Followers

Wednesday, February 23, 2011

Kuching Sarawak - Part 3 (Melilau Di Bandar Kuching)

... disambung ...

~ hari ke 2 ~

Awal2 pagi dah bangun... kalau bab berjalan memang cepat dan tuntas aku... walaupun tempat tidur selesa, tetap pagi2 mesti dah bangun eheheheee... pertama sekali cari breakfast. Dah cakap awal2 dengan en hb, hari tu nak makan mee kolok. Ape ke rasenye??? Tapi aku ingat, haruslah makanan jenis2 camtu dijual tengahari. Ok, sambil2 melilau mencari breakfast, (inilah untungnya juga jalan berdua. Kalau dengan anak2 sure fenin & kesian kat anak2 sbb kena berjalan kaki) kami singgah di tugu Kuching. Kata Ogy, inilah bukti kalau dah sampai ke Kuching, Sarawak. So Ogy... gambar di bawah khusus untuk tatapan ko! Hahahahaaaa....


Sudahnya, kami berjalan balik ke arah Tune Hotel. Makan di kedai belakang hotel aja. Kedai dan stall ni kami nampak masa kami nak berjalan ke arah tugu kucing tadi. Nampak ada tulis dia jual mee kolok dan tanda nama dia - Mohamad Lim. Lelaki yang separuh botak tu memang nampak macam cina tapi seorang perempuan yang menolong dia melayu, pakai tudung. Seorang lagi pembantunya, budak lelaki, anak dorang agaknya... Macam biasa, kedai tu kepunyaan orang Cina, stall2 di kedai tu orang Melayu yang berniaga. Tapi untuk pagi tu, cuma kedai Mohamad Lim yang buka. Yang lain tutup. Rasa2nya mereka2 tu berniaga malam.

... mee kolok chinese style ...

Rasa mee kolok???
Pada aku macam kita makan wantan mee... cuma Mohamad Lim punya mee kolok warna merah dan rasa manis. Kata Nushkha (our guide tour-bgtau setelah kami dah nak balik :( ), mee kolok Mohamad Lim dengan mee kolok sarawak yg sebenarnya, lain. Mee kolok Mohamad Lim ni lebih kepada Chinesse Style. En hb order roti bakar 1 set. Sudahnya, dia cuma makan 1/2 je roti bakar tu. Lagi 1/2 masuk mulut & perut aku sebab mee kolok tu aku tak habis makan. Tak kena dengan tekak aku makanan manis2 ni... En hb pula cuma kuis2 je mee kolok tu. En hb tu mmg tak cerewet makan, tapi keadaan2 tertentu, dia akan amat2 cerewet!

... merehatkan diri. kerusi urut ni ada tersedia di depan kaunter Tune Hotel. RM1 - 3min ...

Lepas makan, kami kembali ke hotel. Duduk2, fikir2 mana nak pergi. Dalam kepala nak pergi Damai Resort. Tapi kamera aku takde bateri. Betul2 tinggal sebatang yang bila2 masa je boleh padam. Waktu terus menganjak. Naik bilik dulu, charge kamera. Baterinya kong semacam. Geram sungguh aku dengan kamera ni! Sementara tunggu bateri kamera di caj, kami baring2, rehat2 dlm bilik. Nak keluar tak boleh, sebab style Tune Hotel ni, klu keluar dari bilik, cabut kad, semua saluran elektrik terpadam. Kalau tak cabut kad, camne pulak nak masuk dalam bilik semula nnt...


Oh yes, terlupa... b4 that kami pergi ke Dayang Salhah Kek Lapis di Kampung Gersik. Naik penambang 40 sen sehala. Beli 5 kek lapis takde percuma. Beli 10 kek lapis, ada percuma 1 kek lapis - kata pembantu kedai tu. Sebelumnya aku ada tengok kat Main Bazaar, orang2 yg berjualan kat situ jual kek lapis - beli 5 kek lapis dpt percuma 1 kek lapis. Jadi aku tanya dengan pembantu di kedai Dayang Salhah, kenapa macam tu. Dia kate, mereka guna marjerin sedangkan Kek Lapis Dayang Salhah menggunakan butter. Wallahualam...
Pun ada juga aku singgah di Afifi Kek Lapis dan beli 2 kek lapis dengannya. Nyaman....

... nama2 kek lapis tak ingat. Yg ingat, lapis coklat cheese & lapis bluberi cheese je ...


... yang ni beli di Afifi Kek Lapis. Sedap! Kalau ada peluang ke Sarawak lagi, aku prefered beli di sini ...

... bersambung ...
~ Damai Resort & Top Spot Seafood Centre ~

6 comments:

Rosmaniza @ Ogy said...

yeszaaa...bukti dah terbukti..hahaha

Nana said...

ha kan saya kata
afifi sedap hehehe
tp saya dulu dah terbeli kt dayang salhah
sampai 10 ketol
baru ada org ckp
nape tak bli kt afifi

Fiza Nordin said...

ogy,
hahahahaaa siap cakap kat laki aku... "harus ambil gambar kat sini,bang.nnt nak tunjuk kat ogy."

nana,
akak pun masa tu dah terbeli kat dayang salhah.tp mujur beli 5 ketui je...tp masa g afifi mcm tak banyak pilihan. so beli 2 ketui je...fikir2 nntnya nak g pasar satok plak... takut terborong kat pasar satok pulak nntnye...hehehee

CatlinaFly said...

nak kucing besaq tu 2 ekor kak hehehe..nanti poskan kat sy hihi

Fiza Nordin said...

cat,
awat x habaq awai??? kak dah balik la ni... klo habaq awai haruis kak bwk balik khas utk ang...ekekekeee

bpk wijaya said...

JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)