung dgn 2 s/b air)

Cara-cara - DOH
Gaul tepung dan gula halus - rata. Campurkan semua bahan lain. Uli hingga tak melekat di tangan dan mangkuk.
Canai doh di antara 2 plastik - 1/2 cm tebal.
Perlahan2 tanggalkan plastik atas dan terbalikkan doh dalam acuan.
Ratakan perlahan-lahan hingga menutupi semua bahagian acuan pie.
Tuang inti. Tutup bahagian atas pir dgn kepingan dh. Bahagian Tepi pie ditekan dengan garfu supaya bahagian atas dan bawah melekat. Sapu dgn kuning telur.

Panaskan oven 10 min. Bakar 180 c - 30 minit. Biarkan beberapa min dalam oven sebelum dikeluarkan.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)