Followers

Wednesday, December 29, 2010

Jalan2 Sunway Pyramid


Jarak dari rumah aku dengan Sunway Pyramid taklah jauh sangat... kurang 10minit pun boleh sampai... ni gambar2 yang sempat dirakamkan ketika aku, anak2 & anak buah (Eja) pergi tengok wayang cerita Aku Masih Dara tempohari...


Selepas ambil tiket, anak2 ajak pergi main games yang terletak berdekatan dengan panggung wayang tu. Setiap seorang aku bagi 4 token (RM4). Tak boleh banyak2... walaupun kalau diikutkan, dia orang dah merayu2 minta tambah. No, no, no!!! Or aku tarik balik peruntukan tu. Tak payah main terus. Ok, senyap & ikut arahan! Hahaha....

Memang nak gelak tengok Baby main kereta racing ni... aku dah cakap, pergilah main permainan lain. Tak nak... nak juga main permainan yang macam abangnya dan Kak Ejanya main. Sudahnya, kaki pun tak sampai nak tekan pedal minyak... haishhh!!!

Macam biasa, kalau ada agenda untuk tengok wayang, en hubby adalah manusia terkecuali dalam program. Ibarat kata, "pergilah, aku tak heran!" Ekekekee.... So dia tinggal di rumah seorang. Mierza masih di rumah kakak aku kat Sepang. Aku keluar rumah pukul 10pg ketika tu, dia masih tidur. Sebab semalamnya dia sampai rumah pukul 5.30pg. Ke majlis reunion bekas rakan2 sekolahnya di Tanjung Malim.

Berbalik pada program kami, ketika itu masih ada masa lebih kurang 1 jam lebih. Show kami pukul 1.30tengahri. Memandangkan masa tu pun dah nak masuk tengahari, aku bawak anak2 & Eja makan tengahari. Plan kami memang nak makan Pizza Hut memandangkan aku ada 2 Hot Tiket Maxis penukaran dengan personal pan pizza. Cuma tambah RM1. Dengan kami2 ni, takl
ah rasa tak cukup malah berlebih. Sementelah lagi, masing2 ada order sampingan lain.

baby & boy...

my boy....

me wif my boy...

Eja...

Anak2 gembira. Cuma keterujaan dia orang nak menonton Janin tak terlaksana. Si Baby dah meronta2 kata... " kalau tak dapat tengok Janin, nnt mama bawak kita tengok Damping Malam ye..." Huh, Damping Malam pun dia tak boleh tengok jugak. Bila aku cakap, "tak boleh By... umur Baby tak cukup lagi..." Terus tarik muka 14! Hadoi!!!

.::. us .::.

2 comments:

Lyana said...

owh...sgt dah lame tak pergi sunway pyramid..hukhuhkuk

Aishah @ Ariffin @ Aqil said...

seronok anak2 sesekali ikut kuar tempat camtu...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)