Followers

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Pak Choy Oyster Sos


Salam pagi Selasa....

Dalam banyak2 sayur, inilah sayur paling feveret dalam rumah ni selain taugey. Nak masak pun senang aje kalau cara dan gaya aku. Aku start mula mengenali dan makan sayur ni bila dah berkenal2 dengan en hubby dulu. Sebelumnya tak pernah makan rasanya. Hehehee...

Ikut cara aku, sayur ni tak payah masak pun. Rendam saja dengan air panas. Kuahnya pula dengan oyster sos campur dengan bawang putih diracik2 kecil, digoreng terlebih dulu. Kepekatan kuah bergantung pada selera sendiri. Kalau nak cair2, boleh tambah air. Aku suka yg sedang2 saja.... tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Lepas tu terpulanglah pada stok apa yang ada, taburkan ikan bilis di atasnya. Nak tabur tabur goreng pun boleh. Nak tabur udang atau sotong goreng jugak boleh. Ikutlah kreativiti dan selera sendiri.

Sonang yo, kan...?

Tuesday, July 05, 2011

Pecal


As salam semua...

1 hari dalam minggu lepas, tekak ni terasa2 benar nak makan pecal. Terus g kedai cari apa2 yang patut. Dapatlah kacang panjang, timun, tauhu dan taugey. Cukup dah tu... banyak sangat bahannya pun tak guna... yang makan aku dengan en hubby je. Anak2 kurenglah. Kalau pun dorang makan, tauhu goreng dan timun aje...

Kuah pecal memang sentiasa ada je dalam peti ais. Bekalan dari kakak aku (Mak Ina) yang tinggal di Bagan Dato'. Tinggal tuangkan dengan air panas aje dan tunggu sampai kacang tu kembang. Then bolehlah tuang atas bahan sayur pecal.

Nyummmm!

Thursday, May 21, 2009

Labu Air Masak Bening


Masak bening-bening ni memang feveret en hubby tuh. Jadinye kalau buat ni memanglah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sonang plak tuh nak buat. Sume bahan potong2 then cempak jek dalam piuk.

Ni 1st time masak labu air. Sebelum ni tak pernah beli pun labu air. Labu air ni pun bukannye aku beli. Tapi dapat free mase beli ikan kat Pasar Ikan Zul (kedai jual ikan, sayur & barangan runcit) dekat ngan umah aku ni. Kedai Pasar Ikan Zul ni agak popular kat kawasan sekitar tempat tinggal aku ni. Kalau beli lauk2, dia mesti sedekah apa2. Sambil bersedekah sambil menarik hati pelangganlah gitu. Kengkadang dia bagi petola, daun sup, daun bawang dan lain2 sayur lain masa kite bayar barang2 yg kite beli. Sebelum ni aku memang jarang2 sangat beli kat sini. Seminggu dua ni jek aku merajinkan diri sebab sejak aku bercampur gaul dengan kaum wanita kat sini depa dok cakap kedai tu memang murah berbanding kedai2 biase kat kawasan ni.

Tuesday, April 28, 2009

Pak Choy Berkuah Oyster Sos


Resepi simple ni memang feveret hb. Even aku belajo buat ni dolu-dolu pun dia yang ajar. Hehehe thanks abang. So resepi ni memang macam ada 'kemistri' antara aku dan hb. Kalau makan dan masak macam teringat-ingat zaman bercinta dulu, hahaha!!!

Nak menyediakan tersangatlah mudahnya. Bahan pun tak seksa nak mengadakan. Cuma gunakan bawang putih yang dipotong dadu kecil. Tumis dengan minyak sikit hingga agak layu pehtu tuang sos tiram. Goreng sekejap. Aku tak suka tambah garam dan serbuk perasa sebab suka dengan rasa original oyster sos tu sendiri. Sementara buat kuahnye, rendam sayur pak choy tu dengan air panas hingga layu. Pehtu susun sayur dalam pinggan dan tuangkan sos tiram kat atasnya. Bahagian atas sos tu terpulanglah nak taburkan ikan bilis goreng atau apa saja yang korang berkenan. Kalau tak de pun tak pe...

Tuesday, January 20, 2009

Potato Wedges


Sejak dua menjak ni intenet mmg menyakitkan hati. Geram betul!!! Kalau malam usah le nak on9...dapat connnect sekejap tapi lepas tu padam. Lepas tu nak connect balik dah tak dapat. Cuba berkali2 tapi still tak boleh connect. Memang menduga iman sungguh...

Dan disebabkan itu, n3 aku ni terpaksa delay. Crispy Potato Wedges ni aku buat semalam tapi tak malam semalam tak boleh masuk sebab tenet yg meroyan tu... Resepi dari Noorsha @ MyR. Ni kali kedua buat dan buat kali ni lebih puas hati berbanding yang pertama dulu.

Wednesday, November 26, 2008

Crispy Potato Wedges


Layan sajalah ye. Malas nak menaip, malas nak celoteh sebab mataku mengantuk. Semalam tido kul 3 lebih mengadap laptop menyiapkan keje...
Amik resipi kat MyR dari Noorsha

Bahan-bahan
2 bj kentang - potong berbaji
2 s/t serbuk lada hitam
1 s/t serbuk cili
1 bj putih telur - dikocok-kocok ewah!!
Tepung gandum secukupnya untuk disalut
Garam secukup rasa

Cara-cara
Kentang dibersihkan dengan air suam. Kulit tak perlu dibuang.
Rebus kentang dengan garam hingga empuk. Angkat dan toskan.
Biarkan suam.
Satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili dalam plastik. Masukkan kentang dan goncangkan sebati.
Masuk kentang dalam putih telur dan golekkan dalam tepung gandum.
Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidang panas2 bersama sos thousand island dan mayonis.

Monday, November 03, 2008

Ubi Kentang goreng Berlada

Yang ni resipi sendiri. Main campak-campak je ni. Tapi sodap gak sebab pedas. Memang selalu juga buat goreng berlada ni. Tak tentu... tgk bahan dan tahap kerajinan. Kadang-kadang campur ikan bilis goreng. Kadang-kadang campur, petai, jering dan macam-macam lagi. Asal boleh masuk ke tekak aku main belasah je. Lagipun kene dengan tekak en somi yang kadang-kadang amatlah cerewet tentang makanan yang dihidangkan. Kene hari dia tak cerewet, goreng ikan bilis ngan bawang pun dia puji sedap. Hehehe...

Bahan-bahan
Ubi kentang - digoreng
Cili api
Bawang merah (kecil)
Bawang putih
Garam & gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Cili api, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing. Masukkan kentang. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sikit air untuk nampak dia basah. Taklah kering sangat... Tutup api dan siap untuk dimakan.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)