Followers

Showing posts with label pengumuman-novel. Show all posts
Showing posts with label pengumuman-novel. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

Novel2 Lama Dan Terpakai Untuk DiLepaskan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ni la dia haaaa... dah berkurun rasanya hasrat ni terpendam. 
Nak let go novel2 lama ni. Masa pun takde nak melayan baca membaca. Nak jaga apatah lagi. 

Boleh tahan banyak juga koleksi. Teringat masa pindah rumah... novel saja 5 6 kotak. Berat dia jangan bayanglakan. Sampai mengeluh kawan2 asben yang tolong angkut barang.


Nak let go, nak jual. 
Kalau ada yang berkenan dengan novel2 lama ni, bolehla hubungi sy - 017 3113 226. 
Sy nak jual murah2 je ni.

Actually ada banyak tajuk lain lagi. Kalau nak upload semua kat sini, haiiii sampai pagilah kejenya.
So ini hanyalah sebahagian saja ye.



Atau korang boleh juga berkunjung ke blog sy yg lagi satu kat sini:-


Haaa dlm blog atas ni mmg khas update utk novel2 saja.



Ok, thanks!

Wednesday, September 19, 2012

Kisah Hati by Sofieza Isqandar


As salam...

Ambil bungkusan hari Isnin kelmarin sempena cuti Hari Malaysia. Terima dari poslaju dah lebih seminggu kalau tak silap. Sebab bungkusan di alamatkan ke rumah arwah mak, kenalah tunggu free & kena tunggu penyewa yg tinggal di rumah mak ade di rumah, baru boleh dtg ambil bungkusan ni.

Terima kasih Fajar Pakeer. Masih ingat dengan penulisnya ini. 

Begitu lamanye menanti penerbitannya. Aku tak gusar, sebab aku tahu pasti akan terbit juga. Antara cepat atau lambat saja. Cuma kalau anda membacanya dan terlihat jalan cerita yang mcm dah out of dated, sila harap maklum, aku menulisnya sudah bertahun2 dulu.  Tapi rasenye tentu editor ada buat pemantauan tentang tu supaya jalan ceritanye up to date. 

Jujurnya, aku sendiri dah ingat2 lupa dgn jalan cerita keseluruhannya.Penulis sendiri nampaknye kena luangkan masa duduk dan baca balik ape yg dia dah karang hihiii... 

Harap menepati selera anda yang membaca :D

Harga Di Pasaran : RM24 smnjg & RM27 ss
Ketebalan : 699 muka surat
http://fajarpakeer.blogspot.com

Mari aku kongsikan sinopsis belakang novel...

"Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang," ujar Naqira perlahan, merendah diri.
"Tak ada manusia yang sempurna, Qira."
"Tapi Qira lain."
"Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang."

Aduh... romantiknya dia! Bahagialah hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu, gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarhanya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?

Wassalam 
:D

Tuesday, October 26, 2010

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...


Salam semua...

Aku ada 1 halaman blog baru - ULAT NOVEL. Blog ni khusus aku updatekan novel2 dalam simpanan aku untuk aku jual murah2 kepada yang berminat. Tak berdaya dah aku nak bawak ke hulu ke hilir. Berpindah-randah. Kotak novel aje lebih 5 kotak. Beratnya tak usah dikenang. Mengeluh orang yang mengangkat tu. Tambah pula dengan kotak baking yang juga lebih 5 kotak. Hakikatnya, barang2 aku je lebih 10 kotak bila dikumpul2kan. Kesian cik abang & kuncu-kuncunya.... ahahahaa!!!

Jadi, kepada yang berminat, boleh hubungi aku melalui email sofie2_za@yahoo.com. Boleh juga add aku di fb. Dan boleh juga terus menghubungi aku di talian hayat 017-3113 226.

Untuk sinopsis, harga dan segala details mengenai novel2 bolehlah menjenguk2kan diri di link yang dinyatakan di atas ok....

* masih terus meng'update'.....

Tuesday, August 10, 2010

Novel Terbaru "Hanya Kenangan"


Salam semua...

Alhamdulillah... kelahiran terbaru karya hasil nukilan saya - Hanya Kenangan. Boleh dapatkan di pasaran. Juga boleh dapatkan terus daripada saya dengan harga RM17.00 (tiada kos penghantaran) sahaja. Sms - 017-3113 226 atau email saya @ sofie2_za@yahoo.com

Juga boleh dapatkan di kedai2 buku berhampiran anda. Tapi kalau beli di kedai buku, harganya tertakluk pada pihak pengurusan kedai buku itulah ye... :D

Terbitan : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Ketebalan : 423 muka surat

Jom layan sinopsis...

Ikatan persahabatan yang terjalin antara Suraya dan Tasya semakin kukuh dan kat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.

Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak pernah dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.

Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.

Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedang hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq, anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?

Friday, October 23, 2009

Karya Terbaru - Sesaat Berputik Cinta

*** STICKY MOOD ***


Salam...

Alhamdulillah... Dapatkan karya terbaru saya yang kini telah berada di pasaran. Atau anda yang berminat untuk mendapatkan terus dari saya juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya/sms di talian 017-3113 226 atau email sofie2_za@yahoo.com

Tajuk : Sesaat Berputik Cinta

Harga :
RM8.90

!!! Tiada kos penghantaran kerana ianya akan ditanggung oleh saya !!!
- untuk mereka yang berada dalam Malaysia sahaja -
- hanya 6 buah novel tempahan terawal sahaja -

Jumlah muka surat : 120 m/s

Tuesday, November 11, 2008

BOIKOT



PENGUMUMAN PENTING!!!! HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA SEMUA (teman2, rakan2, adik-beradik, saudara-mara dan semua yang anda kenali)

TOLONG BOIKOT DARI MEMBELI DUA BUAH NOVEL BERTAJUK 'WARNA CINTA KITA' DAN 'DUNIA CINTA KITA'. JUGA SEMUA NOVEL KELUARAN NYLEA PUBLISHING.

KERANA

SYARIKAT PENERBITAN ITU (NYLEA PUBLISHING) DI BAWAH TERAJU PENULIS YANG KONONNYA TERKENAL - LIANA AFIERA MALIK TELAH MENIPU PENULIS-PENULIS DI BAWAH NAUNGANNYA DENGAN TIDAK MEMBAYAR ROYALTI DAN MENGHILANGKAN DIRI TANPA DAPAT DIHUBUNGI. BUKAN HANYA SAYA YANG TERKENA TETAPI RAMAI PENULIS LAIN LAGI.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)