Followers

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka - 53 Tahun!



Salam...

Selamat menyambut hari Merdeka yang ke 53 tahun untuk semua...

Aku bangga menjadi anak Malaysia!
Moga keamanan negara terus dipelihara. Moga keharmonian dan kesejahteraan yang sedang dikecapi ini berkekalan selamanya. Amin!

Friday, August 27, 2010

Choc Cream Caramel


Salam semua...

Rupanya mmg buruk... tapi rasanya, wallah!!! Hehehee...

Sebenarnya puding gula hangus ni aku guna resipi Kak Hanieliza. Pepandai je tukar sendiri sebab mengikut resipinya, puding karamel berlapis coklat. Malas aku nak melapis2, tu yang pepandai terus letak choc emulco dalam adunan. Hihik... minta ampun Kak Lieza... untuk resipi, korang selongkar label pencuci mulut ye... resipi yang sgt simple.

Buat pun tak banyak... 1/2 tin susu cair je. Lebihan dari aku buat kuah puding roti kelmarin. Ingatkan stok susu cair masih dalam godok, tapi rupa-rupanya dah abish!!! Biasalah, nak hujung2 bulan ni, semua barang pakat nak habis je...

Selamat berpuasa semua!

Monday, August 23, 2010

Gulai Lemak Kuning Daging Panggang wif Rebung


Salam...

Menu juadah mengalahkan orang mengidam oleh Encik Sofie. Daging tu aku yang rebus. Encik Sofie tukang hempuk dan bakar. Tapi bako dalam oven aje, eheheee... memasak gulai lemaknya haku le... kes Encik Sofie dah teringin beno nak makan dari hari Jumaat lepas. Tapi disebabkan daging takde dalam simpanan, hajat di hati terpaksalah dipendam beberapa hari.

Pagi Ahad lepas Boy habis taekwando, kami terus ke pasar umah lama... beli daging dan stok ikan bersama sayur-mayur. Gitulah rutin kami sekarang ni. Walau dah tinggal di Puchong tapi beli ikan masih di Desaria - umah lama. Selalulah terserempak dengan jiran2 lama. Dia orang pun hairan. Dan adalah 4/5 orang yang menegur "Puchong takde ikan ke?" kahhhhhh!!

Berbuka dengan penuh selera kami. Alhamdulillah rezeki dariNYA...

Puding Roti Sos Kastad


Salam semua...

Diam2 masa berlalu... hari ni I'Allah dah 13 hari kita ramadhan... sekejap2 lagi dah nak raye... baju anak2 belum beli lagi. Baju mama & papa apetah lagi... huhuhuuuu... tapi idaklah heran sangat. Sebab mama & papa ni memang dah biasa gini. Cari2 baju baju anak2 last2 minit. Apetah lagi sejak2 arwah mak dah takde ni. Sebab dedulu kalau nak p shopping, kat arwah maklah tinggalkan anak2.

Hukhukhukk lagi.... rindu kat arwah mak. Tahun ni merupakan kali kedualah beraya tanpa arwah mak. Terasalah jugak walaupun kebiasaannya sejak arwah mak masih ada pun, aku memang akan beraya di kampung Encik Sofie dulu. Pasai pa...? Pasai kat sane cuma tinggal fil aje. Mil dah lama tak de, sejak sebelum aku kenal dgn Encik Sofie lagi. Jadinya, 'menantu hantu' nilah yang akan jadi tukang masak, tukang kemas umah dan tukang segala tukang sambil2 dibantu kakak ipar yang memang duduk tinggal di rumah itu bersama fil. Lebih2 lagilah sekarang ni fil dah tak sihat. Tak kisahlah beraya di mana pun, kan... asalkan hati sinang, eheheee.... aku sendiri pun suka beraya dengan suasana kampung. Jadinya sedang elok bebenolah tu!

Semalam terasa nak makan puding roti sos kastad. Teringat2 masa makan kat Holiday Villa aritu. Takkanlah pulak nak ke Holiday Villa semata2 nak p makan puding roti dia yg wallah tu, kan... huhuuuu! Jadinya kenalah buat sendiri. Dapat resepi dari MyR. Thanks pada Maya Zakri yang sudi berkongsi resepi ni... Actually aku dah pernah buat puding roti sos kastad ni lama sebelum ni. Resipi yang sama juga.


Aku kongsikan juga resepinya kat sini walaupun dah link. Untuk kemudahan diri sendiri dan korang2 yang terasa nak buat bila2 nanti k...

Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Saturday, August 21, 2010

Tat Nenas Selamat Ke Ipoh...








Salam semua...

Alhamdulillah 30 botol tat nenas tempahan orang Ipoh dah siap. Petang semalam abang ipar aku datang dan bawa ke Bagan Datoh. Nanti akan dihantar ke Ipoh, kolej anak angkatnya - Ain.

Itulah yang membizikan aku sepanjang hampir 2 minggu ini. Tapi bila dapat siap on time, syukur sangat. Kepala hotak pun tak pening. Dada pun tak sesak. Tempahan baking di bulan puasa ini pun agak kureng. Jadinya dapatlah luang2kan masa menyiapkan tat nenas ni...


Lepas ni akan sibuk nak buat shell tat pulak... lepas tu tempahan coklat pulak... lepas tu... heheheee berderet2 pulak yek... tapi... tempahan cookies raya masih terus dibuka untuk pengambian hujung ramadhan ya... jangan risau.

Yang penting, bank in deposit dan datang ambil sendiri. Minta maaflah banyak2... bulan2 puasa ni tak dapat nak buat delivery.

Call/sms (017-3113 226) atau email (sofie2_za@yahoo.com) aku untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Jom layan picas...

Wednesday, August 18, 2010

Caca Marba Berbuka Puasa - Ramadhan 2010


Salam semua... salam ramadhan :D

Alhamdulillah hari ni dah 8 hari kita umat Islam menunaikan puasa. Semoga amal ibadat kita diterima olehNYA, amin! Alhamdulillah aku belum tinggal puasa lagi. Tapi bakal tinggallah nnti.... hehehee biasalah tu, kan...

Ikan Sepat Goreng

Anak2 masing2 dah tinggal 1 hari. Cuma Baby tu aku musykil... sebab hari pertama berpuasa, dia kata dia makan nasi lemak yang disuap kawannya. Mula2 dia kata dia lupa. Tapi lepas tu dia kata dia saje... sudahnya kami suami isteri malas nak bertanya apa-apa. Tapi yg pasti katanya, dia cuma makan sesuap nasi itu ajelah. Minum pun tidak. Dan waktu dia balik dari sekolah tu, memanglah nampak dia melepek habis. Benar2 rupa budak sedang berpuasa.... wallahualam!

Ikan Kembong Stim
Feveret En. Suami...

Yang Boy pula, masa puasa ke 5... masa dalam kereta perjalanan ke sekolah aku tengok dia diam aje. Selalunya mesti bergurau dan berkelahi dengan Baby. Sampai kering2lah tekak aku meleraikan dia orang sambil memandu. Dia kata dia rasa macam nak muntah. Jantan aku ni memang cembeng sikit budaknya. Sambil cakap dia nak muntah tu, air mata dan bertakung kat kelopak. Risau jugak kalau apa-apa. Dah sampai kat tepi sekolah sebelum dia turun dari kereta aku tanya, dia nak puasa ke tidak. Dia diam saja. Aku bagi duit RM3... dia ambil. Maknenye??? Tak nak puasalah tu, kan. Hahahaaa!! Aku suruh dia makan nasi dan beli air. Since sekolah dia campur budak India dan Cina, tak adelah payah sangat dia nak makan dan minum di sekolah. Sekolah yang mejoriti Melayu pun aku rasa, kantinnya tetap buka di bulan puasa ni...

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Bulan puasa ni Encik Suami tu keluar kerja pukul 4.30 petang. Tapi anak2 keluar pukul 5.30 petang. Kasihanlah Encik Suami tu kena stayback 1 jam. Tapi tak apa... dia boleh aje stayback kat office sebab dia mmg jenis kuat kerja punya. Hehehee... Tapi aku sangat kesian semalam. Dah pukul 7.15 mlm pun En Suami dan anak2 belum sampai. Aku call, kata dah dekat. Bayangkanlah dari pukul sekolah pukul 5.30petang, pukul 7.15 tak sampau rumah lagi... huhuhuuu

Cempedak Goreng + Cucur Badak
Beli je...

Sampai2 aje rumah, baru letak bontot, azan pun berkumandang. Terus berbuka. Penat pun tak hilang lagi. Encik Suami kata jalan jem kat Petaling Jaya. Dari sekolah Baby nak menyampaikan ke roundabout Jalan Othman tu memakan masa hampir 1 jam. Padahal jaraknya kalau berjalan kaki, boleh ulang alik sepuluh kali. Bayangkanlah! Nak naik motor bukan tak ye... risau pulak anak2 cicir, Nauzubillah! Maklumlah petang2... mata mesti layu punya. Kena pulak angin menderu, hahaha!!! Memang syioklah tidur.

Oklah... panjang beno pulak n3 aku ni... terima kasihlah pada yang sudi baca. Picas makanan yg tak seberapa ni, korang layan2lah tengok yek. Takde masakan yang istimewa pun sempana Ramadhan ni. Masak biasa2 aje....

Siakap Masam Manis

Tuesday, August 17, 2010

Berbuka Puasa @ Holiday Villa, Subang Jaya

Salam semua... Ni cerita hari Sabtu (14/8/2010) yang lalu... aku berpeluang (atas keizinan en suami terchenta, thanks abang!) menjoinkan diri bersama-sama kawan2 X-SMTM (Sekolah Menengah Taman Medan) di Holiday Villa, Subang Jaya (again!). Organizer seperti biasa - Ebab. Thanks Bab!

Seperti biasa, happening dan seronoklah dapat berkumpul dengan kawan2. Actually majlis berbuka puasa ni untuk family. Tapi as usual en suami ku tak mahu menjoinkan diri sebab tak sanggup nak melayan karenah anakanda (lebih2 Mierza yang super aktif). Nanti dia tak dapat feel nak makan & sembang. Naik hangin pula. Boleh secara tidak langsung akan spoil kegumbiraan aku berkumpul dengan kawan2 juga sudahnya. Jadinya dengan kerelaan hati en suami, dia membenarkan aku pergi. Terpulanglah nak pergi seorang atau nak bawa anak/anak2. Hehehe...


Atas keizinan itu aku bawa seorang anak (huh, macam ramai beno anak bunyik ayatnye tu, kan... hahaha!!!) - Baby. Since Baby pun puasa. Actually Boy pun puasa jugak tapi Boy tu nampak dah besar sangat. Ni kes nak mengelak kena bayo. Hahahaaa!!! Baby tu kecik molek je....


Bersama Ita dan Ros yang berpenampilan baru.
Soalan laser, aku-"ko pakai tudung ni sebab bulan puase aje ke?" Hua hua hua... Ros-"moga kekal seterusnya..."
Alhamdulillah... aku? Biler? Entah...


Ina, Shima (berdiri) & Ijah...

Aku keluar dari rumah pukul 5.15 petang. Konon-konon nak mengelak jem... tapi terasa awal sangat pulak. Jadinya perjalanan dari rumah ke Holiday Villa, Subang Jaya tu mengambil masa 45 minit. Pukul 6 aku sampai. Bayangkanlah mcm siput sedut aku pandu kereta. Penuh ketenangan. Heheheee....

Zaidi's...

Baby bersama anak Zaidi - Batrisya Balqis. Mulut pok pek pok pek macam anak dara aku jugek...

Sampai2, sorang makhluk pun takde lagi. Then, Rosmadi muncul. Kemudian Zaidi dan keluarga. Kami2 dah cuak bila jam dah tunjuk pukul 7 tapi organizer, Bab tak sampai lagi. Orang2 yang ada di situ dah mula ambil makanan. Kami yang tak tahu di mana meja yang dah ditempah oleh Ebab terpaksalah tunggu Ebab sampai. Alhamdulillah bila Ebab sampai dan dan dapat meja yang ditempah, kami pun mulalah ambil makanan. Duduk2 beberapa minit terus sampai waktu berbuka. Aku duduk sekali dengan Zaidi & family, si bujang Rosmadi dan Ita & family.



Antara hidangan2 yang disediakan... lalu dengan tak lalu ajelah nak menelannye....


Biasalah... jenis PERUT SOPAN macam aku ni... beso aje lebih tapi boleh isi sikit2 je... lagi2 dah puasa ni... perut pun terasa sebu semacam aje. And yang lebihnya bila dah jumpa kawan2 ni... bersembang aje lebihnya... Seronoklah dapat berkumpul dengan kawan2. :D
Puding roti bersos kastad yang syedap, wallah!! Dari reunion hari tu aku makan puding roti ni.... hari ni dapat makan lagi. Padahal boleh je kalau nak buat sendiri & pernah buat sekali sebelum ni. Tapi masalahnya kalau buat ni kena ada geng makan. En suami dan anak2 kureng loooo....

Uppsss... untuk en suami di rumah, aku dah siap2 masakkan untuk dia, Boy dan Mierza sebelum keluar. Harus, harus siapkan makannya sebab en suami tu bukan jenis makan di luar sendiri2. Atas permintaan en suami tu, aku masakkan sotong masak sambal kacang, sup rebus cendawan dan ikan goreng kerisi. Barulah senang & lega sikit hati tinggalkan en suami dan anak2 di rumah. Dia pun dengan senang hatilah melepaskan aku keluar... heheheee Thanks dear!

Mencari "Tart Shell Press"

.::. gambar carian google .::.

Salam semua... puasa ke? Alhamdulillah aku pun belum tinggal puasa (setakat ini eheheee...).

Nak minta tolong dari kawan2 sekalian... kalau2 ada yang tahu di mana aku boleh dapatkan tool untuk buat tart shell ni. Harap dapatlah berkongsi info. Tak kira dari segi harga, kualiti dan sebagainya. Sangat2 aku menghargai komen2 kalian nnt.

Gambar di atas ni aku dapat dari carian google dan ianya di luar negara. Rasa2nya di Malaysia ini pun ada. Rasanyalah, hehehee... Tak perlulah sampai aku nak add to cart pulak, kan... jadinya aku ambil ajelah gambarnya dan jadikan rujukan di sini. Kalau sesape ade info mengenai peralatan ni, diharap dapatlah berkongsi info ye...

Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak


Salam...

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Moga tahun ini dapat kita sama-sama menunaikan ibadat ini dengan penuh keberkatan dan sekaligus mendapat keredhaan dariNYA.

Di kesempatan ini juga, aku memohon ampun dan maaf dari sekalian kawan-kawan yang sudi menjenguk ke halaman cyber ku ini. Andai ada terkasar bahasa dalam penulisan, terlebih gurauan dan sebagainya. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dariku dan yang baik dariNYA... daku hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan akan selalu berusaha menjadi manusia yang baik di mataNYA... amin.

Novel Terbaru "Hanya Kenangan"


Salam semua...

Alhamdulillah... kelahiran terbaru karya hasil nukilan saya - Hanya Kenangan. Boleh dapatkan di pasaran. Juga boleh dapatkan terus daripada saya dengan harga RM17.00 (tiada kos penghantaran) sahaja. Sms - 017-3113 226 atau email saya @ sofie2_za@yahoo.com

Juga boleh dapatkan di kedai2 buku berhampiran anda. Tapi kalau beli di kedai buku, harganya tertakluk pada pihak pengurusan kedai buku itulah ye... :D

Terbitan : Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Ketebalan : 423 muka surat

Jom layan sinopsis...

Ikatan persahabatan yang terjalin antara Suraya dan Tasya semakin kukuh dan kat apabila Tasya mengahwini abang Suraya, Adam. Mereka berkongsi segala cerita. Suka dan duka.

Pertemuan dengan Mak Leha dan cucunya, Taufiq melimpahkan belas di hati Suraya. Lalu bantuan dihulurkan tanpa curiga. Mak Leha dianggap bak ibu yang tidak pernah dia ada. Taufiq pula anak yang tidak pernah dilahirkan, adik kepada Hayqal, anaknya bersama suami tersayang, Azman.

Tiada yang menyangka, pencarian Mak Leha ke Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan perempuan yang pernah memecahbelahkan hubungan suami isteri mereka dahulu. Azman bermain kayu tiga dengan perempuan itu dan Suraya bersarang gusar. Bimbang kalau-kalau pertemuan dengan wanita itu bakal memutikkan perasaan sayang Azman kembali, walau suaminya bersumpah sayang dan setia untuknya.

Dan Taufiq, darah daging Azmankah? Sanggupkah pula Tasya mengambil anak kecil itu sebagai anak angkat sedang hati teman baiknya penuh sangsi, sama ada Taufiq, anak Azman ataupun tidak? Adam pula, mahukah menerima kehadiran anak angkat hanya kerana perkahwinannya dengan Tasya tidak beriring cahaya mata?

Monday, August 02, 2010

2nd Reunion SMTM

Salah satu item tempahan yg buat aku tak tidur...


Salam semua....

31hb July, 2010 - Sabtu adalah hari yang aku tunggu2... dapat kembali bersama kawan2 zaman persekolahan SMTM stand as Sekolah Menengah Taman Medan (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan). Ini merupakan reunion kami yang kedua. Moga lepas ni akan ada lagi.


Bertempat di Holiday Villa, Subang. Aku sampai lebih kurang pukul 1.45 tgari di mana masa tu memang dah ramai yang dah sampai. Ish, rase rugi plak sampai lambat. Lagi2 kena harung jem kat USJ dekat2 nak sampai kat traffic light simpang pasaraya besar Mydin tu.

Dan sebelum masuk ke tempat parking Holiday Villa, sempat lagi berurusan dengan Wani yang order kek dan apam blossom untuk majlis kenduri anak kecilnya sekaligus birthday anak & anak buah pihak suaminya. Wani yang sepatutnya sekali memeriahkan acara reunion kami tak dapat bersama-sama sebab kenduri tu. Tak apalah Wani, next time ye...


Untuk reunion kali ni, ada muka baru dan muka lama pula tak kelihatan. Maklumlah, masing2 sibuk dengan urusan seharian. Tapi tak mengapalah juga. Majlis tetap meriah dan semestinya hevox giler... bila dah berjumpa2 tu, masing2lah lepas laku. Namun ada jugalah yang tetap cool dan memang diketahui dari zaman sekolah lagi.

Makanan yang disediakan bolehlah tahan. Tapi aku tak berapa selera nak makan. Mungkin sebab malam sebelumnya tu aku cuma tidur 1/2 jam. Pun tidur dalam keadaan duduk sebabnya klu aku tarik bantal alamatnya apam blossom 100 paket tempahan Wani tak terbuat. Apalagilah yang membuatkan aku tak tidur tu kalau bukan buat kek??? Hehe... menyiapkan 50pcs (aje...) cupcakes reunion SMTM tu... buat 2 biji kek dan 300pcs apam blossom siap packing dlm plastik bunga.


Dah tak berapa nak makan tu...asyikkanlah bersembang dan bergurau senda, mengata sane sini, orang itu dan orang ini (aktiviti harusssss) kutuk mengutuk sesame sendiri (antara kami2 je. Kutuk pun depan2 yg lebih pada bergurau sebenarnya - gurauan kasar). Ketawa tak hingat dunia. Macam orang kena sampuk. Hahahaa!!! Gitulah kalau dah bersama kawan2. Laki & anak2 pulak tinggal kat rumah. Keluarlah tanduk masing2. Ekekekeee....


Hadiah cabutan bertuah yang aku dapat. En Sofie dan siap bg cadangan suruh letak dalam kereta. Amat berguna klu tiba2 kereta break down di waktu malam. Cadangan yang bagus dan hadiah yang berguna!

Kepada semua yang hadir, maaf di pinta andai ada terkasar bahasa dalam gurauan. Tidak kira secara sengaja atau tidak sengaja. Harap tak simpan dalam hati.... Semoga kita dipertemukan lagi di pertemuan akan datang (ade ke?). Dan semoga persahabatan ini kekal abadi. Amin...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)