Followers

Showing posts with label Award Cyber. Show all posts
Showing posts with label Award Cyber. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak


Salam...

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Moga tahun ini dapat kita sama-sama menunaikan ibadat ini dengan penuh keberkatan dan sekaligus mendapat keredhaan dariNYA.

Di kesempatan ini juga, aku memohon ampun dan maaf dari sekalian kawan-kawan yang sudi menjenguk ke halaman cyber ku ini. Andai ada terkasar bahasa dalam penulisan, terlebih gurauan dan sebagainya. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dariku dan yang baik dariNYA... daku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan akan selalu berusaha menjadi manusia yang baik di mataNYA... amin.

Monday, May 10, 2010

Kad Cyber "Selamat Hari Ibu"


Salam semua di pagi Isnin yang indah...

Semoga belum terlambat dan terlewat sangat... ingin aku mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk semua yang bergelar ibu. Semoga kasih sayang kita kepada ibu kita terus mekar dan harum. Tidak kiralah sama ada ibu kita masih ada atau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa.

Bagi aku yang telah ketiadaan emak ni, memanglah terasa sikit. Tapi alhamdulillah, keterasaan itu terubat dengan adanya anak2 di sisi. Sungguhpun tiada hadiah daripada anak2, tapi ucapan mereka pun sudah cukup menyebakkan hati ini.

"Boy takde hadiah untuk mama... tapi hari ni Boy akan berperangai baik. Boy tak buat mama marah...itulah hadiah dari Boy untuk mama..." - Boy (anakanda sulong)

Huh, maunye tak baik...? Dari pagi sampai ke malam dok ngadap pc je kejenye. Main games!!!

Kad & bunga tanda ingatan daripada adik/rakan/kakak blogger tersayang, aku tepekkan di sini. Terima kasih tidak terhingga kerana mengingatiku...

Kad beriring doa...
Ros putih cantik mulus...
Thanks Azie...

Ros merah pemberian Mak Yong Ros.
Terima kasih Ros...

Juga ros merah pemberian Along Roz. Diterbangkan jauh dari Sarawak...
Terima kasih along...

:: Edit 11.5.2010 ::

Sejambak bunga pemberian Kak Azatie Sayang

Kad cantik pemberian Kak Inahar cumey...

Friday, April 30, 2010

Award daripada Kak Ayu S'pore


Salam...

Ucapan terima kasih kepada Kak Ayu untuk award yang diberi. Dalam malas dan membizi tak tentu hale pun ade orang yang sudi bagi award. Warghhh... sangat terharu! Sob, sob, sob...! Cis getik!!! Kahhhh!!!

Jom ajelah layan...

Thank and link the person that give you the award
- Sudah -

Pass this award to 10 bloggers you've recently discover
- wawa
- abbot
- nurindah
- nshafea
- kak su72
- chik mimi
- azatie sayang
- mama fami
- kak maz ilham dapur
- D (house of satay)

Contact said blogs and let them know they've won this award
- Kene ke? Biarlah dorang find out senirik. Yang penting aku memang ikhlas memberi kepada mereka... -

State 7 things about yourself
- malu2 kucen...
- suke persekitaran yang sunyi, sepi dan tenang
- suke berkhayal
- suke menjahit tapi takde mase...
- mengimpikan sebuah rumah berdinding cermin
- tengah diet le konon...
- tengah malas nak update blog

hahaha!!!

Monday, April 12, 2010

Demam award...

Salam...

Ingat artis2 aje ade terima award ke? kite yang berblogging dari rumah ni pun ado gak tau... heheheee!!!

Thanks setinggi gunung kepada Kak Sheila dan D atas pemberian award ni. Di sini ku tepekkan award yang diberi...

Aku tak tahu nak senaraikan name2 penerima award seterusnye untuk dipanjang2kan sebab aku tengok kat umah D pun, bukan main berderet dia punye list. Jadi untuk tidak buat orang yang same menerima award yang same, award ni aku berikan kepada sesiapa saje yang belum dapat. Ambil... jangan tidak-tidak yek...

Tuesday, April 06, 2010

Award dari Nenek



Salam...

Ucapan terima kasih kepada nenek kerana sudi memberikan award ini kepada aku... Nenek kate boleh pilih nak ambil tiara merah atau biru. Tapi aku dengan tamaknye ambil dua-dua sekali. Hahaha!!!

Nenek oo nenek... nenek tak kisah, kan???

Ingin aku panjang2kan kepada pengunjung blog aku yang tersayang. Walau tak tersebut name, korang jangan segan2 kopi & tepek kat blog korang erk... sebagaimana aku berbesar hati menerima award ini daripada nenek begitu jugalah aku berbesar hati kalau korang2 pun sudi terima award ni...

Sekian...

Thursday, April 01, 2010

Award Dr Kak Hanieliza


Salam...

Award 'TOP BLOGGER'... alahai top ke?? Idok le... biase aje... tapi tetap alhamdulillah dan berterima kasih kepada pemberi award ni, Kak Hanieliza.

Pagi2 bukak blog & jengah ke shoutmix, mmg terkejut tgk Kak Lieza tinggalkan msg kat situ. Selama ini aku hanyalah merupakan silent reader blognya. Tengok dalam list blogger pun, link aku tadek heheheee tak tersenarai. Bukan kecil hati tapi rendah diri. Namun aku maklum dengan kesibukkan Kak Lieza dengan bermacam agenda.

A :-Say thanks and link the person who gave you the award.
Thanks a lot, akak! Sangatlah saya menghargainya...

B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

hanamemories - Hana
kurniaan mu - Ijah
sinar kehidupan - Kak Yatie
easybakes - Kak Yat Maria
azatiesayang - Kak Atie
secubit garam - Kak Nor
homekreation - AlongRoz
curlybabe's satisfaction - Kak Ayu S'pore
my small kitchen - Kak Zila
mamakitchen - Cik Manggis


Kepada yang nama2nya tersenarai di atas, silelah copy & pastekan then n3kan award ni di blog kome yerk... kalo kome dah dapat award ni sblm ni, terpulanglah nak amik lagi ke idak... atau adit aje le kat award yg sedia ade tu, kite pun ade bg award ni kat kome... kalo tadek mase nak edit pun tapele....

Sunday, March 21, 2010

Award Dari Che Kuna


Salam...

Terima kasih kepada yang sudi bagi award ni... Chekuna. Rase macam lame dah tak dapat award, heheheee...

Sebelum benar2 menerima award daripada Chekuna ni, ade syarat2 yang disertakan dan perlulah dipatuhi. Barulah betul, kan... jom tengok...

1. Thank & link the person that gave you the award.
>> Dah, dah... kat atas tu...

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recentlydiscovered and think are fantastic.
>> hana@hanamemories, aizahkaman@aizahkaman, CI@manzlie-makkah, Ros@jintanmanis, cmg@tiffinbiru, ijah@kurniaanmu, kak gerau@mamapanda, kak ina KL@tertunailahhasratdihati, kak rinnchan@rinnchan, kak vimmy@vimmiyasmin2u, nina@sweetlillikitchen, cik min@cikmin, alongroz@homekreation-kitchen corner, kak ummi@ummizaihadi-homesweethome, kak zila@hazila.....

yang takde dalam senarai di atas tu bukanlah tak fantastik yek...fantastik jugek... tapi yg di atas ni sekadar menyenaraikan 15 name je...

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
Tengoklah kalau ada masa... pada yang datang menjengah ke sini, kalau perasan ada name & blog anda tersenarai...janganlah segan silu bawak balik sekali yek... walau aku tak tak p tegoq kat blog korang...

4. State 7 things about yourself.
>> seorang isteri, seorang mama kpd 3 anakanda yg terlebih gula (aktif uuuu!), suka masak, suker blogging, mengambil tempahan aneka kek, biskut, muffin & kuih-muih, nak kurus tapi tak berdisiplin.

Arghhhh... done!

Tuesday, September 22, 2009

Himpunan Kad Raya Lagi...



a






Salam...

Alhamdulillah... aku telah selamat pulang ke kampung halaman suami dan selamat juga kembali ke rumah...

Balik2 terus kemas2 rumah. Sebab hari Jumaat (18/9/2009) haritu balik kampung, rumah memang terbungkang kapal pecah. Bersepah tahap entah hape2lah... hiks!

Iyelah... haritu dah sibuk dengan tempahan. Selesai je hantar semua tempahan kek lapis, kek coklat (akan diupdate gambar2nye nanti yek...) balik rumah kemas kain baju pulak sementara hb pergi solat Jumaat... elok2 je hb habis solat, terus angkut beg masuk kereta dan berangkat ke kampung. Manelah sempat nak mengemas rumah. Mujurlah hb ku cayang ringan tulang... beliaulah yang banyak membantu. Terima kasih abang cayang!!! Lap u! Malam ni i kasik upah yek. heheheee... upssss 18sx tuh!

Okey... layan je la himpunan kad raya kes terlewat kutip dan terlewat kirim ni...

Terima kasih buat semua...! Sesape yang belum mengutip kad raya dari daku silekanlah ye... walaupun daku tak menitipkan pesan di blog kalian tapi amatlah besar hati ini kalau kalian dengan ringan tulang mengambilnya dan tepek di blog kalian...

~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ~

Sunday, September 20, 2009

Kad Raya Dariku...


Salam...

Sudi2kanlah ambil kad raya dari aku ini ya. Ditujukan kepada SEMUA pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.

Di kesempatan ini, aku mohon ampun dan maaf sekiranya dalam sedar mahupun tidak, secara langsung mahupun terselindung, ada kata-kata yang telah menyinggung perasaan teman2. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga di kesempatan ini daku memaafkan apa saja yang kalian lakukan kepada aku walau terkata di dalam hati. Sama2lah kita saling memaafkan di hari dan bulan yang mulia ini...

Semoga hidup kita diberkati Ilahi hendaknya...

Buat yang telah 'pergi', sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan soleh.

Amin...

Thursday, September 17, 2009

Himpunan Kad Raya...

Salam...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...

Di himpunkan kad cyber daripada teman2 di sini... Terima kasih atas ingatan... Semoga persahabatan terus terjalin ke alam realiti...

Insya Allah...


Dah ambil kad dari saya? Kalau belum, sila-silakanlah ye...
:D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)