Followers

Showing posts with label holiday - Langkawi. Show all posts
Showing posts with label holiday - Langkawi. Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

Gunung Raya, Langkawi

Assalamualaikum...
Tergerak pulak hati nak kongsi2 kenangan, salah satu destinasi kami semasa holiday singkat ke Langkawi kelmarin - 11.5.2017 (Khamis) - 13.5.2017 (Sabtu). Holiday sekali menjenguk anakanda di sana. Aku pergi dengan Kak Reen je berdua. Baby dan EJ tinggal rumah dengan papa. Dorang pun bukan minat nau nak ngikut. Gitulah anak2 aku. Elok gaklah... takla besar bajet RM mama huhuuu

Kak Reen ni merupakan kawan FB aku. Dah lama jugalah friends di FB tapi mesra gitu2 je. Takdir DIA, anak2 kami dapat belajar di Kolej Vokasional Langkawi sama2. Cuma bidang pelajaran yang berbeza. Anak Kak Reen bidang Bakery sementara Boy bidang Pelancongan. Tapi anak Reen -Erham yang aku lebih senang panggil Adik, masuk intake pertama. Boy intake kedua.

Kami...

Di atas ni gambar dah sampai atas. Sebelah pintu masuk ke menara.
Bayaran rm10 untuk naik ke menara. Boleh nampak seluruh Langkawi dengan permandangan yang indah dan cantik. Tapi dapat tengok sekejap je sebab lepas tu dah diselimut kabus. 

Sayang juga tempat cantik macam ni tapi tiada pengunjung. Apa dan di mana agaknya silapnya ya. Spa yang dah rompong pintu bahagian bawahnya. Cafe yang sudah kosong tiada kerusi dan meja. Tapi pool nampak masih berjuga. Air bersih, biru dan dinding pun tidak berlumut. Agaknya staff buat mandi kot... tu yang elok baik keadaannya.




Percutian kali ini kami sewa sebuah kereta Bezza. Kereta baru, merah merelit! Alhamdulillah... dapat harga istimewa sebab kali kedua sewa kereta dan mungkin tuan kereta puas hati dengan displin aku memulangkan kereta dia pada kali pertama dulu. hahahaa!
Cuma sebab kali ni dapat kereta baru, staff dia minta rm50 sebagai deposit. Aku yang tak keluar duit lagi masa tu terpaksa bagi duit singgit2. Hambikkkk! Takpela, singgit pun duit jugak...

So, perjalanan naik ke atas Gunung Raya tu dalam 30 minit lebih jugakla. Naik Genting Highland pun aku tak pernah drive sendiri. Menuruni Cameron Highland pernahla drive, tu pun bawak kereta Cik Dib masa panjat Irau (klu tak silap). Alhamdulillah, ada sedikit kepakaran memandu kereta, jadi takla cuak. Tapi penuh hati-hati dan fokus dengan pemanduan.

Jalan 2 hala tapi kecil dan berselekoh tajam juga ada ketikanya. Jalan pun penuh daun2 kering. Sepanjang perjalanan naik atas tu, adalah berhenti untuk ambil gambar. Memang ada di sediakan ruang untuk parkir kereta. Dan sesekali selisih dengan abam2 motor berkuasa besar.

Habis hatilah Boy yang memang berhasrat besar nak mendapatkan sebiji nanti. Kena pula Kak Reen pun peminat motor besar. Memang ngamla 2 orang tu. Aku layan je la... Nak kata minat tu takla 100%. Nak kata tak suka pun tak juga.





Kasihannya tangga ini terbiar cantu. Berhajat jugakla aku nak turun bawah tu tengok apa yang ada. Tapi dah petang sangat dan kami pun agak rushing. Nak hantar Adik dan Boy balik asrama dan kami pula perlu bergegas ke airport mengejar flight pukul 6 petang. 

Masa berlegar2 kat bawah menara tu, nampak couple mat saleh berjalan kaki. Kak Reen meramah mesra bertanya. Katanya, mereka berjalan naik dr bawah ke menara tu. Ambil masa 2 jam lebih. Ok, couple tu buat aku pun menanam hajat satu hari nanti nak berjalan kaki je naik ke menara tu. Selalu hiking dalam hutan. Kalini lain sikit. Hiking atas jalan tar ke Menara Gunung Raya. In sha Allah!





Tak berapa lama berada di atas atas Menara, kawasan di selubungi kabus putih yang tebal jugak. Sejuk, nyaman... best! Tapinya tak nampak la view hahaaa! 

Lif terbukak je terus nampak pintu kaca yang bermangga macam dalam gambar kat atas. Jejambat tu aku rasa menghubungkan menara dengan bangunan hotel di sebelah sana. Sebab berkabus, tak nampak le dalam gambar ni. Kat atas tu ada teh herba. Boleh minum- percuma! Aku tak minum...

Apa-apa pun seronok juga dapat berkunjung ke sini. Tak sia2 juga memandu naik ke atas. Emp, terpulang jugaklah pada interest masing2 ye. Kalau korang memang jenis suka tengok permandangan, mmg bestla g sini. Actually, klu kata activity, memang takde sebarang aktivity pun kat sini. Semata-mata naik atas tu untuk bergambar dan tengok permandangan je.

Ok. Moga jumpa lagi di lain entry :D

Sunday, November 27, 2011

Langkawi - Day 2

U, As salam... Kite mengambil keputusan untuk teruskan meng n3 cuti2 Langkawi kami kelmarin walaupun nampaknye tidak dapat berkongsi gambar2 yang telah di abadikan semasa di sana. Coretan tanpa sekeping gambar ni  bagai nota percutian kami. Mungkin info2 yang bakal dicoretkan nanti bukan hanya boleh dijadikan panduan untuk diri sendiri tp juga untuk orang lain. Kebiasaan untuk kite, klu hendak bercuti ke satu2 tempat yang pertama kali pergi, kite mesti akan google. Cari2 ape yang menarik dan membaca pengalaman orang lain. Moga nota percutian ini juga akan menjadi panduan buat mereka yang memerlukan.


Hari kedua di Langkawi... Pukul 8.30 +- pg kami sudah keluar dari rumah. Anak saudara en hubby dan suaminya sudah berangkat ke tempat kerja. Pagi2 haruslah mencari breakfast dulu. Mierza tak sudah2 asyik sebut nak makan roti canai. Lazimnya untuk sarapan pagi, haruslah kepala ni fikirkan roti canai, nasi lemak, roti bakar dan seumpamanya. Kami menghala ke arah Pekan Kuah. Sebelum betul2 sampai di Pekan Kuah, kami berhenti di satu kedai makan tepi jalan. Seberang jalannya boleh nampak Akasia Motel dan di sebelahnya ada stesen minyak Petronas. Atas meja penuh dengan lauk pauk. Selalunyaklu penuh juadah lauk pauk, tentulah makan dengan nasi putih. Tapi terdetik dlm hati, takkanlah orang ni jual nasi campur awal2 pagi. Jadi kite dgn selambanya bertanya dan mek kelantan yang berniaga tu kate makan dengan nasi putih. "Di sini orang tak makan nasi lemak pagi2" owh alkisahnya.... Oklah, makan ajelah. Harganya taklah mahal bg kite - RM18++. Kenyang perut dan puas hati. Teringat pula breakfast kat airport Subang, makan mee dan bihun goreng sejuk dan 2 air, pun dengan harga yang sama. Huhuhuuuu....

Yang hendak dikongsikan, lepas dah makan dan bergerak masuk kereta, ketika berjalan untuk mencari jalan u-turn ke jalan sebelah sane menghala ke Pantai Cenang, 2/3 kedai kami jumpa kain rentang tulis -sarapan pagi roti canai, nasi lemak bla bla bla.... Mek ooo mek!!!


Tempat bersejarah - BERAS TERBAKAR

Berpandukan signboard yg merata2, kami sampai ke salah satu tempat bersejarah ni dengan mudah. Hakikatnye tiadalah yang menarik selain melihat beras yang sudah kelihatan kusam dan patah2 berwarna hitam dalam sebiji pinggan yang ada dipamerkan di situ. Malah orang ramai yang datang termasuklah kite, en hubby dan anak2 lebih teruja bergambar dengan sebuah rumah yang tampak begitu terserlah dengan keadaan rumah lama2 dulu/rumah kampung. Kalau kite tak terbaca papan tanda yang ada diletakkan di tingkat bawah rumah tu, haruslah kite menyangka, rumah itu pun adalah salah satu bahagian untuk dikunjungi


"DILARANG MASUK KECUALI AHLI KELUARGA" - lebih kuranglah ayatnya macam ni...


Mujur, tiada bayaran dikenakan. Di sepanjang jalan menuju ke tempat bersejarah tu ada banyaklah kedai yang jual barangan cenderamata, baju, kain batik dan macam2 lagi. Kite sempatlah shopping t-shirt bertulisan 'Langkawi' untuk anak2 dan diri sendiri (4 helai - RM18) dan sehelai kain batik jawa kaler pink berharga RM10. Teringin juga nak borong kain batik 4/5 helai lagi tapi teringat pulak kat kain batik yang kite beli masa cuti2 Sarawak kelmarin pun masih dalam plastik hahahahaa Jadi beli saja sehelai sebagai kenangan di tempat bersejarah Beras Terbakar.


Waterfall & Telaga Tujuh

Waterfall dan Telaga Tujuh ni satu tempat yang sama. Cuma sampai ke waterfall terlebih dahulu. Untuk ke telaga tujuh kena mendaki jalan tar selama lebih kurang 1/2 jam ke puncak. Terus terang, memang tak daya. Nak menyampaikan ke waterfall itu pun mencungap2 dibuatnya. Sudahnya kami ke waterfall saja. Nak menyampaikan ke waterfall itu pun, ya ampunnnn... Kalau masa muda belia dulu haruslah kuat semangat mendaki sampai ke telaga tujuh tu...


Mula-mula izinkan anak2 main-main air dan celup2 kaki saja. Tapi lepas tu, en hubby kesian pula tengok anak2 macam terkulat je rupernye. Sudahnya izinkan juga dia orang mandi. Disebabkan tak bawa baju persalinan, anak2 mandi pakai seluar dalam. Habislah masa kami lebih kurang 1 jam di waterfall tu...


Di kaki bukit tu, Boy dapat beli sehelai seluar pendek ala2 hawaii (RM10) kat kedai menjual cenderahati. Baby tak sudah2 dari masa datang dan ketika nak balik, asyik membeli air kotak milo. Dan Mierza pula tak sudah2nya "nak sweet..." janji dapat 2 biji, diamlah... En hubby dan kite??? Dapat beli selipar berharga RM5 setiap seorang. Memanjat dan menuruni bukit dgn kasut bertumit buat kaki lenguh sangat. Dan en hubby mmg terpaksa beli sbb

dgn tiba2 selipar yang disarungnya terputus.


Di kaki bukit tu juga, melalui salah satu kedai kat situ, kite beli tiket cable car. Tapi kat situ cuma jual tiket dewasa. Tiket kanak2 kena p kat kaunter di cable car sane untuk beli. Harga tiket RM15 seorang untuk dewasa dan RM10 seorang untuk kanak2. Mierza free. Mak cik yang jaga kedai tiket tu offer aku beli tiket untuk ke Underwater World. Katenya kalau beli tiket tu di kaunter, RM28. Tp klu beli dengan mak cik tu di situ, dia bg RM25. Tapi kite tak beli sebab takut masa tidak mengizinkan. Tak apalah mak cik, terima kasih ye...  


Carble Car

Dari Telaga Tujuh ke cable car, tak jauh sangat. Kiranya jalan tu kena berpatah balik. Sampai di kaunter, tiket yg aku sangkakan diberikan oleh mak cik tu bukanlah tiket tp dipanggil token. Kena tukar dulu token tu di kaunter tiket sekalian beli tiket untuk anak2. Untuk naik cable car tu, sebarang makanan tidak dibenarkan dibawa masuk. Mierza pula dah nampak kedai yang betul2 berada kat pintu melepasi token tu. Nak tak nak, en hubby kena juga belikan di something dan dia pilih snack Mr Potato yg dlm botol tu. Jam2 tu juga makan kasi habis.


Setiap 1 cable car mesti ada 5 orang. Kami anak beranak pun dah cukup 5 orang kalau diikutkan tapi klu belakang atau depan kami ada couple 2 orang, harus disumbatkan sekali. Mujurlah depan kami 1 family dan belakang kami pun 1 family. Dapatlah privacy naik 1 family kami2 saja :). Masa sebelum cable car tu nak tutup pintu ada seorang jurukamera yang dari mula aku tengok asyik snap gambar orang2 yang naik cable car tu dan termasuklah gambar kami sekeluarga. Yang ni kite akan ceritakan nanti ye....


Tidak dinafikan, memang agak gayat berada dalam cable car tu. Berayun2 je... Pandang sekeliling, pandang bawah... Sayup2 je.... Huishhh!!! Bile kat interchange tu terasa bergegar2 tu, wallah.... Terfikir macam2 masa tu. Tapi alhamdulillah selamat je perjalanan kami hingga ke atas. Kami tak berhenti di stesen pertama. Saja.... Nampak pun macam takde ape2... Tak taulah kalau ada apa-apa yang menarik pula. Terlupa pula nak tanye kat anak buah en hubby :) Semasa cable car tu bergerak terus naik ke atas, adalah nampak air terjun. Klu tak silap, itulah air terjun yang anak2 mandi tu agaknye. Dan nampak juga atap pondok. Mungkin puncak telaga tujuh tu. Actually kite memang ada snap gambar ni.... Tapi maaflah tak dapat nak show kat sini. :(


Sampai di puncak, hanya kite, Baby dan Boy yang berjalan ke hanging bridge. En hubby dan Mierza duduk di stesen. Ada disediakan kerusi kat situ walaupun agak terhad. Sebenarnya en hubby rasa fenen2 dan gayat masa dlm cable car tu. Dia takut klu ke hanging bridge tu akat menambah fenennye. So dia decide tak teruskan jalan2 lagi. Untuk ke hanging bridge tu, kena menuruni tangga berbatu sebalik pokok2. Lelah juga dibuatnya. Sampai kat hanging bridge, sesekali angin bertiup dgn kabus, rasa best sgt. Hilang lelah sekejap. Tapi tak dapat nak feel sgt dgn permandangan indah tu sebab ada sekumpulan tak taulah dr dlm atau luar negara, terjerit2 dan bergurau2 sesame mereka. Suke bebeno ropernye... Dah tangkap2 gambar, kami kembali naik ke tempat en hubby dan Mierza menunggu. Tengok2 Mierza dan zzzzzzz :D Baby dah kepenatan plus merajuk sbb x dpt pegang kamera. So hanya kite dan Boy naik ke pelantar kiri dan kanan berdekatan. Tapi masa tu, pelantar kiri ditutup sbb ada function apetah. Kami hanya ke pelantar kanan. Ada tersedia teropong kat situ. Tapi ada 3 orang pelancong arab tak sudah2 meneropong sampai tak berkesempatan kite nak guna. Akhirnya turun dengan kehampaan.


Perjalanan turun dengan cable car, kami berkongsi dengan couple mat salleh. Perjalanan turun tu terasa cepat sampainya. Tapi ada ketika, cable car tu terhenti dan cable car tu terhayun2 je. Wallah, gayat sungguh! Kate anak buah en hubby, klu cable car tu terhenti tiba2 maknanya angin kuat dan secara automatk memang cable car tu akan terhenti... Wallahualam.....


Sampai dibawah, kami disambut pekerja cable car dan menghulurkan sekeping gambar (diselitkan pada sekeping kertas permandangan bertulisan Langkawi Cable Car) kami yang ditangkap oleh jurugambar masa nak naik tadi. Gambar memang cantik. Terang dan jelas. Dan yang penting semua nampak begitu bersedia untuk bergambar termasuklah anak2. Saiz lebih kurang A4 paper (klu x silap). Tanya harga, RM35! Wow.... Klu kite saje, memang kite dah ambil tapi en hubby dah jeling. So faham2 aje.... 


* tak rugi ke print out semua gambar tapi kebanyakkan orang tak beli? Hempppppp....


Jam dahh pukul 3++. Perut pun dah lapar. Nak cari makan tengahari macam tak ye je.... Nampak signboard food court tp bila ke situ, makanan yang dijual tak memenuhi citarasa. Akhirnya kami beli jely kelapa 1 sorang dan makan jeli kelapa tu sekadar pelapik perut. Kena pula ketika panas2, sedap betul. RM1.20 je.... Sedangkan kite taget orang tu akan jual RM2 sebekas (yg mcm bekas dadih tu). Hehehee....


Lepas tu kami menghala ke Pekan Kuah. Jumpa KFC, singgah makan kat situ.


Shoping - Idaman Suri

Actually kami mencari jalan untuk ke Hj Ismail Group. Lepas makan KFC, sedang en hubby hisap rokok kat luar, dia ada bertanya dgn seseorang. Tapi bila pusing2, secara tak sengaja jumpa Idaman Suri pulak. Bolehlah..... Kat pintu masuk aje dah penuh orang. Bakul merata2. Ohoooo ini bukan tempat en hubby. Dia memang tak suka dgn sesak2 macam ni ditambah pula dengan karenah Mierza yang aktif semacam petang tu. Jadi dia bawa Mierza duduk di luar. Which is menyenangkan kite nak tengok2 barang. Klu tak, asyik kena jeling aje... Hahahaaa!! Tapi hakikatnya klu en hubby takde kat sebelah pun susah juga sbb kite akan ambik apa saja yang kite rasa berkenan. Dah beli baru fikir.... Maka itulah yang terjadi. Forget it!!!


Bersama Boy dan Baby, memborong coklat, dorang yang banyak buat pilihan. Bila dah ramai2, bersesak2 dan banyak sgt barang, kite pun jadi blur. Yang kite excited sgt bile nampak stand cake. Yang ada dulu dah pecah. Bila nampak mula2 masuk tadi, terus set dlm kepala - mmg nak beli stand cake tu walaupun sebenarnya kita tak suka ada bunga2 inggeris kat kelilingnya tu. Kite lebih prefer yg plain aje. Tapi ok ajelah.... Harga RM18.90. Tak pasti sama ada harga tu murah atau mahal atau berbaloi. Kita just beli untuk memilikinya. Bukan sebab harganya. Then kite beli grill pan. Owh harga tak ingat pula. Tapi yang nyata bukan jenama tefal but teflon. Hihiii!!!


Masa beratur nak bayar, nampak en hubby. Warghhhh muka sudah berubah habis. Marah le tu... Lama sangat menunggu. Dan seperti selalu, kite akan cuba sedaya mengelak dari bertentang mata dan buat2 tak tahu je hahaha... Klu kite ambil tahu seolah2 kita bagi peluang kat dia untuk meluahkan rasa hati dia. Ngeh3..... Buat masa tu, I tak sudi nak dengar luahan hati u, ampun!!!


Dataran Lang, Jetti Point

Masa kite google about Langkawi, ada banyak terbaca "klu sampai Langkawi tp tak bergambar kat burung helang ni, tak payahlah pergi." Inilah mercu tanda Langkawi. Samelah macam p Kuching kelmarin. Kalau tak bergambar kat patung Kuching tu, bagai x lengkaplah percutian.  Kat situ, Boy ada bergambar dengan ular sawa. Bukan free tapi kena bayar RM5. Merasa pegang dan dibelit ular sawa tu sekaligus bergambar. Berani sungguh anak jantan tu. Baby mahu tapi takut. Sentuh pun terjerit. Mierza pun sama. Menggigil2 dia. Tapi jauh2 asyik panggil2 abangnya. Hehehee kite...? Geli ooooooo


Ketika azan Maghrib berkumandang, kami melangkah kaki meninggalkan Dataran Lang. Terus balik ke rumah anak buah en hubby. Malam tu flat sgt. Fenattttt.


Berakhir aktiviti seharian di Langkawi hari ke 2. Insya Allah akan update lagi nota percutian kami di sana pada hari ke 3. Insya Allah... 


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 11, 2011

Holiday....


Tgk gambar kat atas ni pun dah boleh tau kami2 nak berholiday ke mane, kan... ye, ye, ye... kami2 nak berholiday ke Langkawi. Langkawi jew.... hihihii

Ketika n3 ni publish (auto-publish n3), kami2 dalam perjalanan ke Subang Airportlah gamaknya.
Flight pukul 10.50am dan dijangka tiba di Langkawi pukul 12.05pm. Insya Allah... Dengan penerbangan tambang murah Firefly.

Kali ni pergi 1 keluarga. Actually nak ganti balik yang sepatutnya pergi pada Ramadhan lepas. Yang Ramadhan lepas tu dengan Air Asia, burn gitu aje. Nak buek camno, kan... nak jalan2 bulan puasa, kalau pergi bujang, daya jugak. Tapi dengan anak2.... risau pula dorang terkulat2 berpuasa. Kesian.... Tambahan pula masa tu anak2 tengah exam prestasi. Walaupun bukan exam penggal, tapi markah masuk report kad jugak. Pelajaran harus diutamakan. Duit boleh cari, cuti2 boleh pospond, ye tak...?

Doakan perjalanan kami pergi dan balik dengan selamat ye, kawan2....

Moga jumpa lagi... insya Allah & Amin!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)