Followers

Wednesday, December 28, 2011

Kek Pelangi aka Rainbow Cake...



Hape punye tajuk n3 daaa... Hehehee...

Kek yang sedang masyhur di kedai2 kek online, betui tak...? So kite pun tak naklah ketinggalan jauh sangat ke belakang. Maka terjadilah kek ini di dapur kite. Tujuan utama bukanlah nak merasa sangat tapi lebih pada nak mencuba dan kemudiannya disnap2 dan dijadikan promosi. Namun di sini tetap kite kongsikan resipinya. Yang rajin nak mencuba buat sendiri, silakan. Kepada yang malas, tak ada masa dan sebagainya, bolehlah order saja dengan kita. I'Allah kalau tak busy dengan tempahan lain, kite terimalah tempahan anda.

Resipi kite ambil di blog K1 @ Citarasawan. Resipi asal dari Martha Steward.

Kita menggunakan loyang saiz 7inc sbb kite ade 2 biji loyang saiz tu. Mengikut resipi menggunakan loyang saiz 8inc.


Bahan2

430 tepung gandum

4sk baking powder

1/2st garam

340g gula kastor -  too sweet di tekak kita. Boleh kurang pd 300g saja.

375g susu segar

5bj putih telur - suhu bilik

2st esen vanila

Sedikit coklat powder (kita guna milo)

*pewarna: merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu - pilihan.


400ml whip toping krim - putar hingga kembang dan bertanduk (meringue)

- untuk sapuan di setiap lapisan kek dan seluruh kek.


Cara2

1) Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2) Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan essen dan putih telur sedikit demi sedikit. Putar hingga gebu.

3) Masuk tepung gandum berselang-seli dengan susu segar - putar sebati.

4) Bahagi pada 6 bahagian (+- 260g setiap mangkuk). Letak pewarna dan gaul.

5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengser marjerin dan lapik dgn kertas minyak. Bakar dlm oven yang telah dipanas - 170c, 15 min.

6) Sejukkan atas redai. Sapu krim whip dan ayak serbuk koko. Lakukan pada setiap lapisan hingga habis. Salut tipis seluruh kek dan simpan dalam peti ais 4 jam atau semalaman. Krim lebihan juga simpan dalam peti ais.

7) Keluarkan dan sapu krim lebihan dan hias kek mengikut citarasa anda.


Selamat mencuba :-)


Published with Blogger-droid v2.0.2

8 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantik teringin sangat hendak buat kat anak punya birthday. Akak ambil resipi ya.

geraugebang said...

tu dia...pelanginya...ni bukan pelangi petang ni...pelangi sampai ke malam ni...ki ki ki

Fiza Nordin said...

K paty,
Terima kasih.silelah ambil kak.tiada larangan kerana sy juga ambil resipi dr org lain juga hihii

Fiza Nordin said...

K gerau,
Mlm boleh nampak pelangi ke??? Hikhikk

Anonymous said...

tumpang tanya..awak ada 2 loyang so tpksa la masak 2 lapisan je kan tpung yg untuk 4colour lg 2 awak simpan kat mane..tak pe ke klau kte biar kan tpung 2

Fiza Nordin said...

anon,
ketepikan sekejap sementara gunakan loyang tu utk bakar adunan 1&2 tu...x salah biarkan sekejap...2/3 jam ok je....

Anonymous said...

buy diazepam online can you buy valium india - buy valium online no prescription canada

Anonymous said...

Hi! I've been reading your website for a while now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Dallas Tx! Just wanted to tell you keep up the fantastic job!

Here is my homepage; coffee pure cleanse reviews

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)