Followers

Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Iftar 23 - Air Limau Kasturi & Asam Boi



Tengah2 puasa ni, kalau dapat berbuka dengan air yang masam2 dan sejuk, memang heaven. Terpulang pada tekak masing2lah, kan... Ada yang suka berbuka dengan air panas dan ada yang suka berbuka dengan air sejuk. Untuk kite, boleh aje layan dua-dua pun. Kalau ada, kite telan. Kalau takde, kite telan je ape2 air yang ade hihihiii

Ada setengah orang kata, kalau berbuka dengan air sejuk, esoknya kalau berpuasa tekak rasa perit dan kering. Tapi kite, alhamdulillah... tak pula mengalami keadaan tu. Atau mungkin belum lagi ke... entahlah.

Takyah celoteh panjang lebar. Jom kite tengok resipi yang simple dimple ni... kite ni kalau yang simple dimple ni mmg suke beno. Tak suke yang banyak2 hal... pemalas le katekan hihihiii Bahan2 yang dinyatakan di bawah ni untuk sukatan 1 jug ye. Kalau nak buat sikit2, pepandailah kawan2 nak adjust.



Bahan2

600ml
8 biji asam boi putih - direbus seketika dengan sedikit air
10bj limau kasturi - dibelah dua dan dibuang bijinya
6sb gula pasir - dibancuh dgn sedikit air panas (utk dijadikan air gula)
Ais ketul secukupnya

Cara2

Dalam jug - masukkan asam boi dan air rebusannya. Picit limau kasturi untuk mendapatkan jusnya. Untuk nampak cantik sikit, bolehlah letak sebahagian kulit limau kasturi tu. Kite letak 3/4 keping je sbb takut nnt airnya jadi pahit. Tuang pula air gula dan kacaukan sebati. Masukkan air ketul. Hidangkan ketika sejuk dan dingin.

Selamat mencuba :D

Monday, April 19, 2010

Honey Lemon

Salam...

Selamat petang semua... kat Puchong arini panas bebeno... jom layan minuman sempoi ni... terinspirasi dari cafe Old Town White Coffea kesukaan anakanda2 ambe tu... kalau cakap nak p bf kat OTWC... bukan main melompat deme2 tu... plus, my hb pun klu p OTWC, mesti order air ni... sekarang biniknya dah boleh wat senirik kat umah... minumlah puas2 ye abang...


Sonang je buat air. Cuma perlukan madu dan lemon aje. Selain tu air gulalah, kan... kalau tak, ape rasenye...? Try le kome...

Friday, March 12, 2010

Watermelon Smoothies

Salam tengahari...

Musim2 panas sekarang ni, sane sini sinun orang tayang air. Sume yang sejuk2 belake. Yang bisa menyegarkan tekak sampai ke isi perut. Hehehee....

Hasil skodeng ke rumah Cik Mat Gebu, bawaklah balik resipi ni. Nak pintak secawan kat CM belum tentu dapat. Bukan dekat weih... kalau dekat, aku buat muke sekupang lime duit jek serbu umah dia tumpang minum. Bukan minum aje aku rase, siap bersila makan rojak petisnya yang menggiurkan itu... kwang3x!!!


Tak ape CM, tak dapek tak po...den buatlah sendiri. Nak mintak izin plak kopipes resipi ni kat umah maya den ni yo...

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g isi tembikai merah
2 - 3 camca besar gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak
3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!)
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
Ais kiub secukupnya (tambahan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan 3 - 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak....

Wednesday, March 10, 2010

Orange Lassi


Salam...

Ngences tengok kat blog Ijah aritu... kemarin p beli belah, capailah sebungkus limau sunkist. Dalam kepala memang dah nampak resipi lassi yang asalnye dari blog Love.

Jom layan orange lassi di panas2 hari sekarang ni....



  • 3 Mandarin Oranges ~ peeled and unseeded - aku pakai 2 biji aje...
  • 1/2 cup of yogurt
  • 2 tbsp sugar - boleh adjust ikut tekak jadi aku letak 1 sb aje...
  • ice cubes
  • add some cinnamon powder (adding this becomes Lassi)
Thanks kepada Love & Ijah & juga pada sesiapa yang berkenaan. Sangat menghargai kerana sudi berkongsi resipi.


Friday, September 11, 2009

Bandung Cincau


Salam...

Apalagi...request dari suami terchenta lagi. Sebenarnya dah 2 hari hb minta, tapi barulah semalam isterinya menunaikan hasrat tekak hb tu. Ampunkan daku, cayang... bukan sengaja tapi tak sengaja. Anak cuti sekolah... barang nak masak pun ada dalam peti es dan gobok. Jadi bininya tak keluar le ke kedai/pasar. Jadinya tak le beli cincau.

Semalam lepas amik baby balik dari sekolah terus ke kedai. Itupun sebab ingat nak tanye kat kedai runcit tu kalau2 depa ada botol plastik gula2 tu. Alaaa bukan nak minta. Nak beli...selalu depe jual sebotol RM0.50. Nak buat letak kuih raye leeee... pelagi...??? heheheee Tapi takdelah!!! Ish...

Monday, September 07, 2009

Air Tembikai


Salam...

Air tembikai request dari suami terchenta. Nak beli dah siap terasa rugi katanya. Lebih banyak terasa air biasa dari rasa tembikai. Jadi hb beli tembikai dah siap potong harga RM3.60. Separuh darinya buat air jus tembikai dan separuh lagi potong2 buat makan semasa berbuka.

Puas hati...

Wednesday, July 01, 2009

Tembikai Laici


Jemput minum... heheheeee

Dah abis dah ni... buat semalam. Lepas je tidurkan Baby dan Mierza, aku terus masuk dapur. Tekak terasa dahaga sangat. Nak minum air suam jek rase tak puas. Lagipun aku ni macam kene sumpah ngan air suam tu. Minum hanya bila betul2 tak ada apa-apa yang nak diminum. Pendek kata bile terdesak saje dan tersedak, hahahaaaa!!!

Sesape yg teringin dan terngences tu silelah buat sendiri yek... resepi korang belek2lah under tag minuman kat labels tu ha... kalau tak pun g lah kat MyR. Carilah resepinya kat situ dari tokey roti Onigiri aka si Ros.

psttt... Ros, akak tambah 2 sudu beso yogurt asli. Ampun yek...

Wednesday, June 24, 2009

Teh 'o' Ais Limau


Salam... :D

Jom layan... tengahri rembang ni kalau dapat minum dan menikmati air yang sewaktu2 dengannya, alangkah syioknye kan...?

Saturday, June 20, 2009

Strawberi Choc Shake

Jom kite basahkan tekak dengan minuman ini. Tengahari rembang kalau dapat minum minuman camni memang heaven. Sekali buat dapat 2 gelas tapi 2 gelas tu minum sorang pun tak cukup rasanya.
Huhuhuuu...
kalau tak caya korang coba...

Bahan-bahan
5-6 biji strawberi

2 sb yogurt strawberi/plain pun boleh jugak
1 gelas susu full cream/low cream pun boleh jugak

2 sb gula (ikut tekak ye... :D )

1/2 gelas ais ketul (ikut suka ye :D )

Coklat sirap Hershey's


Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali coklat sirap Hershey's ke dalam blender (kes nak menjahanamkan blender dgn air ketul tu, wakaka!). Blend hingga semua sebati. Tuang dalam gelas dan paipkan coklat sirap ke dalam gelas itu.
Enak dinikmati ketika dingin.

Selamat mencuba... :D

Tuesday, June 09, 2009

Melegakan tekak di kala panas membahang di luar sane... hiks!

Salam allz... pekabar semua? Harap2 semua sihat. Tapi diri sendiri ni yang tak berape nak sihat. Baru baik demam. Actually idak le kuat sangat demamnya tapi doktor kate kite ni stress. Period pun tak keluar lagi. Dah lewat 8 hari dah ni. Dah dua kali buat UPT tapi negatif. Negatif okeyyyy! So doktor bagi pil pelancar haid tapi nampaknye belum ade tanda2 nak turun darah pun. Bagi masa lagi 2/3 hari then nanti nak kene p spital buat pemeriksaan lanjut le...

Huhuhuuuu biler nampak tanda negatif tu lega tak tahu nak cakap. Masa menunggu urine tu gerak dan petak kecil tu menunjukkan 'line' tu perghhhhhh punyelah berdebo. Macam tunggu keputusan anak pertama dulu tapi kali ni dalam situasi yang berbezalah. Hahaha!!! But now biler dah berlanjutan harinye tetap negatif but darah tak turun2 lain le pulak punye risau yang datang menyerang. Adeh... memacamlah!

Pasal emak... belum dibawa balik ke Perak lagi. Mak Ina belum balik lagi. Tapi esok Mak Ina nak bawa mak ke Duyong, Melaka. Ada dengar kabo dari salah seorang nurse pelatih kat Hospital Serdang yang sebelum ni neneknya berubat di sane kerana penyakit kencing manis, kesnya macam emak juga. Sekarang alhamdulillah, neneknya tu dah sihat. So, Mak Ina nak try bawa mak ke sana berubat. Aku... tak dapatlah ikut. Baru baik demam & hubby pun tak dapat cuti.

Okey... entahlah biler sapat berblogging lagi. Tapi yang pastinya daku rindu banget same you allz!

Ups... demam2 pun sempat tadi ke bake with yen, puchong then ke Tesco. Hiks... beli tepung roti. Lame dah tak meroti & berpizza. Anakanda dah rindu2an dgn pizza mamanye. Bukan susah mane pun... BM kan ade!
Haha!!! Jangan mare ye mereka2 yg ndak ade BM tuh...Cepat2 gomol cik abe mintak belikan BM... :P

Kikikikkkkkk!!!

Friday, May 29, 2009

Baby & Mochacinno


Heheheee... beria-ia dia suruh mamanya tangkap gambo. Betui... tiada paksaan tau. Tapi tang dia senyum tu jenuh mama paksa suh senyum elok2 tapi gitu gak senyumnye. Suka sangat senyum gaya tu - kembang idung ko nak...!

Pada yang belum kenal, inilah anak kedua aku - Auni Batrisya Irdina berusia 6 tahun. Siapa yang pernah jumpe mudak pempuan ni macam mak2 ayam, Kak Ina KL, Kak CT Delima, Hana, Ayu dan lelain tahulah camne molotnye yang tak berape ade insuran ni. Hihihiiiii terlebih ramah. Mesra alam. Kalau tak, takkan dia leh elok berjalan berpimpinan tangan ngan Kak CT Delima kat Jusco mase jumpe Hana beberapa bulan lepas. Tu pertemuan pertama tuh. Ish3x anak mama nih...
Align CenterTekaknya ala2 tekak mamanye jugok. Dibuatnya macam menjilat eskem...
Sesape nak tengok resepi mudahnye buleh gebek label di sebelah under tag 'Minuman' k... sebelum ni dah berkali2 buat air nih...Sangat mudah dan sodap. Elok untuk menambah lelemak di tempat2 yang sewaktu dengannya. Hiks!

Wednesday, May 27, 2009

Air Tembikai Laici


Sejuk, nyaman jek tekak bila teguk air ni. Guna laici fresh. Semalam g pasar Zul nampak buah laici tu. Terus ambil. Tak fikir banyak. Sekilo RM4.20 tapi aku ambil tak sampai pun setengah kilo. Heheheee Jadilah... nak merasa je. Bukan makan beria pun...

Resepi dari Ros aka Onigiri di MyR. Terima kasih Ros...

Bahan-bahan ( menghasilkan 2 gelas jus )

  • Beberapa Potong Tembikai
  • 1 gelas air laici dalam tin
  • 8 biji buah laici
  • beberapa ketul air batu

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinya, kemudian blender bersama air laici tadi.
  2. Tuang jus didalam gelas dan campurkan buah laici dan beberapa ketul air batu. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Thursday, May 07, 2009

Strawberi Smoothie


Buat untuk minum tengahhari semalam. Balik dari hantar Boy ke sekolah. Kurangkan gulanya. Sedap, manis2 buah jek...

Resepi dari Kak Yatiezaini @ MyResepi. Tq Kak Yatie. Tapi saya buat macam buat mango smoothie aritu saja. Tak letak mangga dan susu pekat.


Tuesday, May 05, 2009

Mango Smoothie


Ampunnnn! Entah macam manalah mango cemuti ni leh tertinggal tak masuk n3. Buat dah lebih seminggu lepas. Sangat sedap le. Sekali buat tu dapat 2 gelas. 2/2 gelas tu aku yang meneguknye masuk perut. Si baby mase tu tgh merajuk nak suruh mama dia masakkan Baby. Hah, merajuk lame2 sikit.Sonang den!

Resepi dari mane eh... tak ingat lak. Tak pe nanti den edit balik. Heheheeee

Friday, April 10, 2009

Mochacino

Sudah jatuh cinta...
Kelmarin buat Milo shake
Hari ni buat Mochacino shake lak
Atasnye tu aku taburkan dengan milo
Ni aku minum tghari tadi
Minum saja... tak makan apa2...

Wednesday, April 08, 2009

Milo Shake


Diet ke macam ni?
Entah... pekene tengahhari tadi
lepas hantar boy dari sekolah
balik2 rumah ya rabbi punye dahaga
terus bancuh milo wif coffeamate
(no sugar) & spreeetttt
whipping krim kat atasnye.
Mak oiiii memang wallah!

Friday, February 27, 2009

Carrot Milk Shake


Lihatlah milk shake ku yg tak di'shake'... hehehe
Okey le tu eh... mak tak larat nak goyang2 inul kang dapo tu nyah...
kang ade yang dikejokan ke spital sebab alignment larik :D
badan masih sakit, kepala masih berat...
tapi hari ni okey sikit dari semalam la...
layan je la eh...

Bahan-bahan
1/2 batang lobak merah - dibelah
2 sb gula - ikut tekak
1/2 cwn susu rendah lemak
1/2 cwn air masak

Cara-cara
Tuang dan campurkan semua bahan dalam blender. Zretttttt hingga semua bahan hancur.
Tapis dalam cawan.
Kalau nak tambah ais ketul pun boleh gak.

pst, kalo ade fruit mixer cam Noorma tu,tak yah tapis kot.tadah je terus gulp! Hehehe
ampun ye Noorma, saje ngusik...

Wednesday, February 25, 2009

Coklat Panas


Semalam minum mochacinno. Hari ni minum coklat panas plak. Adeh... tekak aku nih! Emp layan je la... ado barang lehla...xdo barang ngange la eh... ehehehe...

Coklat panas my stail. Selalu aku pakai serbuk coklat Van Houten tu tapi disebabkan xdo stok dan memang dah lame pun tak beli, aku belasah je serbuk coklat yang utk baking tu. Bley gak... tapi kena kurangkan sikit sukatannya dari biasa. Sebab rasanya coklat utk baking ni lebih pure rasa coklatnya berbanding coklat yang dalam tin van houten tu...

Bahan-bahan (bergantung pada besar & tinggi gelas yg digunakan)
3/4 sb serbuk coklat
2 sb gula
2 sb coffeamate
Air panas

Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam gelas. Kacau sebati.
Optional - semburkan whipped krim kat atas sekali dan ditaburkan dengan serbuk kayu manis. Boleh juga disiramkan dengan syrup coklat, ditaburi coklat rice dan serbuk coklat. Ikut kreativiti korang lerrrr

Tuesday, February 24, 2009

Mochacinno


Ni gara-gara tengok kat rumah si Halen. Lepas tengok, terus masuk dapur. Kikikikkkkk....
Yang ni pun ada edit sikit. Halen pakai susu pekat manis dan susu cair untuk rase lemaknya. Aku cuma guna coffeamate saja...

Bahan-bahan (bergantung pada kebesaran & ketinggian gelas yg digunakan)
1 sb (rata) Nescafe
2 1/2 sb (bukit) Milo
2 sb (bukit) coffeamate
Air panas
Air sejuk
Whipped Krim
Sedikit serbuk kulit kayu manis
Ais ketul (ikut suka)

Cara-cara
Bancuh nescafe, milo dan coffeamate dengan air panas setengah gelas. Kacau sebatikan. Tambah air sejuk supaya suam atau boleh letak ais ketul.
Tarik sikit biar berbuih tapi tebal sangat buihnye tu.
Picitkan whipped krim di permukaan air.
Taburkan dengan serbuk kulit kayu manis di atas whipped krim.

Kalau p Pizza hut ke, Coffea Bean ke, Starbuck ke, entah berape hinggit dia orang cekik duit korang. Buat sendirik, minum sampai muak! :D

Tuesday, February 17, 2009

Milo Shake


Ni buat untuk minum tengahhari semalam. Resepi simple dalam otak sendiri je... Just milo, krimmer dan whipped cream. Wallah!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)