Followers

Showing posts with label My Toy. Show all posts
Showing posts with label My Toy. Show all posts

Thursday, June 09, 2016

Cooling Rack - Toy Baru


Assalamualaikum... Ramadhan hari ke 4. Alhamdulillah, in sha Allah, hingga ke penghujung hari untuk hari ni.

Salam sejahtera :)

Ni la ada nak kongsi. Nak buat kenangan juga untuk diri sendiri. Dekat2 nak raya ni memang tray akan bersepah2... atas kerusi, atas meja. Habis sampai ke atas meja kerja encik suami pun susun tray. Bila dia balik kerja n buat kerja dia, meja dah tersusuk tray... memang kena sound lah setepek. Maka tersipu2lah I mengalihkan tray2 itu. Kihkihkihhh

Masalahnya dengan tray oven soner ni. dia tak bertebing, Jadi tak boleh nak susun bertingkek-tingkek. Kena letak merata. Huhuu

Makanya berusahalah menempah cooling rack ni. Tempah kat kedai besi je uolls... Harga lebih murahlah berbanding yang dijual di kedai bakeri dan kedai peralatan tu sume. N ofcozla kualiti besi berbeza. Ni guna besi, bukan stainless steel. Tapi okla kan... asal ada jasanya untuk aku, alhamdulillah dah!

Harga rm180
10 tingkat.
gab 4inc setiap tingkat.
Minta letak roda, senang nak alih2 kotla nak dialih2kan.

Hah, gambar bawah ni hakak velanja sekeping gambo tray dengan isiannya. Dalam tu Double Choc Cookies nama dia. Menunggu untuk di bako. Ni antara biskut jualan hakak diknon. RM25/45pcs. Promotelah sekali, alang2kan... sorry, tak boleh pos. Kot ada yg berkenan nak ngoder, boleh wasap hakak 017 3113 226. Sekitar Puchong dan berdekatannya. Yang boleh ambil sendiri atau jumpa di meet point, kotla hakak ade nak g kawasan berdekatan korang...

okbaiiii!


Sunday, August 02, 2015

Ajal...?

Ello...

#menangis 

Kalau nak diikutkan ini bukanlah kali pertama jatuh. Dah berkali-kali. Tak terkira. Dah lali sangat. Tapi dalam dah lali tu bila dia jatuh, rasa berdetak jugaklah jantung ni. So, untuk jatuh yang sekali ni, seperti sebelum2nya lah... hahhhhh bagai nak gugurlah jantung. Selak2 cover, makin rasa nak gugur jantung tengokkan... RETAK!!!

Mujurlah agaknya ade screen protector. Taklah dia berderai. Dan mujurlah masih boleh bersiaran. Jadinya masihlah menggunakan hand phone ni. Ura2 untuk beli hand phone baru tu memang ada. Tapi nanti2lah dulu. Kita tunggu sampai dia betul2 dah gelap barulah cari lain. 
#setiakateko

Dekat 3 tahun guna hand phone ni. 90% beli hand phone ni hasil jualan Durian Crepe. Masa tu baru2 launch Note II kalau tak silap. Banyak jasanya ni. Sangat berbakti pada aku yang menjalankan perniagaan online. Tangkap gambo terus share FB. Gambo selfie, gambo anak beranak, gambo kek, gambo kuih-muih. Semua2lah....

Teruskanlah berbakti hingga ke penghujungnya ye....

Wassalam :)

Thursday, July 30, 2015

FALCON - Pasta & Cookies Maker

Ello... Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, DIA mendengar doa hambaNYA. Dapat lagi rembat gadget baru yang menjadi idaman kalbu.


Hari Khamis kelmarin (23.7.2015)... sebaik ambil anak2 balik dari sekolah, Mierza pun dah masuk kelas (sekolah sessi petang), terus merempit dari Cyberjaya ke Keramat Mall. Sy memang dah usha mesin ni. Dok perati je kat fb kepenggunaannya. Tengok video, baca pengalaman mereka2 yang dah menggunakannya, memang buat teruja sangat. Rasa tak sabar nak rembat juga sebiji.

Sy berharap dengan adanya mesin ni, kerja sy akan jd lebih cepat. Produksi sy akan lebih lancar. Kuantiti bertambah dan pelbagai. Insya Allah... segalanya bermula dengan diri sendiri juga sebenarnya, kan... Kalau ada mesin tp asyik melayan malas dan penat saja pun tak jadi apa :p

Puas jugalah rasa hati ni... beli Falcon ni dengan duit hasil menjual cookies raya haritu. Nampak jugalah hasilnya. Berbaloi2. Terima kasih kepada yang sudi membeli dengan sy kelmarin. Tahun ni sy tak uar2kan di blog ini dan blog on9 booth. Beriklan di fb saja. Memang agak terasa slow juga penjualan cookies tahun ni. Tapi sy percaya, mungkin setakat itu saja rezeki sy untuk tahun ini. Syukur selalu :)

 

Saya bersama Kak Enon - dealer Falcon. 
Sesiapa berhajat nak memiliki mesin ni boleh hubungi Kak Enon di talian: 017 675 1909.
Harga: rm1,060. 
Boleh datang ambil, boleh pos juga. Ada caj.
Utk demo caj rm50. Tapi masa sy pergi, ada offer FREE demo sbb masih dlm mood raya. 
Alhamdulillah!
Terima kasih Kak Enon. Tak jemu2 beri tunjuk ajar dan tips utk mempercepatkan kerja-kerja menggentel. Insya Allah akan sy praktikkan. 

 


Tengokkan gambar2 di atas dan bawah, bukan hanya sy yang teruja, tapi anak2 juga. Masing-masing sibuk nak letak tangan bermain dengan doh. Sabar ajelah Kak Enon melayan hihiii


Friday, March 06, 2015

Trio Steamer - toys baru lagi!


Ok, tengok gambar pun terliur. Kalau namanya coklat, sy memang jarang-jarang sekali menolak. Tak banyak, sikit pun mesti nak merasa. 

Trio Steamer ni sy beli melalui Chef Asma - pakar kuih2 talam. Sya masih belum diberikan kesempatan untuk menuntut ilmu dengan beliau. Insya Allah dengan izin Nya, suatu hari nanti. 

Masa beli sy rembat sekali 2 biji. Amboi, bukan main tamak. Kengkonon macam nak tangkap projek besar. Dan pada masa tu ada duit lebih sikit. Jadi tak rasa sangat keluarkan duit gitu2 aje. 

Harga masa beli tu RM190 sebiji. Ada 2 tingkat (tray). Fully guna eletrik. Seronok juga guna steamer ni sebabnya rumah tak panas dan berhaba. Cepat pun cepat. Jimat masa. Steamer ni pun bukan hanya boleh digunakan utk bakar kuih-muih dan kek tapi juga boleh steam ikan dan ayam. Ikut sukalah. Ada ditulis berapa2 minit bila kite nak steam ikan, kuih dan lain2.

Saya kukus pulut kuning pun dengan steamer ni juga. Jimat setengah jam. Pulut masak elok, tak belantah. Suka betul hati :) Siapa2 yang masih belum memilik segeralah p rembat seketoi. Menyenangkan kerja korang.

Promot ikhlas dr hati ni. Xde lambung2, kipas2 hahahaa



Wednesday, September 10, 2014

Soner Oven - Gadget baru!


Assalamualaikum n selamat sejahtera...
Setelah sekian lama menyepi, hari ni berblogging lagi.
Lebih aktif d fb. CTapi x tfikir nak berhenti blogging. Ada2 masa akan update juga sini.
Insya Allah :)

Ni nak kongsi dgn pengunjung blog.
Actually dan rembat oven ni lepas raya kelmarin. Barulah sekarang dapat peluang nak share.
Alhamdulillah, diizinkan olehNya, maka dapatlan apa yg dihajati.
Tahu pasal oven ni bila tengok sifoo K Hasnah Saidin guna. 
Biskut yg dibakar nampak cantik. Dan kata Kak Hasnah, boleh masukkan 4 layer sekali bakar dan tak perlu alih2kan loyang utk bagi biskut masak rata.

Beli kat Kedai Bakery Yummie, Bangi.
Rm2200. Sekali datang dengan 4 dulang. Saya beli another 10 loyang tambahan. 
Persediaan.... rm30 1 loyang.
Loyang dia tak sama mcm yg ada2 jual kat kedai bakery tu tau. Loyang ni memang khas utk oven ni.



Walaupun beli dah lepas raya, tetaplah juga merasa melepas daranya dengan bakar biskut raya.
Alhamdulillah, tempahan biskut tak terhenti walaupun lepas raya.

Rasanya oven ni tak sesuai nak bakar kek sbb dia xde pilihan utk hentikan kipas. 
Juga tiada pilihan nak api atas bawah.
Tengok kat gambar oven tu, cuma ada 2 knob. 1 knob utk timer membakar n 1 knob lg utk suhu oven.
Bila on je timer, kipas terus outomatik on. Jadi klu nak bakar kek tu tak sesuailah.
Selalu kalau bakar kek, tak guna kipas yg katanya akan menyebabkan tekstur kek menjadi kering.
Wallhualam, kalau silap minta maaf ye. Kongsikan sekadar yg tahu dengar cerita kawan2 baker je. 
Kesahihannya tak dapat dipastikan.



Ok... cukup dulu utk setakat ini.
Insya Allah jumpa utk next2 entry.

Wasalam.

Thursday, April 14, 2011

Berjaya Stand Mixer...


As salam & selamat sejahtera...
Salam pagi Khamis nan indah :D

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memurahkan rezeki. Dapatlah menambah 'keluarga baru' dalam rumahku yang berserba sederhana ini. Insya Allah, selepas ini, kerja2 membaking akan lebih laju dan mudah.

Hari Sabtu yang lalu, aku bersama en hubby ke kedai menjual pelbagai appliance begini di Puchong, Selangor. Kami ikut jalan belakang (dr Medan Maju Jaya) tembus ke Kesas Highway. Sebelum2 ni memang perasan ada signboard menghalan ke Kinrara. Dari kejauhan pun ada nampak tangki air kawasan perumahan tulis (Sunway Kinrara) tapi kami tak pernah lalu ke sana. Selalunya belok ke kanan dan turun Kesas Highway kalau hendak ke Puchong. Sabtu hari tu barulah mencuba jalan itu.

Ya Rabbi, punyelah terkejut. Rupa2nya, jalan tu terus tembus ke Jalan Puchong yang mana sampai ke penghujung jalannya yang ada trafik light, terus nampak kedai yang hendak dituju. Berbaloi sungguh cuba2 kami :D


Ok, berbalik pada stand mixer jenama Berjaya ni, aku beli dengan harga RM780. Dia buka dengan harga itu, dah itulah harga yang aku beli. Dalam bab tawar menawar, aku memang dungu. Sungguh! Kalau 2/3 x minta orang tu tak kasi, dan kalau aku memang dah berkehendak sangat, maka aku go on je.... kena pula, bajet sebenar adalah lebih dari harga yang ditawarkan. Memang laju aje aku ok. Hehehee.... Tak kuasa nak merayu2 dan buat muka kesian. Hah, itulah aku! Nak wat camno, kan??? Same goes dengan en hubby tu....

B4 (hujung tahun 2010) memang Berjaya ni ada buat Sale dan masa tu jugalah aku ada usha2 ke sana. Tapi masa tu stok untuk model ni takde. Dan masa tu harganya RM680 (klu tak silap) Salesgirl tu kate, boleh booking & letak deposit tapi dia tak sure bila barang ada. Tak naklah aku kalau camtu, kan....? Lainlah kalau dia bagi 1 date, barang sampai, bolehlah aku letak deposit. Ish3....

...aksesoris, yang hujung sekali bercangkuk tu, anak2 kate 'tangan lanun' Hahahaa...

Apa2 pun alhamdulillah, syukur kepada Dia kerana sekarang dah memiliki 1 barang yang insya Allah akan mempercepat & memudahkan kerja2 aku dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Setakat ni belum rasmi lagi. Mungkin hujung minggu ni rasmi a.k.a. 'pecahlah dara'nya. Hehehee...

Tempahan kecil2an aku guna stand mixer Cornell aku yg telah banyak berjasa tu. Ada 3 biji sekarang ni.... 2 dah rosak tapi masih under warranty lagi. Nanti2lah ada masa nak ke Pensonic kat Jalan 223 tu. Sebab masih under warranty, percuma aje Pensonic repair. Pernah juga sekali, mixer sebelum ni, motornya terbakar. Clerk Pensonic call aku, tanye camne... nak ganti motor atau tak nak repair. Kalau ganti motor, charge RM90. Uiks... kalau aku beli baru harga lebih kurang itu juga. So decided not to repairlah.... :(

Friday, January 28, 2011

Porch Egg.... suka-suka!


hamboiii suker beno.... berbentuk2 telo aku...
sebenonye bukan baru buat ni.... dah lame.... tp menunggukan masa senggang nak mengupcate blog ngalahkan menteri.... ekekekeee

and sebenonye dr lepas beli acuan ni bulan2 lepas, ni kali kedua buat. kali pertama aritu tak bape menjadi sbb guna telo kecek.... ni baru dapat telo beso sikit. baru le sebok2 nak enterprem dlm blog.... tu pun berabad gambo peram dlm folder... heheheeee

layan ajelah!

Saturday, January 01, 2011

Toys...


N3 permulaan tahun 2011...

Toys ni bukanlah aku beli masa cuti umum (menang bola). Beli dari minggu lepas lagi tapi baru nilah ada peluang nak n3kan di sini... Beli di Daiso, Sunway Pyramid masa p tgk wayang cerite Janin tu... 1 barang Rm5... Porch Egg tu dia pack dlm plastik. So 2 pcs tu RM5. Botol sos muncung/lubang 3 tu yang ada saiz kecil saja. Tak pastilah pulak ada saiz yang besar ke tidak. Hajat hati tu kalau ada saiz besar, nak rembat sekali. Tapi dah tengok kat rack tu takde. Dah tanya dengan pembantu kedai tu, dia kate takde. Tak taulah betui ka dak... macam tak percaye je... ekekekeee....

Puas hati... orang ada, aku pun nak gak... tapi orang dah buat 3/4 kali roti jala guna botol ni... aku??? Belum ada masa nak merasmi... hikhikhikkkk Bz tah hape2 tah!!!

Tuesday, August 17, 2010

Mencari "Tart Shell Press"

.::. gambar carian google .::.

Salam semua... puasa ke? Alhamdulillah aku pun belum tinggal puasa (setakat ini eheheee...).

Nak minta tolong dari kawan2 sekalian... kalau2 ada yang tahu di mana aku boleh dapatkan tool untuk buat tart shell ni. Harap dapatlah berkongsi info. Tak kira dari segi harga, kualiti dan sebagainya. Sangat2 aku menghargai komen2 kalian nnt.

Gambar di atas ni aku dapat dari carian google dan ianya di luar negara. Rasa2nya di Malaysia ini pun ada. Rasanyalah, hehehee... Tak perlulah sampai aku nak add to cart pulak, kan... jadinya aku ambil ajelah gambarnya dan jadikan rujukan di sini. Kalau sesape ade info mengenai peralatan ni, diharap dapatlah berkongsi info ye...

Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih...

Friday, August 14, 2009

New Toys...


Salam...

Selamat pagi... :D

Ni ha... nak kongsi dengan kawan bloggers toys baru kite. Hari Selasa lepas aku ke Bake With Yen, Puchong. Nak menghabiskan duit yang memang ade cipot nih... heheheee... Suke dan seronoknya membeli belah barang2 baking ni. Ha, lupe pulak nak snap gambo loyang bentuk 'love' saiz 9" yang aku beli bersama pada hari tu. Biler barang2 ni nak pecah dare belum tahu lagilah ye...
Yang ni pulak kisah hari Ahad lepas. Pergi beli barang dapur kat Mydin, USJ. Ada promosi minyak Daisy yang dutanya adalah Chef Liza. Sebenarnya aku bukanlah peminat setia beliau sampai nak beli minyak pun sebab Chef Liza jadi dutanya. Tapi sebab buku resipi ni ha... pehtu fikir2 bulan ni mungkin aku banyak nak pakai minyak jagung sebab nak buat kek, jadi aku ambillah. Eloklah tu... banyak pulak dapat yang percuma seperti dalam gambar kat atas tu ha... botol kecik tu dapat 3 botol sebenarnya tapi dah pakai 1 botol. Malaslah nak enterframe.

"Huh, selalu beli minyak rm12 lebih jek... bulan ni sampai rm20 lebih..." -suara sumbang yang pemiliknya amat aku sayang! hisk...

Sunday, August 02, 2009

New Toys...

Salam...

Sajo nak enterframe ni ha... barang baru yg aku baru grab kat Bake With Yen.

Loyang bulat tu saiz 9". Sekarang koleksi loyang bulat dah ade dari saiz 6-10". Yang ni loyang jenis lapik bawahnya boleh tarik keluar tu. Aku suka macam ni punya pattern. Senang nak keluarkan kek bila dah masak. Tapi cuma loyang bersaiz 7" dan 9" ni aje yg jenis gitu, yg dlm koleksi akulah. Heheee...

Fondant roller tu pulak mmg dah lame teringin nak beli tapi belum sampai seru. Alhamdulillah kelmarin dah sampailah tu serunya. Tu yang ambil juga walaupun agak terkejut tgkkan regenya. Barang2 baking ni mmg mahai2 belake, ye tak... lagi2 klu bajet kureng. Lagilah amat terasa akan kemahalannya...

Ribbon tu saje beli. Mane tau akan berguna kemudian hari...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)