Followers

Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Tart Kelapa


As salam...

Entah tetibe je terasa nak makan tart kelapa. Teringat zaman bebudak dulu pernah makan beberapa kali. Arwah mak bawa balik, beli kat supermarket tempat arwah keje. Pastu lame betui tak makan sampaila dah la ni beranak 3. 

Teringin nak makan dah lama sebenarnya tapi baru ni la hajat kesampaian nak buat sendiri, alhamdulillah! Aku buat 2 kaler, plain dan hijau. Hijau tu hanya letak paste pandan. Wangi, harum semerbak baunye...

Cari2 resipi jumpa resipi yang ni. Terima kasih pada tuan resipi. Minta izin sharekan di sini ye. 


Bahan : (base)
250g tepung gandum
60g mentega
100g gula aising
2 biji telur

Cara2: (base)
Campurkan semua bahan. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh. 
Terap dalam acuan tart.

Bahan : (isi/fillin)
150g kelapa kering
80g mentega - dicairkan
100g gula
2 biji telur
50ml susu segar

Cara2: (isi/fillin)
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Campurkan kelapa kering dan mentega cair.
3. Gaul rata dan tambah susu segar.
4. Bakar kulit tart separuh masak dan tuang filing dalam mangkuk tat.
5. Bakar 40-30 minit/180c


Tuesday, September 25, 2012

Choc Cheese Oreo


As salam... 

Ahad kelmarin en hubby ade jamuan makan-makan dengan kawan-kawan bekas sekolah menengahnya di Rawang. Jamuan dibuat di rumah salah seorang kawan-kawannya itu. Makanya isterinya ni buatkanlah something untuk dibawa pergi. Sungguh orang lelaki pun, naklah bawa sesuatu sebagai buah tangan,kan... takkan nak datang melenggang kangkung je...

Choc Cheese Oreo jadi pilihan. Pernah buat ni lama dulu. Masa dok rumah Blok N, Desaria. Lepas ni kalau ada orang nak order, silakan ye :D
Yang rajin nak buat sendiri, resipinya aku kongsikan di bawah. Yang rasa nak buat sendiri tapi x kuasa nak menekan tart shell, boleh beli tart shell dari aku. :D

Bahan2 :-
250g krim cheese
150g mentega
100g gula halus
3 sb serbuk coklat
30g susu segar
1 biji telur

Hiasan:- oreo crust

Cara2 :-
> campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer dan putar hingga sebati semuanya.
> sudukan dalam mangkuk tart shell.
> panaskan oven dan bakar 5 minit. Suhu 180c
> keluarkan dari oven. tabur oreo crust di atasnya.
> siap untuk dihidang

selamat mencuba semua :D

Monday, March 28, 2011

Choc Cheese Oreo Tart


As Salam... Mula2 sekali nak ucap terima kasih pada Noorsha (teman blogger geng masak2 & fb) sebab tak lokek memberikan tips pasal fotografi dan editing. Jasamu ku kenang, terima kasih banyak2.... dan hasilnya adalah gambar2 choc cheese oreo tart ini. Juga gambar2 yg akan dipaparkan di blog ini kemudian nnt.... Insya'Allah.Agak berpuas hati juga dengan penghasilan fotonya...

Buat choc cheese oreo tart ni minggu lepas. Buat tak banyak pun sebab yang ngapnye aku Align Centersorang je. Anak2 tak pandang dah segala macam makanan yang aku dah selalu buat untuk tempahan. Tapi kalau kate saje2 buat untuk dia orang bawa g sekolah dan diperagihkan pada kawan2, memang dia orang melonjak seronok. Mama dia je yang malas... ehehehee. Kalau boleh, ada masa terluang tu nak duduk mengadap komputer je... 'bercinta' sungguh nak masuk dapur.


Resipi Choc Cheese Oreo Tart ni tak banyak beza dengan resipi cheese tart biasa. Hanya tambahkan coklat serbuk saja dalam adunan dan letak sejemput biskut oreo yang dah dihancurkan.

Aku kongsikan di sini jugalah ye....



Bahan2

250 g cream cheese
100 g mentega

80 g gula kastor

1 bj telur

30 g whipping krim

2-3 sb serbuk coklat
Beberapa keping biskut (buang fillin) oreo yg dihancurkan


Cara2
1) Campurkan semua bahan kecuali biskut oreo. Mixer sampai semua bahan sebati.
2) Sudu/pipe dalam tart shell. Taburkan serbuk biskut oreo di atas adunan cheese.
3) Sementara tu panaskan oven 160 c (ikut kapasiti oven masing2) selama 10min.
4) Masukkan tart dan bakar 5 minit.
5) Keluarkan dan tunggu hingga sejuk barulah dihidangkan.


*Makan panas2 memang sedap tapi hati2 sebab adunan cheese boleh me'lebo'kan lidah anda, hahahaa!!!


Selamat mencuba okey...



Monday, November 02, 2009

Tart Buah2an - Order Dari Syura

Nak tengok ni...?

Boleh pergi sini ye...




Thursday, October 22, 2009

Order - Tarts, Faiz


Salam...

Alhamdulillah... tarts ni diorder oleh geng mak hayam a.k.a. mak yong Faiz. Thanks Faiz... Filling ade 3/3, jadi buatkanlah 3 perasa sekali seperti yang diminta oleh Faiz. Semoga Faiz puas hati. Kalau sedap lenkali boleh order lagi yek... Faiz order 50pcs campur2 perisa.


Thanks again... U all nak order tak?
Eheheheeee...

Thursday, October 15, 2009

Tarts

Salam...

Teringin sangat nak makan tart ni... mengalahkan orang mengidam pulak... masa buat tu pun meleleh-leleh air liur. Masa bako tu rase tak sabo2 nak makan. Masa dah keluarkan dari oven pulak, tak sabo2 nak mengeluokan dari acuannye. Sampai kedepek jatuh ke lantai seketui. Hah, padan muke! Ekekekeee...

Erhhh, jangan ade cakap2 pulak ye... kosong... betul kosong ni... baru lepas turun bendera jepun! Sekadar teringin jek... bukan sebab ada isi dalam perut maka membuatkan aku mengidam ke hape... Eheheheee...

Buat 3 perasa sekaligus memandangkan filingnya ade je dalam peti es tu... Blueberi tarts, Strawberi tarts dan Kiwi tarts... makan sampai lebam! Memang puas hati. Tak pulaknye merasa jemu nak menghabiskan tart2 tu semua. Seketui2 masuk mulut... huh... kale menaip n3 ni pun masih terasa2 nak makan lagi. Makanya haruslah aku buat lagi dalam masa terdekat ni...

Ada sesape nak order tak...?

BUKA UNTUK TEMPAHAN

Thursday, May 07, 2009

Tart Buah2an


N3 terakhir untuk malam ni, hari ini.

Kak Ct, Kak Zai... daku dah buat!!!! Hikshiks...
Aritu tengok kat umah K Ct & Kak Zai, rase tak leh tahan sungguh.
Kulitnya tu dah lama gak buat. Tapi aku simpan dalam bekas. Baik2 punye simpan supaya tak masuk angin. Nasib baiklah tadi masa nak buat masih dalam kondisi yang baik kulit tart ku itew, heheheeee

Kulitnya tu aku ikut resepi untie Yochana lagi. Boleh tgk kat tag list tu ye...selongkar sendiri. Sementara kastadnya tu ni ha aku rajin nak taip...

Bahan-bahan untuk krim kastad
1/2 cwn susu cair
3/4 cwn air
2 sb gula
2 1/2 sb tepung kastad
1 sk esen vanila

Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam periuk. Sebatikan. Gunakan api perlahan dan kacau sampai pekat. Sudukan dalam kulit tart dan hiaskan dengan buah-buahan. Boleh jugak gantikan buah-buahan tu dengan anggur dan lain2...

Sunday, January 18, 2009

Egg Tart


Buat tengahhari tadi tapi sekarang baru ada mood nak masuk n3. Bukan malas kerana apa... tp lebih pada sakit hati. Geram dengan tenet yang asyik padam jek... rase nak je baling bende alah ni ke dinding. Tapi kang nyusahkan aku jugak. Jadi dalam geram2 tu, sabo jugaklah... mujur banyak instighfar tadi, heeee... Ini pun ada rase nak ngamuk gak. Belum sampai 15 minit aku on9 tapi dah 3 kali aku tekan butang 'connect' tu. Grrrrr!!!!

Ni percubaan kali ketiga buat egg tart atau dalam bahasa Melayu tat telur, hahaha... Dua kali yang pertama aku guna resepi untie Yochana dan kali yang ke3 ni saje nak try resepi kat MyR oleh Zlinda. Ok gak... sedap... thanks pada tuan punya resepi. Tapi manis di tekak aku... itu pun aku dah kurangkan gulanya. Kalau lain kali buat, kene kurangkan lagi...

Bahan-bahan

* bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan gula halus
* 1/2 teaspoon baking powder
* 1/4 teaspoon garam
* 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
* 2 biji telur
* bahan utk filling : 1 cawan susu cair
* 4 biji telur
* 1 cawan gula halus
* 1 cawan air
* 1 tbs tapung kastard
* ½ tsp vanilla essence

Cara-cara

1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
2. Masukkan butter. Sebatikan.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!

Tuesday, December 16, 2008

Tart Telur


Buat ni semalam dan bawa ke hospital. Sementara tunggu2 mak dan ramai2 adik-beradik tu leh gak ngap2 kan...kalau nak beli dah ramai2 tu tentulah tinggi kosnye.Jadi kene bangun pagi2 dan masak2 bende nak dimakan semasa menunggu...

Pernah buat egg tart ni beberapa minggu lepas. Resipi kat sini ye...

Monday, November 24, 2008

Tat Telur


Lepas masak tadi terus buat adunan tuk tart ni. Dapat resipi ni skodeng kat umah untie yochana. Buat dua saiz sbb tak cukup mould yg kecil tu. Masa mula-mula nak buat tak sabo. Dah buat pun tak sabo - tak sabo nak siapkan. hahaha

Jom kongsi resipi...

Bahan-bahan untuk Pastry Crust
100g unsalted butter (aku guna marjerin je...)
40g icing sugar (aku pakai guna kastor...)
sedikit garam (aku tak letak pun...)
1 bj telur
20g susu tepung
220g tepung gandum
1/2 s/k esen vanila

Bahan-bahan untuk Egg Custard
2 bj telur
45g gula kastor
sedikit garam
1 s/k lemon juice (aku gantikan dengan cuka)
80ml susu segar
40ml air
1/2 s/b esen vanilla

Cara-cara untuk membuat Pastri Crust
Campurkan semua bahan kecuali telur. Sebatikan hingga menjadi 'crump'. Masukkan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. Biarkan selama 20 minit. Acukan ke dalam acuan tart.

Cara-cara untuk membuat Egg Custard
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Tuang dalam tart.

Bakar 175c - 20 minit - Lebihkan api bawah.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)