Salam...
Sebenarnya resepi asal bingka roti ni ialah 'Bingka Roti Berjagung' tapi aku pepandai p ubah letak kacang merah. Eheheee... Bukan stok jagung tin takde tapi sesaje p tukaq amik tin kacang merah. Boleh sajelah erk...
Aku salin resipinya daripada blog dapur akak awet mude kite tu... sape lagik kalau bukan Kak CT cayang... (epi belated bday tuk Aqim cayang & cumey tu...) Pernah dan selalu juga nampak di blog kak Ita yang dok di Johor sane nunnnn... tak pasti pulaknye resipi yang same ke tidak...
Memang sedap dan lemak jek bingka roti ni. Aku buat untuk jamu jiran2 tetangga yang merewang bagi majlis berkhatan kelmarin. Ramai gak yang puji akan kesedapannya tu, hisk... sampai ada yang minta resipi dan cara2 nak buatnya. Boleh je aku bagitau dan nak jugaklah aku tepek resipinya di sini. Selain untuk rujukan sendiri di kemudian hari, juga untuk tatapan anda semua. Rajin2 nanti bolehlah korang pun coba erk...

Bahan2
3 biji telur
150g gula kastor
100g mentega - dicairkan
1/2 sb garam
300g roti
200g tepung gandum
1 liter santan @ 1 liter susu segar @ 500ml santan & 500ml susu segar (optional)
200g jagung tin ~ aku tukar pada kacang merah
Cara-cara
1) Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, santan/susu, tepung gandum dan garam.
2) Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan lapikkan dengan kertas baking.
3) Carik-carikkan roti ke dalam tin pembakar.
4) Tuang bancuhan adunan cair ke dalam roti (tin pembakar) . Biarkan 15-20 minit.
5) Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
6) Bakar 180c - 1 jam atau sehingga apabila dicucuk, lidi yang dikeluarkan kelihatan kering dan tidak melekit.
** aku menggunakan loyang empat segi tepat bersaiz 9" dan mendapat puding roti yang just nice tingginya.
** rasanya lebih baik masukkan jagung/kacang merah ke dalam bancuhan adunan cair semasa di no.1 daripada dibiarkan berterabur di atas adunan roti kerana didapati apabila kacang itu dibiarkan dibakar di permukaan, ianya menjadi kering dan keras.
1 comment:
OOO akak termiss bab berkhatan tu....Syukurlah smuanya dah selamat...untuk Boy...Tahniah dah jadi anak bujang sekarang erk!! For both proud parents...wah dah besar yer anak tuna korang!!!
Post a Comment