Followers

Tuesday, February 22, 2011

Kuching Sarawak - Part 2 (Laksa Sarawak, Menyelusuri Sungai Sarawak & Waterfront)

... sambungan ...


Bangun dari tido selepas melepaskan lelah, terus berjalan menuju ke Waterfront. Masa tu dah pukul 3 lebih. Dari Tune Hotel ke Waterfront taklah jauh mana... sepelaung je kate orang tua2... hehehee... agenda utama adalah mencari makan. Perot lapo memasing. Pusing punya pusing... takde kedai Melayu yang jumpa. Kedai Cina, memang banyak. Hadoi... masalah!!! Itu pun kedai2 cina tu tengah kemas2 nak tutup. Lagi satu halamak...

Masa kat China Town, aku tanyelah dengan seorang kakak yg sedang tulis surat saman kat kereta yang diparkingkan kat situ. Dia kata kat Main Bazaar ada 2 buah kedai makan halal punya. Ok, teruslah kami ke Jalan Main Bazaar.

Sebelum tu, sambil2 berjalan cari2 kedai makan, adalah kami singgah-menyinggah. Almaklumlah, kite ni kan pelancong. Berhenti tangkap gambo dan sebagainyalah... hahahaa!!!


... berlatar belakangkan ASTANA ...

... bahaya betul tempat ni lebih2 lagi kalau ada anak kecil. kalau terjatuh, terus tergolek masuk Sungai Sarawak. Choiii!!! ...

... tak tau kenapa muka aku macam ni, hisk! ...

Tapi mcm Tua Pek Khong yang merupakan tempat orang Cina bersembahyang tu, kami hanya bergambar di luar sajalah.

... di hadapan Tua Pek Khong. kalau surf internet, tempat ini merupakan salah 1 tempat tarikan pelancongan. tapi kita orang Melayu / Islam, ape ke halnya pulak nak p melawat tempat cam ni ek... bergambar sekadar untuk kenangan ...

Di Jalan Main Bazaar tu kami jumpa 1 kedai. Dengan confidentnya melangkah masuk sebab nampak ada seorang pelanggan yang duduk di situ memakai tudung. Kalau akak tu takde, haruslah kami waswas nak melangkah masuk. Apa yang boleh dilihat di sini, tuan kedainya Cina dan orang Melayu menumpang berniaga dalam kedai tu. Tuan kedai cuma buat air je...

... Laksa Sarawak - RM4.00 semangkuk. Boleh tahan sedap ...

Kami order Laksa Sarawak. Aku memang teringin nak makan. En hb kalau boleh tu nak makan nasi sebab dr pagi belum pekena nasik lagi. Tapi bila tengok lauknya yg tak kena dengan selera, sekali juga minta Laksa Sarawak. Mee kolok dah habis pulak masa tu... huhuhuuu... masa kami tengah makan tu, aku tengok pembantu dalam kedai tu sibuk mengemas. Hairan sungguhla.... rupernye kedai tu dah nak tutup. Lor.... deme ni memang meniaga sampai petang aje... bukan sampai ke malam. Main Bazaar di waktu malam memang mati! Tapi beralih ke Waterfront dan Riverside... maknenya kalau nak shopping, waktu siang saja. Malam, kedai2 di Main Bazaar tutup....

... Jalan Main Bazaar ...

... salah 2 kedai yang menarik perhatian - ANIKA BORNEO ...

... pak cik penambang dah tunggu kat belakang, aku sempat pose dulu ehehehee ...

Kami jalan2 kat Waterfront. Masa berhenti kat jeti, seorang pak cik yg bawa penambang tegur, "naik bot RM25-1/2 jam..." aku pandang en hb dan pandang pak cik tu semula. "Tak apalah... RM20 sudah..." Set ajelah... Kami menyelusuri Sungai Sarawak. Melalui tebing2 kampung. Menurut kata pak cik tu, penduduk2 yg tinggal di tebing tu kebanyakkannya bekerja pemerintah (orang kerajaan). Namun ada juga yang bekerja sendiri & nelayan.

... pandai pak cik snap gambar pasal kamera aku ni klu tak betui gaya pegang, gambar gegar ...

... berlatarkan ASTANA ...

... Masjid Negeri (klu x silap) ...

... anak2 Sarawak sedang bermandi-manda. harus pandai berenang ...

... penambang. hanya 40sen seorang, bayarannya ...

Masa pusing balik tu, kami minta diturunkan di satu hentian yang mana di situ boleh pergi ke Taman Orkid. Itu pun aku tanya seorang kakak (orang tempatan) yg mula2 sama naik penambang dengan kami. Perjalanan ke Taman Orkid dari jeti tu lebih kurang 100m. Tapi bila dah sampai, tengok dari luar mcm tak menarik je. Jadi kami cuma bergambar di luar aje... tak masuk pun....



... hadapan Taman Orkid ...


... suka dengan gambar ni. guna self timer. tapi orang2 di belakang tu, mengacaulah! ...

... aku ...

... dia ...

Kembali ke Waterfront, kami duduk2 di dataran berhadapan dengan Tugu James Brooks. Bergambar dan berbual kosong sambil tengok orang lalu lalang. Malamnya sudah ada agenda... lewat petang baru kami kembali ke hotel...


Riverside... malam baru hidup... siang, kuyup... huhuhuuuu

... bersambung ...

7 comments:

kak ina kl said...

amboi gi honey moon nampak..tahun depan keluar lagi sorang..

HaSue said...

wahhh kak pija..bestnya gi honeymoon..hihi..byk ke memborong rempah laksa,ikan terubok masin n browning sugar kak?hehehe...

Fiza Nordin said...

k ina,
hikhik... harap2 taklah... ehehee

hasue,
beli ikan terubuk & kuih lapis je... nnt nak ke KK plak... boleh jumpa hasue ek...?

Anonymous said...

tgk waterfront
tingat masa g sana
lst year
bli kek lapis kat mana?

Fiza Nordin said...

nana,
tunggu next n3 ek, hehee

Syafa said...

sonok nyer kak honeymoon lagii...aku lak yg berangan ade kat sane..kahhh..semoga rumahtangga kalian kekal hingga hujung nyawa..Aminn

Nur68 said...

Fiza..Main Bazaar dan kawasan yang sewaktu dengannya tu mmg Chinatown gitu...kalau Fiza p ke Satok barulah nampak kepelbagaian kaum kat sini..hehehe...gerai2 melayu mmg payah nak cari area tu...n yes area tu dorang niaga pagi sampai petang je..

kalau p kat area satok atau ke Kubah Ria byk pilihan gerai2 Melayu ...

nape tak procced je masuk ke dalam taman orkid tu..mmg cantik2 bunga orkid kat situ...

bila balik S'jung?

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)