Followers

Wednesday, February 23, 2011

Kuching Sarawak - Part 4 (Damai Resort & Top Spot Seafood Centre)

... disambung ...

~ hari ke - 2 ~



Perjalanan ke Damai Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit. Naik shuttle (van) dengan bayaran RM10 seorang/sehala. Sampai Damai Resort pukul 5 petang. Janji dengan driver tu jumpa semula di tempat sama pukul 7 malam. Kat mana nak dapatkan shuttle? Kalau untuk kami yang nginap di Tune Hotel, shuttle boleh di dapati di hadapan Hilton Hotel. Teksi pun ada kat situ. Menunggu saja pelanggan & pelancong yang nak bergerak ke destinasi mereka. Teksi kat sini tak pakai meter. Sekali naik, dia orang akan bagi harga. So, before naik teksi, tanyelah harga dulu... jangan main terjah aje...

... ombak kuat wooo ...

... guna self timer ...


... bergambar kenangan ...

Kami terus berjalan menuju ke tepi pantai. Angin kuat. Air tengah pasang. Red flag dinaikkan menandakan pelancong tidak dibenarkan berenang & mandi di laut. Aku nak turun cecahkan kaki kat gigi air pun takut tengok ombak yang begitu kuat. Jadi kami duduk di kerusi yang tersedia di tepi pantai tu. Hadap laut... tenang kepala hotak... aku memang suka laut & pantai... bila berdua camtu, teringatlah plak zaman2 bercinta dulu... haiyakkkkk!!! Eiii tak salahlahkan... dengan suami sendiri, bukan boyfriend pong! Halal beb!!! Ekekekeee (ape kena mengena dengan halal haram neh??? Hentah!!!)

... masa tangkap gambar ni aku memang amat kalut. masa ni bateri kamera mmg dah cipot amat. Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan ...

Dalam seronok dan teruja ke Damai Beach Resort ni, hati aku ada rasa kureng ceria siketlah... pasal kamera Sony aku tu... ntah kenapa la jam2 ni nak wat hal... di caj pun gitu2 jugak takuk baterinya. Gambar ni aku tangkap dengan penuh kekalutan. Begitu berjimat cermat. "Cepat bang, cepat bang... bateri kong ni!" tak sudah2 asyik sebut ayat ni je... hahahaaa mujurlah en hb tu mengikut kata... lekas2 dia posing ekekekeee

... muka frust ...

... bercumbu mesra, jangan jeleous! ...


... pose ...

... gambar ni disnap pekerja Damai Resort. Blur gambar kami :( tak betul pegang la tu. Better pak cik penambang yang ambilkan gambar aku hari 1st tu, huhuhuuuu uish & i look soooo fat! Arghhh tak suka pic ni ...

... Tingkat atas sekali. Kami aritu tak perasan ada lift, jenuh panjat tangga ...

Kembali ke hotel terus naik. Rehat2 sekejap dan bergilir2 membersihkan badan. Perut dah lapar. Perancangan untuk makan di mana dah ada. Hakikatnya kalau malam, berebut-rebut agenda & menu dalam kepala hotak ni. Mujur ajelah perut ni tak besar mana. Kalau tangki besar, maulah 2/3 tempat 1 malam aku belasah makan aje kerjanya...

... sotong goreng tepung yg sedap & rangup. agak puas hati juga sbb pada mulanya terasa nak makan sotong bakar. Udang galah masak black pepper, wallah sedap sos black pepper tu ...

Kami ke Taman Kereta - Top Spot Seafood Centre untuk dinner. Dari Tune Hotel, tak jauh sangat. Berjalan kaki aje pun boleh sampai. Bersebelahan dengan Kompleks Tun Jugah. Kat atas tu penuh dengan deretan kedai Seafood. Actually kena tahan bila dipanggil2 oleh pekerja2 kat situ. Kena buat dekkkk... tapi kami terkandas. Jalan sikit aje, terus berhenti & duduk. Tak jalan habis pun tengok2 kedai Seafood kat atas situ. Tapi mujur, makanannya sedap dan harganya, pada aku berbaloi juga. Malam tu kami decide takmo makan nasi. Nak meratah lauk aje...

... udang galah masak stim telur, not bad ...

... sayur midin goreng belacan - recomended dr pembantu kedai. Rangup sayur ni walau dah digoreng. rupernya persis pucuk paku. Adik beradik kot ...

... lichennnnn! seperti biasa, yg banyak sampah tu, pinggan aku ehehee ...

en hb ambil 3 ekor udang galah, 1 ekor sotong yg agak besar jugalah & sayur midin. Cukup dulu. Nak try dulu. Takut tak terhabis makan nnt... klu tak kenyang jugak, baru order lagi, fikir kami. Aku pun dah aim ikan siakap kat tempat pilih2 tu. But then bila dah sampai makanan, dah makan, betul2 bersyukur rasanya sebab tak tamak dr mula. Perut kami memang full habis. Kenyang!!! Masa minta bil, kami berteka-teki. Aku cakap harganya RM70 ke atas. En hb plak kate dekat2 RM100. Tapi bila bil sampai - RM42!


Kami tak terus balik hotel. Lajak berjalan terus ke Waterfront. Since perut pun masa tu sendat. Kalau balik hotel, sure terus terbungkang tidoq. Jalan2 & snap beberapa keping pics Kuching @ Waterfront di waktu malam. Dengan kadar bateri kamera yang minima.... :(

Sampai hotel, perkara utama ygn dikejar adalah charge bateri kamera. Dengan penuh harapan, esok, bateri akan full... tapi...... :(


... bersambung ...
~ Merembat Senapang Gajah @ India Street ~

7 comments:

A.I said...

hamboiiiiiiiiiii!! bukan men lg besen. lomantika abis ha... i likeeeeee (^_^)

Fiza Nordin said...

hahahaaa thanks besan :)

Nana said...

murahnye kak!
42 je??
saya nk g makan situ
tp kwn kata kt situ
ramai kedai cina..
last2 xjadi..
g makan kt kg boyan
ayam pansuh & mango fish
kt pantai mmg saya tak pegi
mcm xckp masa je dlu

Nur68 said...

As'salam Fiza, seronok baca pengalaman honeymoon fiza kat Kuching...harap2nya tak serik lagi nak dtg sini...tq sbb singgah blog ciput akak..hhehee...since Fiza suka ke pantai mcm akak jugak, next trip boleh cuba ke Miri lak ye, kat sana pantai dekat je takla jauh mcm kat Kuchingm ada lagi pantai yg best tp perjalanan jauh dr Kuching, dalam 1 - 2 jam perjalanan iaitu kat Lundu dan Sematan...tp kat Miri tak dpt la nak shopping mcm kat Kuching, kat Miri tu biasanya akak yg ke Miri pun suka beli belacan aje..tp since Miri dekat dgn Brunei, bole lah kill 2 bird with one stone kan, melancong ke Miri dan Brunei sekali..mcm tour promoter lak .

Happy anniversary for both of you & semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Fiza Nordin said...

nana,
mmg tak dijangkakan harganya.mmg kebanyakkannya kedai cina kat atas tu... kedai melayu yg kami singgah tu pun kecik aje... terselit je...
kat kampong boyan akak perasan jugak ada org jual ayam pansuh & mango fish. klu tak silap kedainya yg berdekatan dgn jeti tu aje...klu tak silaplah hahahaa

k nur,
i'Allah tak serik datang, tapi serik shopping.kata en hb, kite sewa 1 cargo ajelah... sume nampak nak beli ekekekeee
lepas ni klu g lagi,takmo shoping beria (ye ke????) g arh....nak jalan2 je....
+ klu ke miri dptlah jumpa kak nor & along roz (home kreation) heheheee

Zaidong said...

Top Spot mmg sedap giler...saya rekemen gerai no.25..mabeles!!!
=)

Zaidong said...

Top Spot mmg sedap giler...saya rekemen gerai no.25..mabeles!!!
=)

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)