Followers

Monday, December 20, 2010

Kenduri Doa Selamat, Bacaan Yassin & Tiup Lilin Boy, Baby & Mierza


Salam dan alhamdulillah syukur ke hadratNYA.... selamat dah berlangsung kenduri yang diadakan pada hari Sabtu - 18/12/2010 yang lepas dengan jayanya. Syukurlah semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. Semoga majlis diredhai olehNYA, amin!


Kenduri diadakan secara rangkuman. Sekali dengan berpindah ke rumah 'baru' ni, tahlil untuk arwah apak (Nordin) & mak (Zainah) aku, mak mertua (Kalsom) & abang (Zainal Abidin) aku yang telah pergi mengadap Ilahi. Mak Ina (kakak aku yg duduk di Bagan Datoh) tu pun tumpang sekali untuk arwah ayah mertuanya (Aziz). Sekalian, buatlah sambutan birthday yang dah terlalu jauh ditinggalkan. Sebenarnya anak2 lahir bulan Julai (Boy-11/7, Baby-4/7 & Mierza-12/7) tapi barulah ini sambut. Itu yang sebut 'tiup lilin' tu... hehehee... sesaje je sebenarnya nak buat anak2 syiok sekaligus menunaikan janji pada anak2. So settle la dah janji dengan dia orang tu terutama Boy & Baby. Mierza belum faham & tak pandai minta2 lagi...

My sister - Mak Ina & her dotter - Aishah

anak2 buah yang sedang meningkat naik... bergilir2 mengadap pc. Jenuhlah menyuruh buat kerja!

Pada awalnya, menu kami adalah nasi ayam. Kemudian tukar - nasi lemak. Dan sudahnya, sehari sebelum majlis berlangsung, hubby kata, "tak payah susah2. Kita beli saja satay. Rebus nasi impit & kukus pulut kuning makan dengan rendang kerang campur kacang panjang." Pulut kuning makan dengan rendang kerang campur kacang panjang tu feveret makanan arwah mak. Itu yang usaha juga membuatnya.

sedekah arwah...

isinya...

Kakak2 aku - Kak Yong & Mak Ina yang masak. Aku tolong2 aje sambil2 menguruskan rumah dan keluar ke sane ke mari beli barang itu dan ini. Mak Ina sampai petang Jumaat +- pukul 3 dan Kak Yong dari Sepang sampai +- pukul 4.30 petang. Sampai2 terus memulakan operasi pembungkusan sedekah arwah. Tahun ini kami sedekah sebiji piring kecil berisi 3 jenis makanan, berbungkus dengan tuala kecil. Mak Ina bawa biskut kelapa & kuih bangkit. Beli dah siap dalam botol tu aja... bawa juga dari Bagan Datoh, nasi manis @ wajik. Aku buat kek lapis stoberi cheese (will update recipe later, I'Allah :D). Tahun lepas kami sedekah kain batik & makanan. Untuk tahun depan, sudah terancang. I'Allah kalau ada rezeki & diizinkan olehNYA, terlaksanalah niat kami tu nanti... amin!

me...

Goodies birthday anak2 aku terlupa nak tangkap gambar. Dalam plastik tu aku letak air kotak soya, keropok durian, gula2 spek mata & aku buatkan coklat oreo ber'edible image' campur2 karektor kartun Upin & Ipin, Spongebob & BEN10. Jadilah, kan....

Petang Sabtu lebih kurang pukul 3, aku dan hubby ke R&R Awan Besar - Satay Hj Samuri. Beli satay 500 cucuk (400 ayam, 100 daging). Pukul 6 petang semua dah get ready. Lepas Maghrib, tetamu mula hadir. Kaum2 wanita Blok N yang dijemput untuk bacaan Yassin. Actually, setiap 2 minggu memang ada jamuan ringkas mengikut jadual ke rumah penghuni blok N ni - yg mengambil bahagian. Dan rumah aku ni adalah penutup majlis bacaan Yassin ni untuk tahun 2010 ni...
I'Allah tahun depan kalau dapat nak book date untuk bulan 7. So, boleh sambut birthday anak2 sekalian dan mengingati tarikh pemergian arwah mak - 10/7. Wah... dah merancang! Hehehee...

Menu2 lain, pertama kali buat pemanis mulut - triffles. Resipi dihangkut dari blog Kak Ita. Thanks akak! Then, buat baby blueberi cheese tart & cream puff kastad. Dah petang, Kak Yan - jiran selang sebelah rumah datang dan hantar kuih gulung @ ketayap. Alahai, terima kasih sangat2...

Cream Puff Kastad

Baby Blueberi Cheese Tart

triffles...

kuih gulung @ ketayap

Untuk kek anak2, tiada yang istimewa pun. Asal ada aja... Jangan ingat mama tokey kek, kek anak2 kebabom pulak. Buat ikut permintaan anak2 je tu. Si baby nak kek Barbie walau pada mulanya dia nak kek Dora. Tapi cari2 edible Dora tak ada. So, dia dengan relanyalah tukar kehendak hati. Boy & Mierza aku buatkan kek Ben10 as their fanatic cartoon fan. Hehehee... Barbie kek tu guna kek coklat with buttercream topping sementara kek Ben10 tu butter kek with fresh cream topping. Dihias dengan buah2an - strawberi & anggur. Ingatkan kemudiannya nak pipe coklat ganache kat buah2an tu, terlupa pulak sampai ke sudah. Hah, begitu sajelah...

Barbie Kek untuk Baby...

My sister - kak yong... teringin jugak nak menghias kek. Belasah ajelah...

kek Ben10 untuk Boy...

me & my Mierza...

Terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri. Maaflah kalau layanan kurang memuaskan. Kepada yang tak dapat hadir walau telah dijemput, no heart feeling. Biasalah, masing2 ada hal sendiri. Kepada yang tak dijemput & terlepas pandang, maaf banyak2.

jemput makan & terima kasih...

8 comments:

Noorma Ismail said...

Salam..waaa,,meriah majlis ko. Piring bungkus towel tu org dulu2 punya style kan..kat Perak mmg selalu buat cenggitu.. Tapi rendang kerang+kacang tu pun mmg nostalgia. Arwah nenek aku pun suka makan.

Mommy Prince said...

wah.. wat keje kat dapur pakai baju m.com ..kelas gitu.
sorry kak za tak dpt joint.maklum lah laki mak tade. mak ni rabun nk drive mlm.sorry bebyk yer

Fiza Nordin said...

noorma,
entahlah, mgknlah agaknye org perak punya stail tu. kakak aku yg dok kat bgn datoh tu punya rancangan.aku keluarkan modal aje as aku pemegang duit kutipan sewa bulanan rumah arwah mak tu....rendang kerang+kacang panjang tu mmg nostalgia sungguhla kat kami ni....

nik,
hahahaa dari bersimpan je dalam lemari, kan... lebih baik mak godam pakai sehari2.oklah nik, nak wat camnekan...i'Allah next year aku buat siang. Haruslah datang ye....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam fiza..
alhamdulillah.. dah selamat semuanya..
akak pun sori gak tak dpt dtg walaupun dekat.. suami akak keja mlm.. & akak ni mmg tak sanggup nk bwk anak2 tanpa suami ke majlis2.. anak2 akak tu buas.. risauu tak terlayan.. & lg satu sebenarnya anak akak yg kecik tu sakit mata.. belum baik sepenuhnya lagi masa tu.. (mmg byk bg alasan kalau tak dpt pegi kan? hehehe...)

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

Salam Akak Fiza...
Ampun lama noi tak singgah sini...
Alhamdulillah selamat dah semua majlis tu...
Rendang+kacang pjg tak pernah dgr lagi...camne ekk rupe nyer...

Anonymous said...

salam fiza,

tak de rezeki nak kumpul sama2...
next time kena plan n btau awal2 so tak bertembung tarikh nya..hehe

idayu

Aellynn Darlene said...

tedapnyerrrrrrrrrr mknn2 tuh. maaf kak za, tidai kesampaian ke teratak mu itew. lain kali insya'allah ye

A.I said...

meriahnya!! makanan pon sedap2 aku tengok. huhuhu..xde rezeki aku nk dtg. aku ke Bentong mlm tu. ni pestime aku tgk sedekah arwah tu. kretip gak ye bg skali ngan piring tu :)

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)