Followers

Monday, December 05, 2011

Kincam Goreng Oyster

Arghhh.... Alhamdulillah, holiday singkat 2 hari 1 malam ke Cameron Highland kelmarin selamat pergi dan balik. Lama betui tak panjat Cameron. Kali terakhir pergi masa zaman bercinta dengan en hubby. Sekarang dah anak 3 baru sampai lagi hihihiiii..... Kami pergi dengan 7 buah kereta semuanya. Bersama2 jiran2 tempat tinggal kami ni. Kite bawa anak2 buah - fafa, eja dan Ema. Memang penuhlah kereta di tambah dengan beg pakaian. Huhuhuuu masa tu terasa tak besar mana pun alza tu hahahaaa

Masa ke Cameron tu adalah beli sedikit sayur-mayur. Act hajat utama ke Cameron tu bukanlah sebab nak beli belah pun. Lebihnya nak jalan2. Tapi dah sampai tu, soping2lah sekali, kenssss... Kite tak fikirlah pasal harga pun. Beli sebab terasa nak beli dan benda tu memang kite nak je...

Antara sayur-mayur yang dibeli adalah Kincam. Sejujur dan seingat2lah, belum pernah makan kincam ni. Tapi kite beli sebab Kak Pah (jiran duduk tgkt 3) kate sedap dan bgtau camne cara nak masak. Bila dah masak dan dah rasa, owh ok... tekak ni rasa macam makan sayur asparagus. Rangup2, sedap!

1 paket tu kite beli campur2 - 3 sayur - RM5. Kite campur2kan sayur kincam, baby kailan dan pak choy. Kincam tu kite masak 1/2 paket je. Sebab yang makan sayur pun kite dan en hubby je. Klu masak semua kang tak terabis pulak... Separuh lagi masak esok2 luselah....


Bahan2

1 mangkuk kecil sayur kincam

1 bj bawang merah (kecil - hiris)

1 ulas bawang putih - ketuk2

1/2 bj cili merah - hiris

7 ekor udang

1 sb oyster sos

Garam dan aji secukupnya

2sb minyak


Cara2

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sekejap.

Masukkan udang. Goreng sekejap.

Masukkan kincam. Goreng sekejap.

Masukkan oyster sos.

Perasakan dgn garam dan aji.

Siap...


Published with Blogger-droid v2.0.1

10 comments:

tun_telani said...

kak fiza, tun x pernah dgr lg sayur kincam nih.. nmpk mcm kacang buncis. hihi

Fiza Nordin said...

tun,
akak pun 1st time semuanya hihihiiii
kacang buncis tu panjang, ni pendek2 je....

Sawanila.com said...

Goreng tempura pun sedap...

Amie said...

ooo..itu namanya sayur kimcam, pernah nampak, ingatkan jenis kacang buncis panjang, rasanya pernah beli dan masak juga tau...

Cendana Kasih said...

aku pun tak pernah makan kincam tu lagi..masa kat cameron ada ler jual kincam goreng, skali ngan cendawan goreng, tp tak teringin pun nk beli...oooo...macam kacang yer rupanya...nanti kalo naik cameron lagi boleh la aku beli...

Eh..ko pegi cameron lalu mana? ikut simpang pulai ke ikut tapah?
aku serik la pegi cameron lalu ikut tapah tu... dekat 3 jam baru sampai..dah la jalan mcm ular kena bedal...

Fiza Nordin said...

sawanila,
Nnt nak try juga tu...

Fiza Nordin said...

k amie,
1st sy tgk ingatkan putik jagung yg belum berputik hihihiiii

Fiza Nordin said...

Noorma,
Yep, kat pasar malam brinchang melambak orang jual yg dah siap goreng tepung tp aku tak beli sbb yg jualnye org cina.... Aku ikut tapah. Idak le pulak sampai 3 jam aku naik ke atas tu tp mmglah jln ala2 ulo kene palu hihihiii

intan morsalin said...

pernah mkn kimcam celup tepung..tp x pernah wat sayur lagi..kalau gi cameron lagi bleh bli kimcam ni.

Fiza Nordin said...

Intan morsalin,
Ya, klu berpeluang ke cameron lg, sy akan beli lebih2.lebihan separuh lg tu sy ingat nak buat goreng tepung juga....terima kasih kerana sudi singgah di sini :)

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)