Followers

Tuesday, February 22, 2011

Kuching Sarawak - Part 1


Alhamdulillah... honeymoon kami di Kuching, Sarawak kelmarin berjalan agak lancar juga... syukur kepada Ilahi... tiada kejadian tidak diingini berlaku melainkan yang baik2 saja. Kalau pun ada yang tak puas hati & ralat, semuanya dapat diatasi dan diterima minda.


Cerita2 honeymoon bermula...

Our tickets...

Flight kami ke Kuching dari KLIA pukul 7.20min pagi - 16hb Februari, 2011. Seawal pukul 4.30pagi kami dah bangun dan bersiap2. Kami bertolak dr rumah kakak aku di Tmn Sri Bayu, Bagan Lalang. Since yesterday nya kami dah sampai ke rumah Kak Yong. Sementara kami ber 'honeymoon', Kak Yong lah akan jaga & tengok2kan anak2nda tu... Kami minta tolong abang ipar aku - abang Mat yang hantarkan kami ke KLIA. Pukul 5pg keluar dari rumah. Masa tu anak2 semua tidur lagi. Kami bersiap2 pun perlahan2 & penuh hati2... takut ada yang terjaga. Lebih2 lagi Mierza. Haruslah dia menangis meraung nak ikut kalau dia terjaga... Boy & Baby ok je... tapi takut aku pulak yg sedih hati nak tgk anak2 ditinggalkan. Ngeh3...


Pukul 5.30pg sampai KLIA... kaunter dah buka. Teruslah check in. Kami bawa 1 bag seorang. Guna back pack aje... fikir2, senang nak bergerak. Aku yang baru 1st time nak merasa naik kapal terbang ni, memanglah tercangak2 sikit. Bukan 'batak' ek...hahahaa but still of cozla... control!!! 6.20pg dah berada di waiting area no. 8. Dari waiting area tu dah nampak kapal terbang yang bakal naiki sedang diselenggara. Perasaan tak sabar tu semakin meluap2lah... hehehee...

awal pagi... matahari baru nak menampakkan diri...


Masa kapal terbang mula laju menuju naik ke udara, mmg ada rasa gerun sikitlah... tapi ok je... begitu juga bila masa kapal terbang tu 'buat leap'... hahahaaa. Tidak dapat dinafikan perasaan amat teruja melihat permandangan sekitar dari tempat tinggi... aku beria2 mencari mana rumah kakak aku. Tapi haram tak nampak sebab mata aku memang melilau... nak pandang itu dan ini. Pencarian tak concentratelah! Hehehee... Sepanjang perjalanan, aku asyik memandang keluar. En hubby pula menyambung tidur... ini orang memang suka tidur! Haiya....

bukti... ini orang mmg suka tidur!



ni masa kapal terbang menunggu 'q' nak berlepas...

Kami mendarat di Kuching International Airport seperti waktu yg dijangkakan - pukul 9.20min pagi. Lapor diri di Imegresen. Terus menuju ke kaunter Taxi Airport. Bayaran dari Airport ke Tune Hotel - RM30 dengan menaiki kereta Innova. Agaknya yg bawa kami tu orang tempatan. Sebab Innova tu langsung takda cop sesuatu company. Dan mungkin kerana itu bayarannya lebih dari yang sepatutnya cuma - RM10 seorang. Huhuhuuuu....

Disebabkan kami pergi ni tanpa bawa tuala dan sebarang toiletries, aku minta kami diturunkan di Kompleks Tun Jugah. Kami sepatutnya check in pukul 11pg (early arrival, +RM15. Check in sepatutnya pukul 2pm). Sampai Komplek Tun Jugah, lagi 5 minit pukul 10pg. Banyak kedai tak buka lagi. So we decided cari kedai makan untuk bf dulu. Pusing punya pusing, tak jumpa kedai Melayu. Kedai Cina aje banyak... bila perut dah lapar, badan pun mulalah terasa penat. Akhirnya jumpa juga 1 kedai. Itu pun buat kami yakin kedai Melayu sebab ada 3 orang Melayu sedang duduk di kerusi, kaki lima kedai tu. Pesan sekeping roti canai kosong utk en hb & roti canai telur utk aku, teh & nescafe tarik - cost RM7.80.

Sungai Sarawak... permandangan dari atas kapal tobang sebelum landing turun airport...

Komplek Tun Jugah tu kedai2 yang tiada berkenaan dengan kami. Kami masuk dan keluar semula. Kami try pulak masuk Sarawak Plaza. Betul2 depan pintu masuk, ada information kaunter. Tanyalah cik adik cantik molek tu di mana Tune Hotel. Alamak, tak tahu! Tak pernah dengar katanya. Haiyooooo!!!! Ini orang mane datang???? Kahhhhhh Tapi dia bg kami Map Travel Guide Kuching, Sarawak & highlightkan no telefon Tune Hotel. Suruh kami call sendiri & carilah sendiri. Hisk!!! Dah siap beli apa2 yg patut (tuala & toiletries) dlm market kecil (Eversave nama market tu, klu x silap) tingkat bawah, Sarawak Plaza tu, kami bergerak keluar utk cari Tune Hotel. Aku ada surf internet, katenya Kompleks Tun Jugah cuma walking distance aje dengan Tune Hotel. Jadi tentulah same juga jaraknya dengan Sarawak Plaza sebab kompleks ni berdepan je...

me... suka tangkap gambar kerut2 kening... dah mcm habit pulak... tak suke!!!

Kami berjalan ikut langkah kaki je... tak kuasa nak call Tune Hotel & bertanya arah. Sampai di bawah bangunan Riverside Majestic, en hb tanye dengan pak guard situ. Nak senang katanya, dia suruh kami masuk building tu, ada Parkson. Naik tingkat 2 dan keluar semula dari building itu. Jalan ke hadapan. Tune Hotel cuma di belakang building itu aje, katenya. Ikutlah arahan... tapi berpeluh juga nak sampai ke bangunan Tune Hotel dr yg dimaksudkan 'cuma di belakang' bangunan... huhuhuuu.... but then bila dah petang, kami jalan2 sekitar situ, barulah perasan. Kalau kami tak masuk Parkson tu, sebenarnya perjalanan akan lebih dekat. Hadoiiii la.....!

Sampai hotel dah pukul 11.35pg. Dapat bilik no.255. Masuk je bilik terus tidur. Terbongkang kepenatan laki binik! hahahaa....

.... bersambung ....

6 comments:

Rosmaniza @ Ogy said...

cepat update part 2, x sabor ni..hehe

Kak Rose said...

besnya cuti2 mesia... banyak shopping ker?

Nur68 said...

kalau fiza dtg weekend boleh le shopping ke pasar serikin yang terletak disempadan Malaysia/indonesia...boleh borong mcm2 barang esp brg2 spt telekung & baju2 kebaya...

mama Mya Elzara said...

kak Fiza... cepat2 sambung Next entry yer... tak sabar nak baca info & tips percutian akak kat kuching... sbb sy akan ke sana next week...

A.I said...

ye ke terbongkang? mcm susah aku nk caye. hehe...syioknya dpt berhoneymoon berdua gitu. kompom la lps ni mierza dpt adik! haha..

Fiza Nordin said...

g,
aku pun tak sabo nak bercerite. tapi blogger ni mcm boikot aku je...jenuh aku upload gambo, haram maunye kuo. dah resize gambo pun gitu jugek...haremsss tul!

k rose,
shopping itu harus hahahaa

nur68,
mmg ke Serikin. tp tak beli telekung & kebaya. telekung dah ada banyak & kebaya pulak, keadaan tidak mengizinkan hikhikkkk

mama mya elzara,
sabaq na dik... akan diusahakan hehee

besan,
betuila... hahahahaaa!!! tiada dlm perancangan besan...tp klu ada harus aku terima huhuuu

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)