Followers

Wednesday, August 18, 2010

Caca Marba Berbuka Puasa - Ramadhan 2010


Salam semua... salam ramadhan :D

Alhamdulillah hari ni dah 8 hari kita umat Islam menunaikan puasa. Semoga amal ibadat kita diterima olehNYA, amin! Alhamdulillah aku belum tinggal puasa lagi. Tapi bakal tinggallah nnti.... hehehee biasalah tu, kan...

Ikan Sepat Goreng

Anak2 masing2 dah tinggal 1 hari. Cuma Baby tu aku musykil... sebab hari pertama berpuasa, dia kata dia makan nasi lemak yang disuap kawannya. Mula2 dia kata dia lupa. Tapi lepas tu dia kata dia saje... sudahnya kami suami isteri malas nak bertanya apa-apa. Tapi yg pasti katanya, dia cuma makan sesuap nasi itu ajelah. Minum pun tidak. Dan waktu dia balik dari sekolah tu, memanglah nampak dia melepek habis. Benar2 rupa budak sedang berpuasa.... wallahualam!

Ikan Kembong Stim
Feveret En. Suami...

Yang Boy pula, masa puasa ke 5... masa dalam kereta perjalanan ke sekolah aku tengok dia diam aje. Selalunya mesti bergurau dan berkelahi dengan Baby. Sampai kering2lah tekak aku meleraikan dia orang sambil memandu. Dia kata dia rasa macam nak muntah. Jantan aku ni memang cembeng sikit budaknya. Sambil cakap dia nak muntah tu, air mata dan bertakung kat kelopak. Risau jugak kalau apa-apa. Dah sampai kat tepi sekolah sebelum dia turun dari kereta aku tanya, dia nak puasa ke tidak. Dia diam saja. Aku bagi duit RM3... dia ambil. Maknenye??? Tak nak puasalah tu, kan. Hahahaaa!! Aku suruh dia makan nasi dan beli air. Since sekolah dia campur budak India dan Cina, tak adelah payah sangat dia nak makan dan minum di sekolah. Sekolah yang mejoriti Melayu pun aku rasa, kantinnya tetap buka di bulan puasa ni...

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Bulan puasa ni Encik Suami tu keluar kerja pukul 4.30 petang. Tapi anak2 keluar pukul 5.30 petang. Kasihanlah Encik Suami tu kena stayback 1 jam. Tapi tak apa... dia boleh aje stayback kat office sebab dia mmg jenis kuat kerja punya. Hehehee... Tapi aku sangat kesian semalam. Dah pukul 7.15 mlm pun En Suami dan anak2 belum sampai. Aku call, kata dah dekat. Bayangkanlah dari pukul sekolah pukul 5.30petang, pukul 7.15 tak sampau rumah lagi... huhuhuuu

Cempedak Goreng + Cucur Badak
Beli je...

Sampai2 aje rumah, baru letak bontot, azan pun berkumandang. Terus berbuka. Penat pun tak hilang lagi. Encik Suami kata jalan jem kat Petaling Jaya. Dari sekolah Baby nak menyampaikan ke roundabout Jalan Othman tu memakan masa hampir 1 jam. Padahal jaraknya kalau berjalan kaki, boleh ulang alik sepuluh kali. Bayangkanlah! Nak naik motor bukan tak ye... risau pulak anak2 cicir, Nauzubillah! Maklumlah petang2... mata mesti layu punya. Kena pulak angin menderu, hahaha!!! Memang syioklah tidur.

Oklah... panjang beno pulak n3 aku ni... terima kasihlah pada yang sudi baca. Picas makanan yg tak seberapa ni, korang layan2lah tengok yek. Takde masakan yang istimewa pun sempana Ramadhan ni. Masak biasa2 aje....

Siakap Masam Manis

5 comments:

~~ciklinn~~ said...

alahaii kesiannyer dorang lm bt balikk....

kakkk lama linn tak mkn masak lemak telurr tingin lak nak buat bila nmpk kat blog akk nie

A.I said...

dugaan bulan pose tu besen... ;)

wei, ikan kembong masak stim + lemak cili api telo itek tu leh dtgkan idea kt aku. maceh lalink...

ayien78 said...

aku teringin gak nk masak mcm2 utk laki aku mcm ko fiza...tapi alangkah tak bestnyer sbb laki aku bukan pemakan di bulan mulia ni...dia asyik nk minum jek... mkn yg simple2 sesimple ayam golek di stesyen minyak esso..hampeh..aku beriye2 nk masak..dia kata "takyahla Yang"
huhuhuhu....

Fiza Nordin said...

ciklin,
klu lame tak masak tu, sekali masak mesti mkn dgn penuh seleranya...

besan,
wc besan cayang!

ayien,
alangkah baiknya klu laki aku gitu hahahaaa apep2pun tetap syukur dgn kurnianNya.

kak ina kl said...

salam fiza..tengah bzzz ker buat biskut raya..rajin bebeno kamu ni..akak dah tak rajin dah..

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)