Followers

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, August 05, 2011

Iftar 5 - Nasi Goreng Sempoi


Nasi goreng sempoi ni menu bersahur kami subuh tadi. Orang2 dalam rumah ni kalau nak makan nasi goreng, nak yang warna putih macam ni. Kalau kaler merah, tak mo, tak laku. Asal kaler merah aje, pada anak2 aku - pedas. Tapi kalau kaler putih macam ni dan berasing pinggan pun dorang boleh tahu - pedas.

Aku masak nasi goreng selalunya 2 versi. 1 versi untuk anak2 - tak pedas dan 1 versi lagi untuk aku dan en hubby - pedas. Tapi nasinya sama je. Cili api tu nampak terbeliak2 kan? Selalunya aku tumbok. Tapi almaklum duduk umah flat, sesubuh hari nak menumbok cili, kang kena jerit plak dengan jiran. Walaupun tumbok ada lapik kain tebal2 tapi klu dah suasana sunyi2 gitu, mesti terdengar jugak sikit2. Sian kat jiran bawah2 aku kang... uhhhh sgt prihatin aku! Jadi aku potong2 ajelah cili api tu. Kuranglah sikit kepedasannya.

Takde rencah ape2 pun kat nasi goreng tu. Name pun sempoikan. Hanya kentang yang dipotong kiub dan telur. Pastu perasakan dengan garam dan renjis sikit serbuk lada hitam. Goreng dan terus goreng. Sonang kojo..


Friday, April 15, 2011

Bubur Nasi Sup


Bubur nasi sup atau sup bubur nasi??? Mana2lah ek.... :D Fevret anak2 ni. Suka sangat bila aku buat camni... Macam tak puas makan bubur nasi masa kecik2 dulu hahahaa!!!

Supnya aku tak buat. Semalamnya, aku malas masak. Badan terasa penat sangat, mata mengantuk. Tapi hari dah petang sangat. Nak tidur, tak kena waktu pulak. Bila dah begitu, mulalah badan terasa lesu. Terus sms en hubby kata tak masak lauk. Minta en hubby belikan sup ayam je & aku tanak nasik. Sup ayam di gerai yang satu ni memang fevret en hubby (sytt, aku pun!). Supnya begitu terasa herba2nya. Kuahnya pun banyak. Ayamnya, dia letak ayam goreng nasi ayam tu aje... suka yg macam tu.

Ada lebihan kuah tu, aku simpan dalam peti ais. Dalam kepala memang dah terbayang keesokkannya nak rebus nasi buat bubur nasi. Dan inilah hasilnya.... :D



Monday, April 19, 2010

Nasi Impit & Kuah Kacang



Salam...

Selamat hari raya... lalalalalalaaa!!!

Masa menghidang kat atas meja, anak2 terus cakap, "ish, macam hari raya je..." hahaha... ape2 ajelah korang. Tapi kalau korang sendiri, ade tak terasa macam tu? Betapa sinonimnye nasi impit dengan kuah kacang, kan...?

Ekceli ni bf kami pada pagi Sabtu lalu. Sah2lah dah habis ni ye... jangan ade yg nak menumpang makan plak. Sabtu & Ahad memang hari2 yang amat payah dan ketat untuk aku dapat duduk mengadap pc. Anak2 dah kongker pc dari pagi sampailah disuruh berhenti berkali-kali. Dan sampai diugut2 nak sorokkan broadband tu barulah di shut downkan komputer. Itu pun dengan muka yang wallah masamnye... protes le tu kengkononnye...

Nasi impit ni aku guna jenama Adabi. Wangi semerbak je baunye... Kacang untuk buat kuah tu aku guna kacang ekspres siap kisar jenama Nona aje. Sinang kilije... dah ade jual tu, kite beli ajelah. Kalau tak de jual tu, paksalah diri menggoreng dan menumbuk/blend kacang nak buat kuah. Apo nak di kato...?

Tuesday, November 17, 2009

Nasi Goreng Tom Yam


Salam & selamat pagi...

Bekpes ape korang arini? Aku dan anak2 bekpes nasi goreng tomyam. Since nasi semalam banyak berbaki, jadi buatlah nasi goreng ni. Lagipun dah lame tak buat neh... sedap... anak2 pun suker. Rencahannya hanyalah sotong dan telur saje. Sayurnya pula hanyalah lobak merah yang dipotong halus. Bila dah campur dengan nasi tu, hilang tak nampak lobak merahnya. Tak pe... lagi elok. Kalau tak nampak, Baby akan makan saja. Tapi kalau dia nampak, sure dia dok terkais-kais. Paling fenin kalau dia merengek sambil cakap, "mama... pilihkan sayur ni keluar..."


Haish budak neh!!!

Resepi daripada Hana Kanazawa. Dah pernah buat sebelum ni. Kalau sesape nak cube dan nak tau resepinya, rajin2kanlah klik2 kat tag sebelah yek... carik sampai jumpe...

Wednesday, October 14, 2009

Nasi Ayam

Salam...

Nasi ayam ni aku masak semalam ye kengkawan...

Seperti yang telah dijanji dan dirancangkan sejak minggu lepas, hari ni rumah aku akan dikunjungi kawan2. Siapa kawan2 tu...? Bukan kawan bloggers... tapi mak2 yang satu sekolah dengan Boy. Kami kenal2 masa hantar anak2 ke sekolah. Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku ni dok merayau beraye dari satu rumah ke satu rumah. Tapi lepas tu stop sebab abang aku dari Penang tu datang. Hari Isnin baru ni kami ke rumah Nani mama Fayyad yang satu kelas dengan Boy di Denai Alam, Shah Alam. Semalam, Selasa yang merupakan jalan2 raya penutup, rumah aku le... Aku masak nasi ayam ni pun sebab nak senang, heheheee... sekali masak je... buat untuk jamu kawan2 dan juga untuk makan malam nanti. Malas le nak masak 2 kali.

Layan je la gambar2 nasi & ayam yang dah disnapkan...
Masa kengkawan tu ada kat rumah ni tak teringat la pulak aku nak menangkap gambo... aiseyhhhh!


Wednesday, June 17, 2009

Nasi Lemak Homemade


This is actually our dinner yesterday.

Semalam punyelah malas nak masukkan n3. Pastu duk pulak mengadap manuskrip. Tak sedo masa berlalu. Tup-tup tengok hb dah terpacul depan pintu. Dia baru balik main badminton. Tengok2 jam dah pukul 12.15tgh malam. Dan-dan pulaknya mata mengantuk.

Kalau ikut-ikutkan hari hb main badminton hb tak nak makan nasi. Tapi disebabkan ada petai, dia yang request nasi lemak ni. So layan ajelah...

Friday, June 12, 2009

Nasi Goreng Tom Yam


Beshnye... dapat pujian dari birthday boy. Sedap katenya. Ohooo... sebenarnya ini adalah makan malam untuk birthday boy semalam. Dan lagi satu sebenarnya... malam kelmarin Cikgu Noriah datang ke rumah. Bersamanya dia bawa satu borang. Katenye ade satu pertandingan suka-suka masak. Tapi kena masak nasi goreng saja. Cikgu Noriah yang tahu aku ni suka masak-masak suruhlah aku masuk pertandingan tu. Aku cakap, aku masak untuk suka-suka je bukan nak masuk pertandingan. Tapi Cikgu Noriah kate, ini pun untuk suka-suka juga. Pertandingan suka-suka ni dianjurkan oleh KEMAS. So, aku pun ikut sajelah.

Ruper2nye sebelum itu, Cikgu Noriah dah siap telefon hb, minta izin nak ajak isterinya ni masuk pertandingan suka2 nih. Heheheee Cikgu Noriah siap kate, "Sofie dah izinkan dah..."
So malam ini aku akan ke PJS 8, Bandar Sunway. Masak dari rumah. Di sana nanti tinggal buat hiasan ringkas2 saja. Jadi semalam tu, aku masak untuk bagi birthday boy juri utamalah. Katenye sedap jugak. Resipi ni boleh bawa ke pertandingan tu.

Terima kasih buat Mak Yung Hana sebab resipi ni aku ambil dari My Resipi oleh Mak Yung itu. Kite lihat nanti macam mana keputusannya. Walaupun hanya suka suki tapi kalau dah namanya pertandingan tentulah harap2 dapat menang ye tak... tapi kalau tak menang pun tak apa. Adatlah tu (ayat skema!) :P

Ketika n3 ni keluar, aku dah berada di PJS8, Bandar Sunway.
N3 ni aku buat autosaved...

Thursday, March 12, 2009

Pulut Kuning & Sambal Tumis Petai


Semalam, tgh aku masak-masak gulai lemak cili api nenas dengan ikan masin tu, si Baby bangun-bangun tidur terus lari ke dapur dapatkan aku. Ayat pertama dia ialah, "mama masak pulut kuning ke?" Aku pandanglah budak pempuan tu dgn kerut kening. Ape ke halnyelah anak aku ni tetibe bangun tidur tanya pasal pulut kuning. "Kita teringin nak makan pulut kuning. Mama buatkan untuk kita, boleh tak?" Uhhhh... mase tu perasaan aku ni tersangatlah lainnye. Lain macam mana aku tak tahu nak terangkan.

So, hari ni aku tunaikan permintaan dia dan memanglah dia makan banyak sangat. Siap2 masak je dia balun dulu. Pastu mase hb makan, dia makan lagi. Tapi dia taklah makan sambal tumis petai tu. Dia makan gitu je...

Tuesday, March 03, 2009

Nasi Goreng Daging


Resepi simple dan mudah. Macam masak nasi goreng biasa je... cumanye digandingkan dengan daging kisar... Sarapan pagi Boy dan bekal dia ke sekolah.

Chicken Pox Baby dah semakin ok. Tapi tetap merisaukan sebab Chicken Pox dia tak keluar habis. Kate orang kalau keluar tak habis, nanti len kali biler2 dia akan kene Chicken Pox lagi. Kalau dia kene lagi bile dah anak dare nanti, alamak jatuhlah saham anak dare aku sorang nih, hahaha!!!
Tapi kalau ikutkan aku dulu pun kena keluar tak habis jugak. Bila Baby kene aku risau gak. Hehehe...

Friday, February 20, 2009

Nasi Ayam


Makan tengahhari + makan malam. Mula-mula ingatkan nak masak gulai rebung dengan babat yang dah lame dk bertapa dalam freezer tu. Tapi hb lak request nasi ayam. Jadi isterinya ni menurut perintahlah sebab aku ni tak kisah... boleh saja makan apa-apa. Hb tu cerewet sikit dan sukar diramal seleranya.

Resepi nasi ayam ni actually aku main campak2 saja tau. Sebelum-sebelum ni memang ada usha mane2 resepi & pastu aku gabungkan. Jadinye sangatlah sedap (hehehe perasan sejap) Eh, sedap di tekak aku la...kikikikkkk


Bahan-bahan (Nasi)
Anggaran bahan mengikut banyak beras ye...
Beras
Bawang besar - dibelah2
Bawang putih - dipecahkan
Halia - dihiris kasar
Kiub pati ayam
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
- Basuh beras dan sukatkan airnya macam masak nasi biasa.
- Panaskan periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan beras dan airnya sekali. Gaul dan sebatikan.
- Pecah-pecahkan sikit kiub pati ayam dan taburkan dalam beras yang sedang merenih. Perasakan dengan garam.
- Bila air nasi dah nak kering, perlahankan api dan biarkan nasi betul-betul masak.

Bahan-bahan (Ayam)
Anggaran bahan mengikut banyak beras ye...
- Ayam
- Cili sos
- Minyak bijan
- Sos tiram
- Serbuk lada hitam
- Kicap

Cara-cara (Ayam)
- Rebus ayam hingga masak.
- Angkat dan rendamkan dalam ais ketul lebih kurang 5 minit. Toskan.
- Masukkan dalam mangkuk dan perap dengan cili sos, minyak bijan, sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap lebih selama 3 jam atau lebih.
- Goreng dalam minyak yang banyak.
- Biarkan sejuk sekejap dan dipotong2.
- Serikan dengan hirisan timun, tomato dan salad.

* Air rebusan ayam jangan dibuang. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian campurkan dalam air rebusan tu. Boleh juga kalau nak tambah fish ball dalam kuah sup tu. Perasakan dengan garam.

Tuesday, December 02, 2008

Nasi Bubur


Hari ni tak berape sihat le...sakit kepala. So sangatlah malasnye nak masuk dapur. Rasa macam nak suruh hb belikan makanan sebelum balik dr opis tp tak tahu la pulak nak makan apa. Jadi tpaksa jugalah masuk dapur.
Hemp, beberapa minggu lepas menjenguk ke umah kak Zana nampak bubur nasi. Sedap sungguh nampaknya. Tadi nampaklah bubur nasi kat umah kak masz yg en hb nye buat. Terbangkit semula selera nak makan bubur nasi. Jadi cepat2lah masuk dapur sebelum rasa teringin tu ilang dan layan balik sakit kepala tu tadi.hehehe dan inilah hasilnye.
Lauknye tu telur asin dengan udang kering yang digoreng tanpa minyak.Saya blender kering dengan cili api.

Monday, December 01, 2008

Nasi Goreng Sosej


Semalam berjalan sakan. Sabtu petang pergi Sepang umah kakak kat Pantai Sepang Putra. Pagi Ahad dalam kul 10.45 pagi balik. Balik rumah, mandi2 dan siap2 terus keluar lagi. Kali ni pergi Bukit Beruntung pula. Jiran dekat rumah aku buat kenduri. Tapi dia kongsi buat kenduri dengan kakak dia dekat Bukit Beruntung tu.
Empp sepanjang perjalanan ke rumah kakak jiran aku ni...ada la aku snap beberapa keping gambar tentang rumah2 kat sini. Sebelum2 ni aku tgk kat dlm berita je. Kali ni tgk sendiri depan mata. ala... kesiannya. Ni semua TALAM punye hallah. Dengan rumah tak siap... terbengkalai dan terbiar. Same goes to mine... rumah aku yg aku beli kat Puchong tu pun projek TALAM gak. Ish, memang bertalam2 le! Dan rase nak lempar 'talam' ke muka mereka2 yg bertanggungjawab nih...
Nasib baiklah rumah yg aku beli tu, loan banknya freeze.Kalau tidak mmg masak lemak cili api nak membayo sedangkan umah yg dibayo tu tak dpt diduduki. Gambo umah2 kat Bukit Beruntung yang aku tangkap semalam tu, minggu depan aku tepek kat sini. Tungguuuu. Sebab aku nak tepek sekali dgn gambo umah aku. Semalam nak terus g tgk umah tu dah kepenatan. Mama, papa dan anak2 sume dah kepenatan. Sume tak sabo nak sampai umah and zzzzzzzzzz...

Ish jauhnye melilau cerite. Kesian nasi gorengku... hehehe
Hah, dsebabkan smalam tak masak, jadi malam semalam hb g beli sup ekor je. Tapi dibelinya nasi putih tu sampai 2 bungkus. Yang makannya 1 bungkus je sbb smalam aku teringin nak makan kuey teow ladna. Jadi inilah nasinye smalam. Hari ni da jadi nasi goreng. Bekfes kami anak banak. Hb mmg jarang makan pagi...dia minum je...

Friday, November 21, 2008

Nasi Ayam Chinesse Style


Sebenarnya hidangan nasi ayam yang aku buat ni ikut resipi "nasi ayam chinese style" yang di ambil resipinye dr mana tah...tak ingat dah. Tapi bila tadi masa nak buat aku main campak2 je.tgk kitab (buku himpunan resipi) sekali imbas je.pehtu memandai sendiri. Bahan-bahan mmg exactly ikut resipi.Cuma caranye saja tak ikut step sangat. Layanzzz je la k...

Ayam
1 ekor ayam (potong kecil)
sedikit kicap
minyak bijan
garam

Sambal
5 biji lada merah
1 bj bawang putih
sedikit cuka
gula & garam secukupnya

Nasi
Beras dibasuh da ditos
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
i inci halia - kisar
1 biji bawang putih - dikisar
marjerin untuk menumis

sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
tulang ayam (leher & kaki)
daun saderi, karot & bawang goreng

Cara - Ayam
Didihkan air rebusan ayam. Bahagi 2 untuk nasi & sup.
Perap ayam dengan kicap, minyak bijan dan garam - 1 jam.

Cara - Nasi
Tumis bawang besar dengan marjerin. Masuk bahan kisar. Bila dah naik bau, masukkan beras dan air rbusan ayam. Tambah air biasa secukupnya macam memasak nasi.
Titikkan beberapa titik minyak bijam dalam nasi bila nasi hampir masak.

Sunday, November 16, 2008

Nasi Goreng My Stail


Nasi goreng ni buat pagi semalam untuk sarapan. Kalau Pn Eda kite buat nasi goreng berapi dia warna merah, aku punye ni pun ala-ala nasi goreng berapi gak tp kaler putih je. Bahan2nya so simple. Bawang besar dihiris2 dan ikan bilis. Semestinyalah cili api yang ditumbuk. Kadang-kadang tu aku tambahkan kentang yang potong2 cube.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)