Followers

Thursday, December 30, 2010

Janin....


Maaflah kalau ada yang muntah... lagi2 aku tepek cerite tengok wayang yek... habis tu??? Tengah ada peluang, kan... aku ni dapat 'lesen' p tengok wayang dengan anak2 buah aje. So, bila anak buah ada, aku gunakanlah peluang sebaik2nya... Terima kasih diucapkan kepada en hubby nan terchenta itu.

Cukup bagus! Tengaharinya aku tengok cerite Aku Masih Dara dan petangnya aku tengok Janin pula.... perghhhh, sakan! Lepas je habis wayang Aku Masih Dara pukul 3 petang, aku terus hantar Boy & Baby balik. Show untuk Janin pukul 5.20 petang.

Aku tak boleh berlengah2 walaupun Sunway Pyramid dengan rumah aku dekat je... sebabnya masa aku keluar dari parking Sunway tu, aku tengok kat seberang jalan, kereta berderet memasuki parking lot kompleks tu. Ada jugak aku tengok kereta tersusun dipaking di tepi jalan. Menunjukkan kawasan dalam parking kompleks dah sesak dengan kenderaan. Tapi yang syioknya parking lot kat Sunway Pyramid ni, ada lampu indicator. Kalau space tu ade kereta, lampu tu akan merah dan kalau kosong, lampu akan hijau. So dari jauh pun dah boleh nampak, mana parking lot yang kosong. Cepat dengan lambat ajelah 'berlumba' dengan orang lain dan mendapatkan paking lot yang kosong tu...

Cerita terbitan Grand Brilliant yang dilakonkan oleh Eja, Hairie Othman, Rashidah Jaafar, Sherrie Merlis dan lain2 ni pada aku seronok juga. Aku anggapkan cerita ni cerite seram giler bila tengok pada trailernye, pada posternye juga. Tapi hakikatnya adalah sebuah cerite sedih... menangis meleleh2 air mata aku di penghujung cerita tu. Sangat2 menyentuh naluri keibuan aku.

Aku cadangkan... pergilah tengok!

* hajat hati nak tengok "Damping Malam" yang bakal ditayangkan di pawagam hari ni. Tapi macam tak dapat tengok je... Anak buah - Eja dah balik. And for sure masing2 sibuk mempersiapkan diri dan kelengkapan untuk kembali ke sekolah tak berapa hari lagi. Huhuhuuu *


1 comment:

mummy_ayu said...

sedih ker? ayu tgk trailer mcm scary sgt..takut nak tgk...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)