Followers

Monday, February 28, 2011

Bengkel DSLR Percuma Anjuran Adhadimohd.com @ Tasik Perdana, Kuala Lumpur



Ni kisah hari Ahad (27.2.2011) yang lalu. Tak ingat macam mana aku boleh terperasan dengan event percuma ni kat fb. Teruslah aku mengajak bff Ogy. Bff Ogy plak ajak bff Aishah yang mana kami2 ni memanglah masih baru mempelopori dunia DSLR neh....

our first assignment... hentah berapa kali snap & kemudiannya redha ajelah...

@ kawasan pokok2 kaktus...


Penuh semangat nak explore my new gadget. Walaupun dalam keadaan diri yang tak berapa nak sihat, tetap juga aku menghadirkan diri ke event ini. Kalau berbayar memang fikir seribu kali memandangkan baru balik holiday dan berhabis dengan 'senapang gajah' ni, hahahaaa!!!






snap sambil menerap... hikhikk...

Bengkel Percuma yang dianjurkan oleh En Adhadi Mohd ini diadakan di Tasik Perdana, Kuala Lumpur bertempat di Taman Herba. Start pukul 9pg sampai pukul 12tghari tapi ada acara sampingan yg dianjurkan oleh kami2 sendiri, heheheee.... jadinya menganjak 1 jam iaitu pukul 1tghari. Balik2 rumah terus kepenatan dan keletihan ya amat... lembek.... baring2 terus tertidur. Tapi b4 tu dah setkan alarm kat hp pukul 4 petang. Kerana ada jemputan ke majlis hari lahir BFF @ Subang Jaya. Cerita itu akan diupdate kemudian nnt, insyaAllah...




Bercerita pasal bengkel ni, kami2 diajar tentang basic capture gambar. Kalau dah di taman tentu2lah objeknya adalah pokok2, bunga2 dan kawasan sekitar yang kehijauan. Bagi kami2 yang masih baru ni, memang mencangak2 & kalut namun penuh dengan keterujaan. Mujurlah Og ada bawa sepupunya, Shahril yang memang arif dengan DSLR ni... beliaulah yang banyak membantu walaupun anjuran bengkel sendiri ada sediakan beberapa orang yg arif dlm bidang ni... tapi takkan depe nak layan kami2 je, kan.... orang lain pun harus diberi perhatian juga.



Dalam bengkel ini, kami diberikan 4 helai nota yang dijadikan sebagai panduan. Actually nota itu diberikan pinjaman sahaja tapi kalau dalam proses bengkel dan nota itu lunyai, kenalah beli dengan harga RM10. Pada aku yang masih baru ni, tutup matalah bg RM10 kat cikgu tu... sekurang2nya boleh jadi panduan di kemudian hari... dan memanglah... nota itu di penghujung bengkel, separa lunyai!

bff ogy... my model x berbayar... tapi sebaliknya pulak... thanks belanja makan, tumpangkan kereta (ambil & hantar sampai ke rumah) & i owe u duit nota. tadak duit kecek...


us... me, Ogy & Aishah...

Lepas2 ni kalau ada bengkel2 percuma macam ni lagi, HARUS aku join! En hb pun nampaknya sudah kasik lampu hijau tu! Terima kasih abang! Hiks....

Cerita2 honeymoon Sarawak terpaksa ditangguhkan buat sementara bagi memberi laluan pada n3 semasa... harap sabarlah menunggu... hai, entahlah! Ada ke yang menunggu tu? Hikhik...

Thursday, February 24, 2011

Kuching Sarawak - Part 5 (Merembat 'Senapang Gajah' @ India Street)

... disambung ...
~ hari ke 3 ~

... amboi, bukan main sedang 'menembak' dengan 'senapang gajah' ...

Bangun pagi mata aku terus pandang atas side table. Lampu pengecas kamera terpasang. Hati aku mula tak sedap. Takkanlah dah semalaman mengecas bateri tak penuh2 lagi.... takpe, aku biarkan aje. Mandi & bersiap2 nak keluar cari bf. Bila aku masukkan bateri dalam kamera & on, bateri tu cuma setakuk je... bermakna??? Muka frust giler!!! Masam je....


... roti bakar yang sedap. tak kedekut kaya & butter. Roti canai yang garing. tapi air kureng manis. dia prihatin jgn pelanggan kena diabetis! hikhikhik ...

En hb ajak ke D. Sebila Cafe @ Jalan Bishopgate nearby Main Bazaar untuk breakfast. Since hari ni hari ke 3, dah sesuai sangatlah kalau ada apa-apa yg nak dibeli kat Main Bazaar tu. So, cadang2nya lepas bf, teruslah shopping kat situ. Aku memang dah takde mood nak jalan2 dengan kamera gitu... huhuhuuu So masa breakfast, en hb tanye, kat Kuching ni kat mana nak beli kamera? Ada harapan... tersengih2 mcm kerang busuklah aku!

Sebenarnya nilah nak cerita kat sini... aku memang dah berhajat nak merembat 'senapang gajah' tu... sejak bertahun sudah lagi... tapi hajat tetap juga belum kesampaian. Ada2 aja halangannya. Halangan paling hebat adalah dari en hb sendiri. Dia kata tak de faedah nak berhabis beribu2 tu kalau beli setakat nak tangkap gambar makanan. Tu dia!!! Aku ni pulak jenisnya, kalau aku kata aku nak tu, aku nak! Tak kira selambat mana pun, aku akan usaha dapatkan. So, sebab en hb tak bg aku menghabiskan duit (dia) untuk beli 'senapang gajah' tu, aku kumpullah duit sendiri. Kumpul sendiri tu tentulah dengan tempahan kek dan sebagainya tu... Alhamdulillah!

Dan sebenarnya lagi, masa sebelum kami bertolak ke Sepang (rumah kakak aku) untuk bertolak ke Kuching, aku ada hint kat en hb... ajak dia beli 'senapang gajah' tu dulu. Angan2nya tu nnt dapat snip snap dengan kamera baru hahahahaa Tapi dia kata sebaris ayat je... "u jangan bagi I tak de mood ye..." Uppssss ok... aku pun terus diam dan cerita pasal 'senapang gajah' terus senyap lepas tu. Lalu aku pujuk hati ni... takpala, balik nnt baru beli. Pergi beli sendirilah and of coz lah beli without his permission. Pesennye pulak en hb ni, klu barang yg dia tak bg aku beli tapi aku tetap beli juga, dia akan diam ajelah... marah tidak, tegur pun tidak. Bahkan, pandang pun tidak! Mungkin itu cara dia protes, hahahaa Tapi tunggulah kalau ada apa-apa yg tak kena dengan benda tu, memang dia hentam aku cukup2. Dan selalunya aku diam aje... buat mcm dengar radio aje... ekekekeee

Dan bila kamera Sony buat hal masa di Kuching & secara automatik pulak en hb izinkan aku beli 'senapang gajah' tu, aku rasa...... syukur sangat!!! Di sebalik frustrated dengan kamera Sony tu, aku gumbira tak terkata sebab bakal memiliki apa yang aku hajati selama bertahun sudah. *V_V*

Aku sms anak buah aku... upsss lupa nak habaq dari mula... hari pertama masa bf roti canai ketika baru sampai Kuching, aku dapat call dr anak buah - Irzuddin. Dia tanya aku kat Kuching ke & bgtau dia akan ke Kuching juga esoknya. Aku terima kata2 dia tu sebagai main2 aje sbb anak buah aku sorang ni kuat loyar buruknya. Hari kedua masa aku duduk2 kat balcony depan Tune Hotel, anak buah aku dengan beg besonya mengalahkan nak duduk Kuching sebulan lagaknya baru sampai dari airport. Laaaaa sungguh2 rupernye dia, hahahaaa!!! Irzuddin datang ber 4 (2 lelaki & 2 perempuan. Couple lah tu... wut wut!).

ok, aku sms Irzudin sebab nak ajak dia temankan kami pergi beli 'senapang gajah' tu pasalnya dia sendiri pun guna 'senapang gajah' (model lebih advance dr yg rembat). For surelah dia tahu banyak benda atau paling tidak serba sedikit pasal 'senapang gajah' tu... kami tanya kat kedai gambar sekitar Main Bazaar tu tapi stok takde. Kena tunggu 3 hari... haiyaaaa 3 hari baik aku beli kat S'njung je kan... Aku dah kembali frust gilo dah masa tu... tapi en hb kate lepas solat jumaat baru keluar ke mana2 kompleks untuk cari kamera tu. Hati berbunga kembali eheheheee

Balik hotel, aku p kat Lucy, budak Golden Car Hire tu. Tanya dia kat mana di Kuching ni tempat untuk beli barang2 digital. Dia kata kat Wisma Saberkas (tak sure ejaan). +-15 minit perjalanan naik teksi dengan tambang RM15! Perghhhh agak mahal tu.... tapi berkehendak punya pasal, tutup mata. Ambil teksi kat depan Hilton, depan Tune Hotel je...

Sampai Wisma Saberkas, tak banyak pilihan. Yang banyak kedai handphone. Kedai baju pun ada hehehee... Ada 2/3 kedai je jual kamera. 1st kedai ada poster 'senapang gajah' Nikon D3100 tapi stok tak ada. 1 minggu baru ada. Gilo! 1 kedai lagi kami pergi klu tak silap nama kedai tu PCImage, ada senapang gajah jenama Canon & Sony. Pun Canon 1000D, takda stok. Sony memang terkeluar dari senarai 'senapang gajah'. Ehehehee... tanya kat salesman tu, Nikon. Dia kata tak jual model tu kat situ. Tapi kalau nak, dia boleh orderkan dan kena tunggu. Hikhik tapayahla...

But then salesman tu suggest us to go to India Streets. Dia kata kat situ ada 1 kedai gambar authorized dealer Nikon. Siap aku tanya nama kedai - Empress Studio. Dia kata, kat Kuching, apa2 barang brand Nikon memang akan ambil kat situ.

Actually India Street dengan Main Bazaar bukanlah jauh mana... berjalan kaki aje... contoh klu kat sini, Jln TAR tu dengan Medan Mara je... dekat je kan.... berialah aku sampai ke Wisma Saberkas menghabiskan duit tambang teksi RM30 (pergi balik). Dari Wisma Saberkas nak berjalan kaki ke India Street tak dayalah pula. Tak tahu jalan pun... hahahahaaa

... kedainya di tingkat 1 ...

Jumpalah Empress Studio yang dimaksudkan. Plus jumpa India Street yang sebelum ini aku belum pernah sampai selama 3 hari di Kuching. Dalam berjalan mencari kedai gambar tu, sempat jugak melilau mata pandang baju2 yang bergantung untuk jualan kat situ. Tapi masa tu dah pukul 4 petang. Aku kena cepat settle beli kamera. Pertama sebelum en hb tukar fikiran. Kedua, deme ni kan tutup petang... risau kedai kamera tutup. Nanges looooo.....


Tawar menawar... dengan harga RM2,198 aku dapat beg pinggang (tukar dgn tripod sbb dah ada), filter lens & snap remote. Package yg memang datang sekali memory kad 4g & beg beso ade tulis NIKON. So maknenye aku ada 2 beg. Beg pinggang tu memang akan selalu digunakan rather than beg beso tu... Mungkin lepas ni ada yg komen aku beli dgn harga yg mahal, tp mmg keadaan terlalu memaksa dah masa tu... tak apalah... berlabur lebih sikit.

Selesai beli kamera, kami terus balik hotel. Mengecas bateri kamera barulah! Ape lagi??

' senapang gajah' yang dimaksudkan....
gambar di google


n3 lepas2 banyak layan gambar, kan... n3 kali ni banyak membaca pulak.... layan ajelah ek!

Malamnya, agak lewat juga kami keluar untuk dinner. Tapi taklah sampai pukul 10mlm... sebab pertama menunggu bateri 'senapang gajah' full. Kedua sebab agenda tempat dinner dekat aje. Nak makan di gerai2 yg tersusun tepi Waterfront. Yang ketiga sebab tertidor lena sangat! Hehehee...

Tapi sampai la ni aku ada kemusykilan sikit... En hb order nescafe ais dan aku pula order teh ais. Bayaran untuk air saja RM7.80. Mahal giler mabuk!!!! Bukannya air buah2an..... hemppppp!!! Makanan pula, kami order nasi goreng seorang 1 dan telur dadar sebutir - RM11.80. Hemp..... taklah mahal sangat kot.... tapi bab air ni... aku mmg nak p tanye dah tapi en hb buat lawak sengal.... "akak tu kira air untuk meja orang sebelah sekali kot... tak pelah..." hikhikhik...

... bersambung ...
~ Pasar Serikin, Coffea O Conner & Gua Angin ~

Wednesday, February 23, 2011

Kuching Sarawak - Part 4 (Damai Resort & Top Spot Seafood Centre)

... disambung ...

~ hari ke - 2 ~



Perjalanan ke Damai Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit. Naik shuttle (van) dengan bayaran RM10 seorang/sehala. Sampai Damai Resort pukul 5 petang. Janji dengan driver tu jumpa semula di tempat sama pukul 7 malam. Kat mana nak dapatkan shuttle? Kalau untuk kami yang nginap di Tune Hotel, shuttle boleh di dapati di hadapan Hilton Hotel. Teksi pun ada kat situ. Menunggu saja pelanggan & pelancong yang nak bergerak ke destinasi mereka. Teksi kat sini tak pakai meter. Sekali naik, dia orang akan bagi harga. So, before naik teksi, tanyelah harga dulu... jangan main terjah aje...

... ombak kuat wooo ...

... guna self timer ...


... bergambar kenangan ...

Kami terus berjalan menuju ke tepi pantai. Angin kuat. Air tengah pasang. Red flag dinaikkan menandakan pelancong tidak dibenarkan berenang & mandi di laut. Aku nak turun cecahkan kaki kat gigi air pun takut tengok ombak yang begitu kuat. Jadi kami duduk di kerusi yang tersedia di tepi pantai tu. Hadap laut... tenang kepala hotak... aku memang suka laut & pantai... bila berdua camtu, teringatlah plak zaman2 bercinta dulu... haiyakkkkk!!! Eiii tak salahlahkan... dengan suami sendiri, bukan boyfriend pong! Halal beb!!! Ekekekeee (ape kena mengena dengan halal haram neh??? Hentah!!!)

... masa tangkap gambar ni aku memang amat kalut. masa ni bateri kamera mmg dah cipot amat. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan ...

Dalam seronok dan teruja ke Damai Beach Resort ni, hati aku ada rasa kureng ceria siketlah... pasal kamera Sony aku tu... ntah kenapa la jam2 ni nak wat hal... di caj pun gitu2 jugak takuk baterinya. Gambar ni aku tangkap dengan penuh kekalutan. Begitu berjimat cermat. "Cepat bang, cepat bang... bateri kong ni!" tak sudah2 asyik sebut ayat ni je... hahahaaa mujurlah en hb tu mengikut kata... lekas2 dia posing ekekekeee

... muka frust ...

... bercumbu mesra, jangan jeleous! ...


... pose ...

... gambar ni disnap pekerja Damai Resort. Blur gambar kami :( tak betul pegang la tu. Better pak cik penambang yang ambilkan gambar aku hari 1st tu, huhuhuuuu uish & i look soooo fat! Arghhh tak suka pic ni ...

... Tingkat atas sekali. Kami aritu tak perasan ada lift, jenuh panjat tangga ...

Kembali ke hotel terus naik. Rehat2 sekejap dan bergilir2 membersihkan badan. Perut dah lapar. Perancangan untuk makan di mana dah ada. Hakikatnya kalau malam, berebut-rebut agenda & menu dalam kepala hotak ni. Mujur ajelah perut ni tak besar mana. Kalau tangki besar, maulah 2/3 tempat 1 malam aku belasah makan aje kerjanya...

... sotong goreng tepung yg sedap & rangup. agak puas hati juga sbb pada mulanya terasa nak makan sotong bakar. Udang galah masak black pepper, wallah sedap sos black pepper tu ...

Kami ke Taman Kereta - Top Spot Seafood Centre untuk dinner. Dari Tune Hotel, tak jauh sangat. Berjalan kaki aje pun boleh sampai. Bersebelahan dengan Kompleks Tun Jugah. Kat atas tu penuh dengan deretan kedai Seafood. Actually kena tahan bila dipanggil2 oleh pekerja2 kat situ. Kena buat dekkkk... tapi kami terkandas. Jalan sikit aje, terus berhenti & duduk. Tak jalan habis pun tengok2 kedai Seafood kat atas situ. Tapi mujur, makanannya sedap dan harganya, pada aku berbaloi juga. Malam tu kami decide takmo makan nasi. Nak meratah lauk aje...

... udang galah masak stim telur, not bad ...

... sayur midin goreng belacan - recomended dr pembantu kedai. Rangup sayur ni walau dah digoreng. rupernya persis pucuk paku. Adik beradik kot ...

... lichennnnn! seperti biasa, yg banyak sampah tu, pinggan aku ehehee ...

en hb ambil 3 ekor udang galah, 1 ekor sotong yg agak besar jugalah & sayur midin. Cukup dulu. Nak try dulu. Takut tak terhabis makan nnt... klu tak kenyang jugak, baru order lagi, fikir kami. Aku pun dah aim ikan siakap kat tempat pilih2 tu. But then bila dah sampai makanan, dah makan, betul2 bersyukur rasanya sebab tak tamak dr mula. Perut kami memang full habis. Kenyang!!! Masa minta bil, kami berteka-teki. Aku cakap harganya RM70 ke atas. En hb plak kate dekat2 RM100. Tapi bila bil sampai - RM42!


Kami tak terus balik hotel. Lajak berjalan terus ke Waterfront. Since perut pun masa tu sendat. Kalau balik hotel, sure terus terbungkang tidoq. Jalan2 & snap beberapa keping pics Kuching @ Waterfront di waktu malam. Dengan kadar bateri kamera yang minima.... :(

Sampai hotel, perkara utama ygn dikejar adalah charge bateri kamera. Dengan penuh harapan, esok, bateri akan full... tapi...... :(


... bersambung ...
~ Merembat Senapang Gajah @ India Street ~

Kuching Sarawak - Part 3 (Melilau Di Bandar Kuching)

... disambung ...

~ hari ke 2 ~

Awal2 pagi dah bangun... kalau bab berjalan memang cepat dan tuntas aku... walaupun tempat tidur selesa, tetap pagi2 mesti dah bangun eheheheee... pertama sekali cari breakfast. Dah cakap awal2 dengan en hb, hari tu nak makan mee kolok. Ape ke rasenye??? Tapi aku ingat, haruslah makanan jenis2 camtu dijual tengahari. Ok, sambil2 melilau mencari breakfast, (inilah untungnya juga jalan berdua. Kalau dengan anak2 sure fenin & kesian kat anak2 sbb kena berjalan kaki) kami singgah di tugu Kuching. Kata Ogy, inilah bukti kalau dah sampai ke Kuching, Sarawak. So Ogy... gambar di bawah khusus untuk tatapan ko! Hahahahaaaa....


Sudahnya, kami berjalan balik ke arah Tune Hotel. Makan di kedai belakang hotel aja. Kedai dan stall ni kami nampak masa kami nak berjalan ke arah tugu kucing tadi. Nampak ada tulis dia jual mee kolok dan tanda nama dia - Mohamad Lim. Lelaki yang separuh botak tu memang nampak macam cina tapi seorang perempuan yang menolong dia melayu, pakai tudung. Seorang lagi pembantunya, budak lelaki, anak dorang agaknya... Macam biasa, kedai tu kepunyaan orang Cina, stall2 di kedai tu orang Melayu yang berniaga. Tapi untuk pagi tu, cuma kedai Mohamad Lim yang buka. Yang lain tutup. Rasa2nya mereka2 tu berniaga malam.

... mee kolok chinese style ...

Rasa mee kolok???
Pada aku macam kita makan wantan mee... cuma Mohamad Lim punya mee kolok warna merah dan rasa manis. Kata Nushkha (our guide tour-bgtau setelah kami dah nak balik :( ), mee kolok Mohamad Lim dengan mee kolok sarawak yg sebenarnya, lain. Mee kolok Mohamad Lim ni lebih kepada Chinesse Style. En hb order roti bakar 1 set. Sudahnya, dia cuma makan 1/2 je roti bakar tu. Lagi 1/2 masuk mulut & perut aku sebab mee kolok tu aku tak habis makan. Tak kena dengan tekak aku makanan manis2 ni... En hb pula cuma kuis2 je mee kolok tu. En hb tu mmg tak cerewet makan, tapi keadaan2 tertentu, dia akan amat2 cerewet!

... merehatkan diri. kerusi urut ni ada tersedia di depan kaunter Tune Hotel. RM1 - 3min ...

Lepas makan, kami kembali ke hotel. Duduk2, fikir2 mana nak pergi. Dalam kepala nak pergi Damai Resort. Tapi kamera aku takde bateri. Betul2 tinggal sebatang yang bila2 masa je boleh padam. Waktu terus menganjak. Naik bilik dulu, charge kamera. Baterinya kong semacam. Geram sungguh aku dengan kamera ni! Sementara tunggu bateri kamera di caj, kami baring2, rehat2 dlm bilik. Nak keluar tak boleh, sebab style Tune Hotel ni, klu keluar dari bilik, cabut kad, semua saluran elektrik terpadam. Kalau tak cabut kad, camne pulak nak masuk dalam bilik semula nnt...


Oh yes, terlupa... b4 that kami pergi ke Dayang Salhah Kek Lapis di Kampung Gersik. Naik penambang 40 sen sehala. Beli 5 kek lapis takde percuma. Beli 10 kek lapis, ada percuma 1 kek lapis - kata pembantu kedai tu. Sebelumnya aku ada tengok kat Main Bazaar, orang2 yg berjualan kat situ jual kek lapis - beli 5 kek lapis dpt percuma 1 kek lapis. Jadi aku tanya dengan pembantu di kedai Dayang Salhah, kenapa macam tu. Dia kate, mereka guna marjerin sedangkan Kek Lapis Dayang Salhah menggunakan butter. Wallahualam...
Pun ada juga aku singgah di Afifi Kek Lapis dan beli 2 kek lapis dengannya. Nyaman....

... nama2 kek lapis tak ingat. Yg ingat, lapis coklat cheese & lapis bluberi cheese je ...


... yang ni beli di Afifi Kek Lapis. Sedap! Kalau ada peluang ke Sarawak lagi, aku prefered beli di sini ...

... bersambung ...
~ Damai Resort & Top Spot Seafood Centre ~

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)