Followers

Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Thursday, March 05, 2015

Homemade Pizza

Ohohoooo

Makan malam kami pada hari itu... seperti biasa nak habiskan n3 yang tertunggak. Tak ingat tarikh dah ni bila buatnya. Yang pasti anak2 n encik suami suka. Hari2 makan nasi, sesekali layan tekak omputih.

Base pizza tu bukan sy buat sendiri. Sya beli dr kakak sy yang sulung. Kakak sy ni jual pizza di pasar2 malam sekitar Sepang dan kawasan2 berdekatannya. So sape2 yang nak makan pizza pasar malam boleh serbu gerai kakak sy ye hahahaaa. Promot adik-beradik, tak salahlah kan.
 Pizza Black Paper, Sardin n Cendawan

 Pizza Black Paper n Serunding Ayam


Pizza Udang Cendawan

Korang jangan cari kat mana2 pasar malam menu2 di atas ni sebab menu ni ada d rumah sy je. Guna pakai apa yg ada dalam gobok n peti ais saja :)

Wednesday, March 16, 2011

Pizza Sardin Segera...


Beberapa hari sudah...

Buat pizza untuk dinner. Dan keesokkan paginya repeat lagi buat untuk breakfast pulak.

Buat malam untuk dinner tu buat 2 pizza - sosej & chicken nugget dan sardin. Yang sardin tu memang aku buat prefer untuk mama & papa yang makan. Jadinya aku hiris halus2 cili api beberapa biji dan tabur di atas sardin sebelum diselimutkan dengan mozzarella cheese. Memang syiok bangat! Syiok sebab anak2 tak kacau... hish, teruk punye mama! Ekekekeee...

Semua pakat beli yang ready aje... cik BM dok diam2 je atas lemari tu... jangan sampai rosak dalam bersimpan, ya udah!


... sebelum 'kebakaran'...

Monday, October 25, 2010

Ayoh Makan Pizza....!


Salam semua....

Yok, yok, yok makan pizza! Crust ready made aje beli kat kedai baking. Sekalian beli barang baking untuk tempahan, selitlah beli crust & cheese tu. Anak2 pun dah lama tak makan pizza. Alahai kesian anak mama... bz hentah hape2 hentah...!

Saje nak selit cerita gak kat sini... cik BM aku yang didapati rosak awal tahun ni aritu, udah aku hantar ke Pensonic untuk repair. Orang Pensonic - Cik Ain pun ada call aku beritahu yang kos membaiki cik BM tu RM125. Tanye pendapat en suami, dia kate buat ajelah. Kalau nak beli lain kena spend RM400++. Aku jarang2 sangat gunakan cik BM tu. Lebih baik bayar RM125 daripada kena bayar RM400++. Hokey.....


Layan ajelah pizze ready made ni ye.... toping apo yang ado aje... hirisan sosej dan nenas. Untuk aku & en suami, tambah hirisan lada hijau. Hambekkkk.... capsicum tak ado, cili ijo pun jadik. Mujurlah cili api tak ado, kalau idak harus aku hiriskan sekali & tabur... kakakaka!!!!

Friday, October 30, 2009

Mini Pizza


Salam...

Tu la dia... dalam tak sihat gini pun dapat gak tempahan. Alhamdulillah... kata orang rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicarik. Dapat tempahan aku terima ajelah... Lagipun aku tak demam. Cuma batuk dan selesema.


Tempahan di terima daripada Nani, mama Fayyad - rakan sekelas Boy untuk sambutan Hari Kanak2 kat sekolah semalam. Thanks Nani...

Just a very simple pizza for a budget cost!


BUKA UNTUK TEMPAHAN

Sunday, February 22, 2009

Pizza


Hah, minggu ni dua kali buat pizza. Apa sudah jadi? Okey, yang pertama tu sebab request anakanda. Yang kedua ni pulak request dari Aisyah & Fatrah - anak2 buah aku (anak2 Mak Ina). Tak apalah... lagipun dia orang ni duduk jauh. Sesekali balik sini, mama turutkanlah kehendak tekak dia orang tu, kan...

Resipi doh untuk kesekian kalinya dari roti marble Ros aka Onigiri. Terima kasih le bebanyak ye Ros. Sangat berjasa resipi mu itew, yang...

Wednesday, February 18, 2009

Pizza Ulalaaa


Hehehe... kenapa dinamakan Pizza Ulalaaa? Entah... mase aku tengah nak taip untuk save pic tu aku terfikir dalam hati dan terus je la aku namakan pizza aku ni camtu. Kiut eh...
Pizza ni dibuat dari pagi tadi sebenarnya untuk bekal Boy g sekolah. Ah, budak tu kan kena paksa. Tapi rasanya tak ada istilah paksalah sebab pizza ni memang kesukaan dia dan dia tadi sangat xcited nak bawa bekal ke sekolah. Hari ni bawa dua bekal - cookies dan pizza. Duit? Sepuluh sen pun mama tak bagi. Itu pesanan dari papa... mama hanya menurut perintah.

Doh pizza ni adalah adunan roti marble oleh Onigiri @ MyR. Ampunlah k Ros... pepandai jek daku menyalahgunakan dohnya itu. Tapi aku rasa tuan punye resipi ni tak marah kot. Malah tentu dia makin suka sebab tahu resepinya dipelbagaikan.
Topping tu adalah hirisan sosej, kepingan nenas dan cendawan butang. Sos tu aku jus curahkan sos tomato Aminah Hassan. Tapi sebelum tu, untuk lapisan pertama di atas permukaan adunan doh tu aku sapukan minyak bunga matahari (mungkin minyak lain pun boleh, mungkin ye...). Hasilnya bila dah masak, roti tu akan lembap dan basah-basah.

Saturday, January 31, 2009

Pizza


Hari ni dalam pukul 3 nak hantar emak dan kak yong balik. Semalam masa kak yong telefon anak2 dia Shima dan Ezza, dia orang sedih je sebab kena tinggal rumah. Emp, mama ni pun memujuklah. Nak memujuk dia orang ni senang je... "esok mama buatkan pizza, ye..." ha, melompat dua2nye seronok. anak2 kak yong ni memang hantu roti. nasi2 ni kurang...
Kali ni toping pizza guna adunan roti sosej kat rumah leen. Emp...puas hati jugak. Lembut je... Thanks Leen sebab berkongsi resepi.

Bahan-bahan
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh)
1 gm bread improver (optional)-Leen tambah softener
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
60 gm marjerin
190 ml air

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min

Note
1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air.
2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.

Monday, January 19, 2009

Mini Pizza


Pagi semalam ada rajin sikit... pepagi dah menguli tepung nak buat pizza. Dohnya tu amik kat rumah Noreen UK dan ada edit sikit. Pizza ni bukan untuk makan sendiri2 je tapi bawak pergi rumah kakak aku kat Sepang. Anak2 buah (anak2 kak Yong) memang suka makan pizza. Habis dia orang je mengerjekan. Dan mama dia orang ni sangatlah puas hati kerana dapat menggembirakan anak2 buah yang aku sayangi itu.


Bahan-bahan
250g tepung roti
5g yis kering
Air suam secukupnya
3 sb minyak
1 sb lemak sayuran
1 sb madu
1/2 sk garam
Cheese

Cara-cara
Dalam satu mangkuk kecil, letakkan yis kering dan 5 sb air. Biarkan seketika hingga yis kelihatan berbuih.
Dalam mangkuk besar, masukkan tepung dan bahan-bahan lain bersama yis yang dah berbuih. Gaul rata. Masukkan air sikit demi sikit dan uli tepung hingga jadi doh yang tak melekat kat tangan.

Untuk isi pizza aku letak nenas, cendawan, sosej dihiris2, lada benggala yang dipotong dadu kecil2. Tabur mozarella cheese kat atasnya macam biasalah kan...klu tak de taburan cheese kat atas tu, bukanlah pizza namanye...

Friday, December 12, 2008

Paratha Pizza


Hah, hambik kau...! Pagi malam makan pizza. Wakakahhh... Tadi pukul 12.30tgh ari keluar rumah g spital serdang tgk mak. Sampai2 sane tgk akak aku yg dok bgn datoh tu ada dgn suami & anak2 dia. uh seronok gaklah sbb anak2 buah ramai.Pehtu abg ipar balik,akak aku & anak2 buah tinggal & dok umah aku. Ala syian kat anak2 buah aku nih.dorang dok kampung mane nak merasa makan bende2 camni sdgkan mmg makanan camnilah kesukaan tekak dorang.Jadi bile dah sampai umah kul 7mlm tadi dan tgk aku buat pizza,walah seronoknya anak2 buah.makan kau sampai lebam!wahahah

Badan dah penat...tak kuasalah nak uli tepung bagai.ada BM pun duk dlm lemari.malehlah nak kuakan.lgpun perut dah lapo,mane ada masa nak tunggu2 lg.aku pun keluarkan paratha puff dr peti sejuk.Ini pun leh la jadi base pizza.Toppingnye aku letak hirisan sosej AYAMAS BERKEJU,hirisan cendawan butang dan hirisan nenas tin. Sapu tomato paste dulu.Pehtu kat atas tu biaselah tabur mozarella cheese yg aku beli BWY.

Thursday, December 11, 2008

Mini Pizza


Buat untuk breakfast pagi ni. Saja potong pastry yg saiz kecil tu pada 4 bahagian. Jadinye bile makan, gigit 2 kali dah abis. Intinye for information adalah lebihan inti chicken pie minggu lepas. Simpan dalam peti sejuk dalam bekas elok-elok tentulah inti tu masih elokkan...

Sunday, November 16, 2008

Homemade Pizza


Tadi sampai rumah dr umah akak aku kat Sepang tu pukul 12 tgh ari. Sampai je terus mendobi kain baju. Lipat2 baju yg dah basuh. Kul 2 petang, aduiii laponye perut. Seorang anak akak aku - Fatyn (13 thn) ikut aku. Dia pun kata lapo gak. Dia request soh mama buat something yg pedas. Tak yg manis-masis, kata dia. Jadi fikir punya fikir...emppp buat pau sambal sardinlah.

Cepat-cepat keluarkan BM dr dlm almari. Campak2kan bahan dalam mangkuk tu dan tit tut tit tut... BM tu pun menjalankan kerjenya. Aku plak tumis ikan sadin. sambil tunggu ikan bilis tu kering dalam kuali dgn api perlahan, sidai kain kat tepi dapur.
Siap sume, BM pun bunyi Tuttttttt panjang tanda proses mengadun dah selesai.

Tgh masukkan inti, Boy plak request nak pizza. oklah...ambil sikit doh tu tepekkan kat atas tudung piuk. aku mmg tak ada piring pizza tu. selalu klu buat pizza mmg guna tutup periuk je...lepas dah ratakan doh atas tutup periuk, sapu sambal sadin, tabur cendawan butang dan mozzarella cheese. So inilah hasilnya...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)